BUKTI-BUKTI KEKALAHAN ISRAEL DI LEBANON

Negara Yahudi menceroboh Lebanon dan menguasai sebahagian daripada tanahnya pada tahun 1978 M. Ketika itu, dikeluarkan suatu keputusan Majlis Keselamatan PBB bernombor 425 agar Israel berundur tanpa sebarang syarat, tetapi Israel tidak pernah berundur. Kemudian kembali bermusuhan dalam keadaan yang lebih besar pada tahun 1982 M. Israel tetap tidak pernah berfikir untuk berundur, kecuali setelah dipaksa dengan tindakan bersenjata. Dia mula menyaksikan tentera-tenteranya dibunuh, darah-darah mereka mula becucuran, dan ibu-ibu mula menekan demi keselamatan anak-anaknya.

Yahudi benar-benar berusaha untuk membuat tawaran ---dalam kedudukan mereka sebagai ahli perniagaan-- supaya mereka boleh menerima "harga" pengunduran mereka. Mereka mengatakan: "Jazein yang pertama." Mereka mengatakan: "Lebanon yang pertama." untuk memanipulasi kenyataan mereka: "Gaza yang pertama." dan "Arihah yang pertama." Meskipun di Lebanon terdapat suara-suara yang berusaha membuat tawaran dengan pihak Yahudi dan memenuhi ajakan mereka, akan tetapi usaha-usaha ini mengaku gagal. Pihak Yahudi pula kalah dengan menelan kekecewaan yang tidak terubat, sementara tawaran Yahudi dengan Arafat dan kawan-kawannya berjaya, yang tidak terhad mengusir Yahudi dari kebuntuan mereka di Gaza dan Tebing Barat, malahan mereka bertiarap di hadapan mereka, dan sentiasa bertiarap sebagai bentuk pengkhianatan kepada yang lain dan penghinaan oleh sebahagian yang lain. Sekarang orang Palestin dapat menyaksikan kekalahan Yahudi di bahagian selatan Lebanon dan kembalinya penduduk Lebanon Selatan dengan kemenangan. Mereka bertanya: "Bukankah kita juga mempunyai hari kemenangan atas Yahudi dan kita kembali ke negeri kita dengan kemenangan?" Tentu sahaja. Kamu mempunyai hari kemenangan. Tetapi, ia memerlukan "harga" dan harganya lebih mahal dibanding dengan harga yang dibayar di bahagian selatan Lebanon.

Yahudi telah dikenal pasti benar-benar sebagai pihak yang paling sukar memenuhi janji, atau bahkan tidak pernah memenuhi janji termasuklah terhadap talibarut mereka yang telah berkhidmat selama dua puluh dua tahun. Merekalah yang menamakan dirinya tentera Lebanon Selatan atau tentera Anthon Lahd. Yahudi telah meninggalkan talibarutnya di Bahmadun, Gunung Lebanon dan bahagian Timur Shida setelah Lebanon dihancurkan pada tahun 1982, yang menyebabkan talibarut Yahudi dan yang lainnya berhijrah dan menjadi homeless (gelandangan). Yang menghairankan, kebanyakan orang tersebut di pelbagai tempat tetap bekerja sebagai talibarut atau mata-mata Yahudi. Tidakkah mereka berfikir! Tidakkah mereka mendapat pengajaran! Yahudi berkeyakinan, bahawa dirinya berhak untuk menundukkan semua orang, sekiranya mereka mampu, layaknya seperti mereka menundukkan binatang, sementara binatang tersebut tidak mempunyai hak untuk memperolehi jaminan daripada pihak Yahudi. Al-Quran telah menerangkan sifat Yahudi tersebut. Firman Allah:

"Dan di antara mereka ada orang yang sekiranya kamu mempercayakan kepada mereka satu dinar, maka dia tidak akan mengembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Itu kerana mereka mengatakan: ‘Kami tidak mempunyai dosa ke atas orang-orang yang ummi.’ Mereka juga berdusta atas nama Allah, sedangkan mereka mengetahui."

( Ali Imran: 3: 75).

Sesungguhnya ketakutan, kegelisahan dan kehinaan yang menimpa tentera Yahudi ketika berundur, serta kekalahan yang sangat cepat, yang menimpa talibarut Yahudi (Tentera Anthon Lahd) sebelum pertempuran, juga ketakutan yang mencengkam hati orang-orang Yahudi sehingga membuat mereka lari dari Utara Palestin ke dalam Palestin dan bahagian utara negeri itu, kerana takut pada Hizbullah dan serangan mereka. Semuanya itu menunjukkan lemahnya jiwa orang-orang Yahudi, institusi Yahudi, kebaculan tentera Yahudi dan keinginan kuat rakyatnya untuk tetap hidup. Ini merupakan tabiat yang dikenali oleh setiap orang yang mempelajari sifat-sifat mereka dalam realiti yang ada atau mengkajinya dalam Al-Quran al-Karim.

Mungkin ada yang bertanya: Jika demikian tabiat orang-orang Yahudi, mengapa mereka boleh mengambil Palestin dan mengambil banyak lagi tanah-tanah orang Arab. Mereka juga menyebabkan orang-orang Arab tersebut kalah secara berterusan, dan menghasut mereka setiap hari?

Jawapannya adalah, bahawa negara-negara Barat telah menetapkan berdirinya negara untuk orang-orang Yahudi di Palestin, sedangkan pihak berkuasa Arab dan kaum muslimin, kebanyakannya adalah talibarut negara-negara Barat. Jadi, mereka hanya melaksanakan keputusan majikan-majikan mereka. Negara-negara Barat tersebut tidak setakat melupuskan Khilafah Islam dan memecah-belah wilayahnya setelah Perang Dunia I, malahan telah memutuskan untuk menanam organ luar di dalam tubuhnya, yang boleh digunakan sebagai pintu jambatan untuk campur tangan (dalam urusan dalaman), mencegah kembalinya Khilafah Islam, mencegah kembalinya perpaduan, mengekalkan penjajahan mereka ke atas wilayah tersebut dan merompak kekayaan alamnya. Pihak berkuasa Arab dan kaum muslimin tidak ada yang dihantar oleh rakyatnya ke kerusi kekuasaan, tetapi mereka dihantar oleh negara-negara Barat. Oleh itu, kesetiaan mereka diberikan kepada pemberi nikmat, iaitu negara-negara Barat dan bukan kepada bangsa mereka. Inilah tabiaat pihak berkuasa itu dan khidmat mereka kepada negara-negara Barat, yang tetap berkekalan sejak Perang Dunia I, meskipun mereka dipilih melalui pilihan raya yang diisytiharkan dengan kemenangan 99.99 %.

Pihak berkuasa Arab dan kaum muslimin juga telah menundukkan media massa atas arahan majian-majikan mereka, iaitu para penjajah kafir tersebut, dengan tujuan untuk menipu bangsa Arab dan kaum muslimin, juga untuk mengaburkan pandangan mereka, kononnya negara Yahudi itu tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa. Semua negara Barat dan Timur menyokongnya. Angkatan tenteranya juga boleh mengalahkan seluruh angkatan tentera negara Arab. Ia mempunyai beratus-ratus peluru berpandu. Ia juga mempunyai senjata udara yang tidak boleh ditandingi apa jua senjata yang lain. Orang yang berfikir untuk memeranginya adalah orang yang bodoh tentang politik, dan menjerumuskan dirinya dalam kehancuran. Mereka telah menanamkan gambaran yang bohong dalam jiwa rakyatnya supaya mereka berputus asa, agar mereka boleh diserahkan kepada negara-negara Yahudi dan mengiktiraf pencerobohan mereka ke atas Palestin, serta rela dengan sikap pihak-pihak berkuasa yang khianat lagi hina setelah mereka diyakinkan, bahawa tidak mungkin mengecapi keadaan yang lebih baik daripada apa yang telah sedia ada.

Sesungguhnya mahkota yang mengelilingi negara Yahudi dan tenteranya adalah mahkota yang menipu dan mengelirukan. Sekarang, banyak kulit yang menutupi mahkota ini telah dihancurkan. Antaranya telah dihancurkan dalam peperangan pada tahun 1973, dalam peperangan Al-Karomah di Jordan pada tahun 1968, dan sebagainya.

Dalam rangka mengembalikan kewibawaan dan maruah para pemimpin Yahudi yang hilang kepada tentera mereka yang kalah, serta mengembalikan ketenteraman kepada bangsanya yang ketakutan, juga untuk mengembalikan mahkota yang mengelirukan, maka mereka mula mengulang-ulang ancaman dan tekanan. Adakalanya mereka melaksanakan ancaman dan tekanan tersebut, tetapi tidak lama maruahnya kembali jatuh. Kami dapat meramalkan bermulanya perhitungan sebaliknya bagi terkeluarnya institusi Yahudi yang menceroboh Palestin dan seluruh wilayah yang ada. Bukan setakat dari Al-Quds, Tebing Barat, Gaza dan Golan.

Negara-negara Barat yang menanamkan negara Yahudi di tengah-tengah wilayah tersebut bukan disebabkan oleh perasaan suka kepada pihak Yahudi, atau untuk melindungi serangan Nazisme kepada mereka, sebaliknya menundukkannya untuk kepentingan negara-negara tersebut. Negara-negara Barat, yang diterajui oleh British dan Amerika, tidak percaya kecuali pada manfaat dan kepentingan kebendaan. Apabila mendapati bahawa negara Yahudi telah berubah daripada menjadi alat yang menguntungkan dan bermanfaat kepada alat yang membahayakan dan merugikan, maka mereka akan melepaskan diri darinya. Sekarang wujud gelombang kuat di dalam negara-negara Barat melihat dan berteriak, bahawa Israel telah menjadi beban kepada mereka untuk membayarkan cukai, dan mereka tidak lagi diperlukan setelah pihak-pihak berkuasa Arab dan kaum muslimin sangat patuh dan telus mengikut kehendak negara-negara Barat dibandingkan pihak berkuasa Yahudi. Dan setelah runtuhnya apa yang mereka namakan dengan "Persekutuan Buruk" (USSR) dan berakhirnya Perang Dingin, mereka melihat bahawa kepentingan mereka wujud pada bangsa Arab dan kaum muslimin. Bumi merekalah yang mempunyai potensi dan bahan-bahan mentah. Negara-negara ini juga merupakan pasaran untuk penukaran barangan keluaran mereka. Pihak-pihak berkuasa mereka juga lebih patuh dibandingkan hamba sekalipun. Sedangkan pihak berkuasa Yahudi akan sentiasa bergaduh dengan Barat, begitu pula industri-industri Yahudi selalu menyaingi pasaran dan bahan mentah Barat.

Orang yang berfikir akan bertanya: Mengapa pemimpin-pemimpin negara Barat saling berlumba untuk mencari belas kasih orang-orang Yahudi dan negara Yahudi, khususnya pada masa pilihan raya. Mereka akan memberikan penjelasan yang mencerminkan kekalahan bagi pihak Arab dan kaum muslimin, walhal mereka benar-benar yakin, bahawa kepentingan negeri mereka ada pada orang-orang Arab dan kaum muslimin, dan bukannya pada Israel?

Jawapannya sangat sederhana: Perkara ini merupakan kehinaan pihak-pihak berkuasa Arab dan kaum muslimin. Itulah yang membutakan mata bangsa Arab dan kaum muslimin, sehingga mereka rela dengan kehinaan, serta berdiam diri untuk mengawasi para pemerintah tersebut. Andaikan bangsa ini hidup, pasti mereka akan mengawasi pemerintahnya, kemudian menukar atau melucutkan mereka. Andaikan kita mempunyai pemerintah yang mempunyai kemuliaan, pastinya negara-negara Barat tidak akan bertindak berani untuk menghinakan kita hingga sampai pada peringkat seperti ini.

Sesungguhnya bermulanya perhitungan sebaliknya bagi hilangnya institusi Yahudi yang menceroboh wilayah tersebut bertolak dari fasa keyakinan bangsa ini, bahawa negara Yahudi adalah negara rekaan dan lemah. Bangsa Yahudi dan tentera Yahudi sesungguhnya adalah pengecut. Negara-negara Barat yang menyokong kekuatan mereka, boleh sahaja meninggalkannya apabila melihat bahawa dia tidak lagi diperlukan, sebagaimana mereka meninggalkan talibarutnya, iaitu tentara Lebanon Selatan.

Fasa kedua perhitungan sebaliknya adalah pergerakan bangsa tersebut untuk mencampak pihak berkuasa yang menjadi talibarut dan khianat tersebut, yang sentiasa menipu bangsanya dan mengharamkan kekayaan negeri yang menjadi hak mereka, setelah mereka membenarkan majikan-majikan mereka, iaitu si penjajah untuk merompak kekayaan alam mereka, yang mengiktiraf Israel menceroboh masjis Al-Aqsa, Palestin dan mengusir penduduknya. Institusi Yahudi tersebut tidak mungkin dilupuskan melalui tangan pihak berkuasa yang khianat dan ikut menanamnya. Sebab, pihak berkuasa tersebut telah terlibat dalam melakukan kejahatan paling besar secara berterusan, iaitu kejahatan menanam institusi Yahudi, kejahatan menghancurkan Khilafah Islam, dan mereka tetap berterusan memerangi kembalinya Khilafah dan memerangi mereka yang berusaha untuk mengembalikannya. Dengan demikian, mereka memerangi syariat Islam dan Al-Quran. Mereka nyata memerangi Allah SWT.

Membuang pihak-pihak berkuasa tersebut, membai’at seorang pimpinan sebagai khalifah mengikut Kitab Allah dan Sunah Rasulullah, serta berusaha menyatukan negeri-negeri Islam dan umat Islam itulah yang boleh menjadikan pihak Yahudi tersebut melarikan diri dari Palestin sebelum bermulanya apa-apa peperangan dengan mereka, sebagaimana tentera Lahd melarikan diri sebelum berdepan dengan mana-mana angkatan bersenjata.

Allah SWT. berfirman:

"Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan sahaja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. Mereka kembali ditimpa kemurkaan dari Allah dan diliputi kehinaan." (Ali Imran: 3: 111).