Globalisasi: Pekung Durjana Kapitalis

Istilah keramat yang sering menjadi bualan hangat pakar ekonomi dan juga pemimpin dunia hari ini ialah globalisasi. Globalisasi merupakan salah satu dari method yang digunakan oleh negara-negara kapitalis sekarang untuk menguasai negara-negara yang lemah, dengan kata lain negara dunia ketiga yang majoritinya terdiri dari negeri-negeri Umat Islam. Amat mendukacitakan kita kerana idea dari Barat ini bukan sekadar menjadi anutan segolongan kaum muslimin malah ianya dikagumi, lantaran lemahnya kefahaman mereka terhadap realiti globalisasi itu sendiri. Semuanya berlaku kerana lemahnya pemikiran umat terhadap kedurjanaan politik kapitalis Amerika dan ranapnya konsep Islam dalam diri kaum Muslimin. AJ sekali lagi mengajak anda untuk mengikuti realiti Globalisasi yang berlaku.

Suatu Realiti

Semenjak jatuhnya ideologi komunis dunia pada era tahun 90an, iaitu setelah runtuhnya negara USSR sebagai peneraju utamanya, maka tiada lagi negara yang membawa ideologi ini. Walaubagaimanapun, ideologi Kapitalis sekali lagi berjaya untuk menerajui percaturan politik antarabangsa, tetapi kali ini Amerikalah yang menjadi negara peneraju sekaligus sebagai pendakwah utamanya, bahkan pukulannya kali ini adalah sangat memeritkan, penuh dengan kekejaman dan kezaliman serta penuh kerakusan yang tiada tandingannya. Setiap negara yang tidak menerapkan konsep dari Barat ini dianggap negara yang mencabul hak asasi manusia, menzalimi rakyat dan berbagai-bagai tuduhan yang lain. Dengan kata lainnya konsep-konsep yang dibawa oleh kapitalis merupakan piawaian yang dipaksakan untuk sesuatu negara dan negara-negara ini akan diberikan pelbagai tekanan sehingga mereka akan mengikuti telunjuk pihak kapitalis.

Jika kita mengkaji dengan teliti, wujudlah berbagai-bagai pendapat yang pro dan kontra dalam isu globalisasi ini. Di sini kami mengemukan pertentangan yang jelas di antara hujah-hujah dari pendakwah kapitalis dengan realiti yang berlaku. Pembohongan ahli ekonomi kapitalis ini, dapat kita lihat dengan jelas sekiranya kita mengkaji dengan cermat realiti yang belaku. Semoga tulisan ini dapat membuka minda kita terhadap senario terakhir kapitalis ini.

Dakwaan Penganut Kapitalis

1. Globalisasi ditakuti oleh banyak pihak kerana ia membuka pintu bagi persaingan sengit tetapi ia juga boleh memecahkan tembok-tembok halangan ke arah kemajuan ekonomi yang pesat, kata Presiden Global Management Associates yang beribupejabat di Amerika Syarikat, Harry G. Haris (Utusan Malaysia, Selasa, 5 Oktober 1999).

2. Pada 16 Februari semasa berucap in Winsconsin, Timbalan Setiausaha Ekonomi dan Hal Ehwal Perdagangan negara AS menerangkan dengan jelas bahawa polisi Amerika menyokong globalisasi kerana "dinamisma ekonomic global ini telah membawa banyak kemewahan kepada kita dan juga kepada rantau-rantau lain di dunia".

3. Presiden Bill Clinton juga menyokong kedudukan ini apabila beliau memberitahu kepada graduan-graduan Universiti Chigago pada June 12 "kita menganut idea bahawa masyarakat bebas dan pasaran bebas mampu mencipta banyak peluang ekonomi."

Membuka pekung di dada sendiri

Program pembangunan PBB (UNDP) 1999 dalam Laporan Pembangunan, bersidang pada 12 Julai di London, mendedahkan bahawa kesan-kesan yang buruk terhadap agihan kekayaan dunia meningkat kerana globalisasi. Laporan ini memberi amaran bahawa kebanyakan penduduk dunia ketinggalan dibelakang dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang cepat, dan bahawa pasaran didapati membantutkan keperluan manusia mengakibatkan kemiskinan dan kebuluran.

Kemajuan teknologi dan peningkatan pelaburan hanya menguntungkan kepada golongan elit yang mewah, yang mengendalikan pasaran ekonomi global, ujar laporan itu lagi. Pusingan kekayaan minoriti ini yang menentukan aliran sumber-sumber ekonomi. Tetapi laporan UNDP ini mempersoalkan samada kemewahan yang banyak dan peluang ekonomi adalah menjadi realiti kepada kebanyakan manusia yang memerlukan. Sidang akhbar pada 12 Julai yang berkaitan dengan laporan ini mengatakan " kejanggalan dan bahaya polarisasi antara rakyat dan negara-negara yang mendapat keuntungan dari sistem ini dan kepada mereka yang menerima kesan yang pasif ". Laporan yang sebenar mengatakan bahawa 200 daripada orang-orang yang paling kaya memiliki 41% - 2 billion penduduk dunia. Laporan ini juga mendakwa bahawa satu perlima daripada penduduk dunia, kebanyakkannya yang tinggal di negara industri, memiliki 86% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Dunia, yang mana satu perlima daripada penduduk yang paling miskin hanya memiliki 1% daripada jumlah keseluruhan KDNK penduduk dunia, pasaran eksport dunia, pelaburan asing langsung dan jaringan telefon.

Meskipun Larson dan Clinton mengetahui istilah perlulah lebih kemanusiaan yang digunakan oleh Laporan UNDP kepada globalisasi, polisi US nampaknya menjurus untuk menggagalkan pembangunan, sedangkan UNDP menyeru kepada perubahan kepada perkara asas adalah diperlukan. Larson berkata, rasuah dan ketidakmampuan membayar balik hutang di negara membangun, dan struktur politik mestilah diperkuatkan. Jika dianalisis, kenyataan ini secara tersembunyi merupakan sokongan kepada program penyusunan semula Bank Dunia dan IMF yang mana mendapat kritikan hebat daripada Negara Membangun yang menyebabkan kemiskinan yang parah berbanding bantuan yang mereka tawarkan.

Secara tidak langsung, idea globalisasi ini adalah bahawa setiap negara mampu untuk bergabung dalam satu masyarakat kapitalis yang besar yang mana mampu untuk mencapai kehidupan standard sama seperti negara industri dan teknologi berkuasa seperti US. Tetapi yang medukacitakan, globalisasi dan perdagangan bebas seringkali membawa lambakkan dan imegrasi kepada banyak keluaran barangan yang dimiliki oleh negara maju yang mana negara itu sendiri tidak menginginkannya. Dalam pada itu, negara yang miskin sepatutnya mendapat faedah daripada keluaran barangan makanan dan sistem komunikasi, sebagai contoh, mereka tidak memerlukan Nintendo's dan MTV. Sebagai intinya, Laporan UNDP menyokong bahawa globalisasi selalunya merupakan "aliran sehala" barangan dari negara kaya kepada negara miskin. Satu-satunya eksport industri terbesar US bukannya kapal terbang atau kereta, tetapi hiburan, ujar laporan itu lagi. Secara tradisinya, ramai rakyat merasa takut.

Meskipun institusi antarabangsa yang dikendalikan oleh US dan New World Order-nya sendiri seperti UNDP tidak dapat menyembunyikan pekung durjana globalisasi ini yang ada di dada kapitalis ini. Buah globalisasi ini amat pahit rasanya untuk dikecapi oleh majoriti penduduk dunia, tetapi buah itulah yang dipaksakan kepada kita.

Membetulkan kekeliruan

Banyak ahli ekonomi, termasuk dibarat sendiri telah memahami bahaya globalisasi dan telah menyimpulkan satu hal yang mereka sepakati, iaitu penerapan globalisasi akan semakin melebarkan jurang pemisah antara yang miskin dengan kaya. Abid Al Jabari seorang Ahli ekonomi Moroko, dalam satu persidangan menyatakan globalisasi mempunyai tiga aspek negatif:

1. Semakin lebarnya jurang kemiskinan antara orang kaya dan miskin, sehingga kehidupan moden akan diwarnai dengan dikotomi miskin-kaya dan 'ketidaksolidan' dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya.

2. Semakin lebarnya jurang pemisahan antara anak-anak orang kaya dengan anak-anak orang miskin, yang akan melahirkan generasi terbelah menjadi dua golongan dengan dunia sendiri-sendiri.

3. Merintangi dan melenyapkan kreativiti manusia dalam kegiatan perdagangan dan usaha, serta mengukuhkan prinsip menghalalkan segala cara. (Majalah Al-Waei, Edisi 128)

Menerapkan idea globalisai ditengah-tengah masyarakat Islam merupakan langkah untuk membinasakan umat Islam itu sendiri. Semenjak kejatuhan negara Islam terakhir di Turki, maka dunia Islam terkapai-kapai mencari jati diri mereka. Ada yang memperjuangkan aspek ekonomi gaya kapitalis dan ada versi sosialis. Mereka tidak lagi memandang kepada Sistem Ekonomi Islam sebagai penyelesaian kepada masalah ekonomi. Maka berlakulah, penerapan kacukan sistem kufur dengan Islam untuk melegalisasikan hukum ini.

Islam menggalakkan aktiviti perdangangan, kerana melalui aktiviti ini manusia akan dapat memenuhi keperluan asas dan sekundernya, tetapi perdagangan ini bukanlah dengan liberal. Perdagangan semestinya berlaku sesuai dengan hukum Islam, bukan sekadar mencari untung tanpa mengira peraturan yang digariskan oleh Islam . Menerapkan globalisasi akan menguatkan dominasi syarikat-sayarikat asing kepada negara. Justeru itu menguatkan dominasi ke atas negara-negara Umat Islam.

"Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan bagi orang-orang kafir untuk berkuasa ke atas orang-orang yang beriman" (AnNisa': 141)

Tuntutan dari ayat di atas ialah supaya umat Islam tidak memberikan ruang kepada orang-orang kafir menguasai orang Islam. Menerima konsep globalisasi bermakna memberikan ruang kepada orang-orang yang rakus ini untuk mendominasi Umat. Umat Islam sepatutnya sedar sekiranya orang-orang kafir ingin menjalankan perniagaan dengan mereka maka mereka perlu mengikuti undang-undang yang ditetapkan oleh undang-undang Islam seperti yang terdapat di dalam Hadis:

"Muslim itu dengan syarat mereka".

Kenyataan ini jelas berlaku di zaman Amirul mukminin Umar r.a . Umar suka turun ke pasar-pasar, dan berteriak dengan keras, "yang boleh berdagang di sini hanyalah mereka yang memahami aturan (Islam). Barang siapa yang mendapat keuntungan dengan cara yang tidak betul, baik sedar atau tidak, akan dikenakan denda!'(Fiqqus Sunah, Sayed Syabiq).

Penerapan idea globalisasi ini menyebabkan jurang kemiskinan semakin melebar seperti dilaporkan oleh UNDP, sikaya menjadi semakin kaya dan simiskin akan bertambalah kedananya. Ini amat berlawanan dengan konsep yang terdapat didalam sistem ekonomi Islam. Negara mendorong berkembangnya perusahaan kecil dan menengah, dan memberikan kesempatan sama dengan perusahaan besar. Bila diperlukan untuk melindungi hak-hak mereka, pemerintah mengeluarkan undang-undang perusahaan kecil. Ini mewujudkan perlakuan adil kepada semua pengusaha. Ini adalah untuk megurangkan jurang perbezaan pendapatan apabila hal ini berlaku. Sebagaimana langkah Rasulullah SAW yang hanya membahagi fai bani Nadhir kepada kaum Muhajirin yang umumnya miskin, dan tidak kepada kaum Ansar yang umumnya sudah kaya, "Agar (dullah) harta tidak beredar dikalangan orang kaya sahaja" (59:7-8). Said Hawwa, dalam asas fi At Tafsir menyebut illat. Dengan illat ini, negara boleh mengambil tindakan segala faktor (dana, kesempatan, informasi dan sebagainya) yang sekiranya dapat menimbulkan ketidakadilan dalam agihan. (Islam Idelogi, Ismail Yusanto, ms 220)

Khatimah

Hakikatnya, globalisasi adalah bencana masa depan yang akan terus-menerus membayangi dunia. Bila tidak ada kekuatan yang mampu menghadapinya, maka seluruh dunia akan akan terjerumus ke dalam penderitaan yang mengerikan dan tiada taranya. Tidak akan mampu menghentikan globalisasi ini, kecuali dengan berdirinya Khilafah Islamiyyah sebagai satu-satunya kekuatan yang akan menghapuskan globalisasi yang hanya didasarkan kepada modal dan harta benda, penuh kerakusan, tanpa mengambil kira penderitaan negara-negara lain. Khilafah ini akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kekayaan seperti pernah berlaku di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz.

International islamic and Development Studies