Make your own free website on Tripod.com

NEGARA BARAT MENGHANCURKAN ISLAM DI BALKAN.

 Negara kawasan Balkan adalah wilayah Islam yang dibuka oleh kaum muslimin pada kurun 9 dan 10 Hijrah (14 dan 15 abad Masihi). Bulgaria dibuka pada 1396 dan Serbia pada 1460 (ibukota Belgrade dibuka pada 1526), Buharest iaitu ibukota Romania dibuka pada 1461,Bosnia dibuka pada 1462, Albania dibuka pada 1467, Moldavia pada 1473, Qurm dibuka pada 1475, Hungary dan ibukota Budapest dibuka pada 1526 dan austria dibuka pada 1529 walaupun ibukotanya Vienna dikepung tetapi tidak dibuka. Poland membayar jizyah pada 1536. Kawasan tersebut tidak dibuka oleh kaum msulimiin dengan tujuan untuk meraih keuntungan material sebagaimana dengan penaklukan imperialis. Tetapi negara ini dibukan dengan satu tujuan untuk mengembangkan dakwah Islam untuk mengeluarkan penduduk kawasan ini dari kezaliman penguasa mereka kepada keadilan Islam. Para fuqaha Islam telah mengkelaskan wilayah Islam sebagai wilayah yang ditawan oleh kaum muslimin melalui peperangan atau tanpa peperangan. Negara Balkan dibuka oleh oleh Khilafah Othman. Wilayah tersebut menjadi tanah kharaj dan dimiliki oleh Baitul Maal. Hukum tentang wilayah Balkan ini akan berterusan sampai Hari Kiamat.

 Apa yang sebenarnya berlaku kepada kaum muslimin di Kosovo iaitu pembunuhan beramai ramai kaum lelaki, perogolan kaum wanita, penghalauan kaum wanita, kanak kecil dan orang tua, perampasan harta mereka, pemusnahan tempat kediaman dan pembakaran kampung halaman bukanlah suatu agenda politik orang Serb tetapi sebenarnya adalah agenda politik NATO yang menyerang puak Serb dengan helah untuk melindungi kaum muslimin Kosovo. Negara Barat mempunyai tolok ukur keuntungan material dalam segala amal perbuatan mereka iaitu mengikut falsafah Machiavellian dan tiada nilai nilai kemanusiaan atau akhlak dalam amalan mereka.

 Kalau negara Barat memang mengambil berat tentang kemanusiaan mereka hanya mengambil berat tenatng di kalangan mereka sahaja dan selain dari mereka seperti kaum muslimin mereka anggap seperti haiwan yang tidak mempunyai apa apa nilai kemanusiaan. Kepada sesiapa yang mempunyai keraguan tentang tindakan NATO tersebut, terdapat suatu dokumen sulit yang yang telah dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Britain John Major pada 2/5/93 dan telah ditandatangani oleh beliau sendiri dan ditujukan kepada Menteri Hal Ehwal Luar iaitu Douglas Hurd yang ada kaitan dengan Bosnia. Dokumen itu menyatakan: 

Kami faham bahawa Greece, Rusia dan Bulgaria menolong Serb dengan senjata dan kelengkapan ketenteraan dan German, Austria, Slovenia mahupun Vatican menolong Croatia dengan senjata dan kelengkapan ketenteraan, tetapi tidak dibenarkan untuk mana mana negara menghantarkan senjata kepada puak muslim dan melatih mereka. Adalah msutahil untuk membenarkan suatu negara Islam ditubuhkan di Eropah. Adalah msutahil untuk mengulangi kesilapan melatih pejuang muslim dan memberikan mereka kelangkapan ketenteraan kepada mereka semasa di Afganistan. Adalah mustahil untuk emebenarkan negara Islam untuk mencampuri hal ehwal di kawasan ini. Komuniti muslim di negara Barat mestilah diawasi dengan teliti. Sebuah negara seperti Bosnia Hergozovian tidak dibenarkan untuk bertapak di Eropah. Populasi muslim di sana mestilah dihalau keluar. Sehingga ini berlaku kami akan berpura pura neutral dan menyokong proses damai untuk menghalang apa apa campurtangan dari negara muslim. Eropah distabilkan oleh oleh nilai dan etika Kristian dan kami akan terus menyokongnya. Oleh itu kami tidak akan campurtangan untuk meyelamatkan nyawa orang Islam di Barat. Kaum muslim mestilah diajarkan supaya mereka tidak boleh menghalang kami dan tidak sesiapa yang boleh menyelamatkan mereka selain dari Barat. Mereka akan memehami jika mereka mengetahui kerajaan di negara muslim adalah di bawah kekuasaan kami.

 Ini adalah suatu dokumen yang kami mesti mengingati kaum muslimin di seluruh dunia.

Pada masa sekarang ini keadaan di Eropah bertambah buruk terhadap kaum muslim yang merupakan pendatang kerana bagi penduduk peribumi Eropah melihat kaum muslim pendatang sebagai suatu kaum yang dapat berkembang biak dengan cepat dan dapat menggangu kestabilan kaum di Eropah dan kaum pendatang muslim tersebut tidak berintegrasi dalam sistem sosial masyarakat Eropah yang lain dan berpegang kepada adat resam dan agama mereka.

 Negara NATO yang diketuai oleh Amerika, Britain dan France, mengapa mereka berpura pura menolong puak Kurd di Iraq tetapi tidak berbuat apa apa terhadap Kurd di Turki? Mengapa mereka sanggup menolong orangYahudi dari segala pelusuk dunia untuk merampas Palestin dan mengusir keluar orang Palesin yang telah tinggal berkurun kurun lamanya sebelum orang Yahudi datang menetap di situ?

Telah tiba masanya untuk kita memahami dan orang yang telah terpedaya dengan keadaan ini untuk sedar semula.

NATO mempunyai hasrat untuk mengekang Rusia dengan memusnahkan Serbia yang merupakan orang kanan Rusia. Amerika juga berhasrat mempunyai negara boneka di Eropah dengan berpura pura menolong mereka dan melindungi mereka. Jadi mereka melakukan helah menyerang Serbia dan Serbia yang terdesak dan mempunyai rasa yang marah meluat akan semakin membunuh ramai orang muslim, menghalau mereka, merampas harta mereka dan memusnahkan kampung halaman mereka. Pada masa yang sama negara Barat akan mempunyai dua matlamat pada waktu yang sama, iaitu dengan memusnahkan kaum muslimin melalui serbia dan memusnahkan pengaruh Rusia.

 Negara NATO yang bermesyuarat di Rambouillet diketuai oleh Amerika mengusulkan suatu keadaan yang mana puak Serb tidak akan menuruti dan dengan itu telah berjaya membenarkan serangan ke atas Serbia, dan dengan ini Serbia akan terus melakukan tindakbalas ke atas kaum muslimin dengan adanya rasa kebencian yang berkurun kurun lamanya ke atas kaum musllimin.

 Masalah ini tidak dihadkan kepada kaum muslim di Balkan sahaja tetapi kepada kaum muslimin di seluruh dunia.. Iraq diserang kerana semata mata melindungi kepentingan Amerika, bukan untuk melindungi kaum Kurdish. Palestin dikorbankan untuk orang Yahudi. Hasil minyak di negara teluk dipergunakan oleh Amerika untuk kepentingan mereka sendiri melalui boneka boneka mereka di Teluk. Negara Barat datang menakluki tanah dengan helah untuk melindungi tanah tersebut tetapi secara hakikatnya mereka melakukan rompakan demi rompakan dari masa ke semasa.

Selepas itu mereka mengapikan peperangan yang telah memusnahkan Khilafah Islam dan telah memusnahkan Syariah dari ditegakkan. Mereka membahagikan umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara dan melantik ketua negara yang memberikan ketaatan kepada mereka dan bukan kepada

Islam yang mempergunakan rakyat mereka sendiri.

Apakah penyelesaiannya? Telah tiba masanya untuk kaum muslimin untuk menumbangkan boneka boneka Barat ini dan berpegang kepada Syariat Allah swt. bersatu membentk Khilafah. Ini adalah penyelesaiannya dan selain dari ini adalah tidak berguna.

 Umat Islam mempunyai elemen-elemen untuk memastikan kejayaannya dari segala sumber alam, tempat yang strategik, bilangan pemuda yang ramai diperkuatkan lagi oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Yang menjanjikan kemenangan bagi yang bertaqwa Allah swt berfirman:

"Mereka mahu melenyapkan cahaya Allah swt. dengan mulut mereka, tetapi Allah swt tidak akan membiarkan melainkan menyempurkan cahayanya walaupun kaum kafir tidak menyukanya. Dan Dialah yang telah mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dengan agama yang benar untuk memenangkannya atas semua agama lain walaupun kaum msuhrik tidak menyukainya." [TMQ 9:32-33]

 
Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya


International Islamic and Development Studies