Analisis Politik Balkan.

 Britain dan France melalui persidangan Rambouillet berusaha untuk menamatkan perang diantara etnik albania di Kosovo dengan Serb. Tetapi Amerika campurtangan seolah olah mahu menjadikan badan NATO yang diketuai olehnya,  salah satunya pertubuhan yang boleh menjalinkan sebarang persetujuan ke arah keamanan antara puak yang berperang. Tingkah laku Amerika ini menjejaskan persetujuan ke arah keamanan ini dan memaksa Slobodan Milosevic, presiden Serbia melakukan pembunuhan etnik terhadap etnik Albania di Kosovo. Dengan mengetahui Serbia tidak akan tunduk kepada syarat Amerika, Amerika telah berjaya mengapikan Serbia untuk terus melakukan jenayah pembunuhan etnik dan seterusnya memberikan peluang kepada Amerika untuk melancarkan peperangan ke atas Serbia.

 Amerika mengetahui tentang kawasan Balkan yang sangat mudah dicetuskan perlagaan antara kaum dan dengan mengapikan peperangan dan seterusnya mendamaikan keadaan adalah satu caranya Amerika menjadikan Eropah bergolak dengan krisis dan Eropah tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka tanpa dengan kehadiran NATO dan oleh itu Eropah akan sentiasa memerlukan NATO sebagai polisnya sepanjang masa.

 Tetapi isu yang lebih penting adalah menamatkan pengaruh Soviet di Eropah. Dengan kemasukan Poland, Hungary, Czech Republik ke dalam NATO, Slovakia dan Romania pula menunggu untuk menjadi anggota NATO, negara Baltik telah meminta mereka dimasukkan dalam NATO dan Moldova juga bersama Bulgaria secara perahan lahan menyatakan hasrat mereka untuk menjadi anggota NATO, maka tinggallah Yugoslavia satunya sekutu Rusia yang belum berbuat demikian.

 Dengan secara perlahan perlahan sekutu sekutu Rusia dahulu telah dipisahkan dari pengaruh Rusia dan hanya tinggal Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) yang merupakan sekutu Rusia yang lama. Setelah memisahkan 4 dari 6 republik dari kesatuan Yugoslavia yang lama iaitu Bosnia, Croatia, Macedonia dan Slovenia maka Amerika seterusnya mahu membelah Yugoslavia (Serbia, Montenegro dan Kosovo). Setelah konflik berakhir Republik Montenegro menunggu masa untuk dipisahkan, dan melemahkan Serbia akan mengakibatkan Rusia akan kehilangan kekuatannya dan pengaruhnya.

 Jika kita menganggap bahawa dengan berakhirnya kesatuan Soviet pada 1991 dan Amerika sebagai ketua melancarkan serangan ke atas Iraq dalam perang teluk kedua 1991 sebagai petanda berakhirnya Rusia sebagai kuasa besar dunia, maka perang di Kosovo ini bolehlah dianggap sebagai peluang Amerika menamatkan kekuasaan Rusia di Eropah Timur.

 Mengenai kekuatan ketenteraan Rusia, ianya tidak ada nilai kerana dengan rntuhnya ekonominya, ianya semakin sukar untuk walaupun untuk menggaji para anggota tenteranya dan ahli teknik yang bertanggungjawab menyelia peralatan ketenteraan Rusia tersebut.

 Objektif Amerika sebenarnya ialah untuk merampas Balkan dari Rusia dan Eropah Barat, kerana kawasan itu adalah strategik kerana terletak pada persimpangan antara Rusia dan Eropah Barat dan adalah kawasan di mana Amerika dapat meluaskan pengaruhnya di Eropah Barat dan Timur.

 Amerika mengatur langkahnya di mana Michael Camdesus berlepas ke Moscow untuk berunding memberikan Rusia bantuan kewangan dari IMF yang boleh menjadikan Rusia membayar balik hutangnya dari pinjaman sebelum ini dan memperbaiki ekonominya semula hanya selepas serangan ke atas Serbia bermula.

 Tindakbalas ketenteraan ke atas Serbia juga seolah olah menghadkan pengaruh dan kekuasaan UN dan Majlis Keselamatan UN. Amerika mempergunakan UN jika ianya boleh memberikan manfaat kepadanya dan akan menghadkan kekuasaan UN jika ia tidak memberikan apa apa faedah kepadanya. Kepada seorang yang mentah ia tidak dapat membezakan yang mana adalah campurtangan NATO dan campurtangan Amerika di Yugoslavia.

Jadi sebenarnya pimpinan Amerika dalam NATO adalah bertujuan untuk memberikan nilai manfaat hanya untuk Amerika sahaja. Pentadbiran Clinton telah menggunakan pembunuhan etnik Albania di Kosovo sebagai helah Amerika untuk campurtangan di Yugoslavia. Clinton berkata pada 24 Mac 1999: "Kami bergerak untuk melindungi beribu ribu pelarian akibat serangan ketenteraan (Serbia). Kami bergerak untuk mengelakkan peperangan dari berterusan dan untuk menghapuskan kawasan ini dari terus menjadi suatu kawasan yang mempunyai potensi konflik yang begitu tinggi di Eropah yang telah meletus 2 kali dalam abad ini. Jadi Clinton mengetahui bahawa kawasan yang lemah yang boleh dieksloitasikan olehnya di Eropah adalah di Balkan dan dia juga mengetahui bahawa potensi konflik adalah begitu tinggi di Balkan sehingga perang boleh meletus bila bila masa. Dalam perbincangan Clinton di pejabat luar negara pada 30 Mac, dia menyatakan kemerdekaan Kosovo dan menyerang pemimpin Serbia yang melaksanakan pembunuhan etnik Albania di Kosovo yang menggunakan kebencian agama dan etnik terhadap penduduk Kosovo dengan bertujuan untuk menjadikan dirinya sebagai pemimpin mutlak di Yugoslavia. Clinton berkata bahawa kempen NATO akan memusnahkan Serbia dan kekuasaannya ke atas Kosovo akan berkurangan.

James Rubin jurucakap Pejabat luar Pentadbiran Clinton ditanya tentang komen Presiden Amerika itu, Rubin berkata bahawa kekejaman yang dilakukan oleh Serbia ke atas etnik Albania di Kosovo menyukarkan peluang Serb dan etnik Albania untuk tinggal bersama pada masa yang akan datang.

 Jelas bahawa Amerika berancang untuk melangsungkan konflik di Kosovo selama yang dia boleh. Kalau boleh dia akan juga membabitkan negara jiran seperti Albania, Montenegro atau Macedonia. Amerika tidak berhasrat untuk menyelesaikan konflik ini dengan menggunakan tentera darat yang tidak boleh diselesaikan oleh tentera udara. Menteri Pertahanan Cohen berkata pada 25 Mac bahawa "Tentera Darat NATObukanlah sebahagian dari operasi ketenteraan NATO". Ini bermakna bahawa perang darat yang dimaksudkan adalah tugas negara negara yang berkonflik dan bukannya tugas NATO kerana akan sampai suatu keadaan di mana seluruh kawasan tersebut akan mengalami kehausan dan keperitan dan barulah Amerika akan menganjurkan sidang damai di mana seluruh kawasan tersebut akan menjadi miliknya.

 Clinton berkata bahawa serangan NATO hanya boleh berhenti apabila salah satu dari dua kemungkinan berlaku iaitu apabila Milosevic bersetuju menerima pelan perdamaian atau seluruh ketenteraan Serbia dimusnahkan. Tetapi kemungkinan tersebut tidak akan berlaku kerana Milosevic tidak akan menerima pelan perdamaian yang diutarakan oleh NATO dan ketenteraan Serbia adalah besar dan memerlukan masa sebelum ianya dimusnahkan. Ini bermakna peperangan akan berlanjutan buat masa yang panjang dan pelarian semakin akan bertambah. Dan masalah akan bertambah kompleks lagi di Eropah dan memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Oleh itu adalah semulajadi untuk Amerika untuk menolak mediatasi Primakov dan tawaran Milosevic untuk mengurangkan ketenteraan Serb di Kosovo dan menerima semula pelarian. Ini kerana masa untuk perang itu berakhir belum sampai dengan helah tawarab serbia tidak cukup baik dan tidak mahu Rusia menjadi ngara berpengaruh di Eropah.

 Bagi negara Eropah selain dari Britain dan France,  peperangan dari kaca mata mereka berlainan dengan Amerika. France mahukan suatu ketenteraan Eropah yang dapat campurtangan dalam mana mana konflik di Eropah yang dapat menyelesaikan masalah bebas dari campurtangan NATOyang mempunyai pimpinan Amerika. Oleh itu ia akan bekerjasama dengan German dan Britain untuk menubuhkan ketenteraan Eropah. Tetapi usaha ini tidak akan berjaya dan Eropah akan dikuasai oleh Amerika melalui NATO. Bari Britai ianya lebih suka meyesesuaikan diri ke mana mana keadaan yang bercanggah seperti dia akan menyokong tindakan ketenteraaan yang dibuat oleh Amerika dan pada masa yang sama akan berusaha untuk menjalankan proses damai yang bebas dari mediatasi Amerika. Dia bersama sama dengan Amerika jika sebaik sahaja pelan damai Amerika gagal dan menjalankan pengeboman ke atas Serbia.

 Rusia pula mempunyai hubungan etnik dengan Serbia iaitu dari bangsa Slav dan berasa simpati tentang pengeboman yang menimpa Serbia. Rusia mengetahui bahawa Amerika berusaha untuk menghapuskan kekuasaan dan pengaruh Rusia di Eropah Timur, tetapi tidak dapat berbuat apa apa, kerana memerlukan bantuan IMF yang juga diterajui oleh Amerika. Jadi Amerika dapat menghumbankan pengaruhnya di Eropah dengan mencetuskan peperangan di Balkan, memaksa Rusia untuk tidak dapat berbuat apa apa dan pada masa yang sama memaksa Eropah memerlukan NATO semenjak Pakatan Warsaw dibubarkan.

Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya

International Islamic and Development Studies