JIHAD DALAM ISLAM
Telah banyak perbahasan yang
membincangkan persoalan JIHAD dan tidak dinafikan ada yang pro dan kontra. Maka
sekali lagi AJ ingin membawa para pembaca melihat kembali kepada persoalan
JIHAD DALAM ISLAM. Sebelum meneruskan pembahasan AJ akan cuba menerangkan
terlebih dahulu Definisi Jihad, Tujuan Jihad dan Sejarah pengeruhan maksud
Jihad. Semoga dengan ini, ianya dapat menjelaskan apa yang selama ini ‘malap’
di fikiran kita. InsyaAllah semoga Allah melapangkan dada kita untuk menerima
kebenaran.
Allah berfirman di dalam Al-Quran
yang mulia yang mafhumnya:
"Perangilah orang-orang yang
tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang
telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang
benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan
kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan." (At-Taubah:29)
"Perangilah orang-orang musyrik
semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua" (At-Taubah: 36) [sila
rujuk kembali untuk kepastian]
Definisi Jihad
Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat
yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab
mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa
perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah
shari’ahnya.
Dalam istilah bahasa, jihad
datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna "menggunakan segala usaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini,
kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi
"Jihad" dalam definisi shari’ah hanya boleh membawa satu makna iaitu
"menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala
rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi
setinggi-tingginya".
Islam bukan satu agama Arab, dan
tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:
"Kami tidak mengutus engkau
(Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira
(dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi
kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (As- Sabak:28)
Maka dari ayat di atas telah
jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar
luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di
Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan
Jihad. Rasulullah saw bersabda:
"Saya telah diperintahkan untuk
memerangi orang ramai sehingga mereka berkata ‘La Ilaha Illa-Allah Muhammadun
rasul-Allah’. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat
menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak
(dengan sebab)."
Dan Rasulullah saw juga bersabda:
"Al Jihad telah wujud semenjak
Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara
ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau
keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."
Tujuan Jihad
Jihad adalah alat yang digunakan
oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi’ar Islam. Ianya
digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah
Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik
pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman
khulafa’ yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat. Yang pertama,
penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan
diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak
mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar ‘jizyah’ dan
Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak
yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga,
maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.
Perlulah difahami bahawa jihad
hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk
menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan
tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:
"Tidak ada paksaan dlama
agama..." (Al-Baqarah: 256)
Jika diteliti setiap satu ‘sariah’
serta ‘ghazwah’ Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad
menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun
merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam
konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif
berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
Pengeruhan Maksud Jihad
Askar Daulah Islam, di waktu itu
digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah
berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam
kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep
ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.
a.
Semasa
Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan
Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat
Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa ‘jihad telah dibatalkan’.
Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat
Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh
Khalifah di masa itu.
b.
Musuh-musuh
Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman ‘jihad hanyalah untuk bertahan
(defensive)’. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu
ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang
telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta
fahaman-fahaman kufur dan thagut.
c.
Mereka
cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari
istilah syari’ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang
diambil ialah ‘usaha sedaya upaya’ dan ini memadamkan api umat Islam untuk
berjuang menegakkan Islam.
d.
Fahaman
jihad sengaja dialihkan kepada ‘jihad menentang hawa nafsu, atau jihad
menentang hasutan syaitan’. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat
yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu
jihad yang lebih besar." Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah
jihad yang lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang hawa
nafsu," (dipetik dari ‘Al-Asrar al Marfu’a’-Mulla al Qari’)
o
(ibn
Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim
b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).
o
Hafiz
Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (‘Kanz Al Ummal’ Bab 4, H.616)
o
Ibn
Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (‘Al Furqan)
o
Lain-lain
ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan
ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad
menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith
maudu’(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba
menyarankan da’yah palsu orientalis. Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol
dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di
dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis,
"Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang".
Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata ‘jihad’,
bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya.
Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia
(KAGAT) yang bertajuk "Ikhtibar Jihad Rasulullah" yang menjelaskan
pengertian jihad sebagai "penggemblengan tenaga dengan menggunakan
cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan
seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan
negara".
e.
Jihad
dari segi syari’ah terbahagi kepada dua jenis:
o
Jihad
menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam
o
Jihad
mempertahankan (defensive) dilakukan apabila uma/tanah Islam diserang oleh
musuh Islam (kafir)
I.
Kedua-dua
bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan.
Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan
Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini
menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu
penegakkan keseluruhan Islam.
II.
Jihad
mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun
kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai
objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam
yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan
dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan
objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.
III.
Justeru
itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas
jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib
umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.
f.
Jihad
disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud
jihad dari syari’ah Islam, tidak mungkin berlaku ‘jihad menentang sesama Islam’
seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai
kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!.
g.
Akhirnya,
ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan
yang dianggap ‘munasabah’ dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap
perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai ‘jihad’.
Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan. Begitu
juga berlakunya penyalahgunaan erti jihad oleh pihak ‘Gerakan Islam’ yang
menyatakan ‘jihad dalam pilihanraya’ ataupun jihad dalam sistem kufur
(demokrasi).
Penutup
Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran
yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam
islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas.
Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah
segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air
mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah
ini. Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah
duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar
berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita
merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada
waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan
jelas konsep-konsep Islam yang tulen.
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
saw berkata:
"Tiada siapa yang telah
memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala
apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan
dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi ‘fi sabilillah’ disebabkan
penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya." [Bukhari dan
Muslim]
"'Akan datang segolongan
manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya
mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka:
'Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian.
Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya'. Para malaikat dan para nabi merasa
gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: 'Siapakah
mereka itu wahai Rasullullah?'. Dijawab: 'Mereka bukan dari kita. Kalian adalah
sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas
kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan
As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan
mengajarkannya. Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan
penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka
sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding
dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam
mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari
berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah
mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh
(telaga nabi di syurga) (Thabrani)
'Apabila
telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk
kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak
memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang
terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang
adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar'
(Na'im
bin Hammad dari Ibnu Wadhah)
'Orang
yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan
kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang
melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari
kalian (sahabat)'
(Ibnu
Wadhah dari Abu Tha'labah al-Khusyaini)
Semoga kita terus berjuang
mengembalikan kehidupan Islam dimuka bumi ini!
International Islamic and Development Studies