POLITIK AMERIKA

Untuk menguasai dan mencengkam Eropah

Eropah adalah negara multietnik, multibangsa, multibahasa, multiagama, serta terdiri dari bermacam tradisi, kebiasaan, pemikiran dan perasaan yang saling bercanggah. Realiti tersebut merupakan satu faktor pelemah bagi Eropah dan merupakan kekuatan politik bagi yang lainnya, sama ada dalam keadaan kuat, mahupun lemah, seperti keadaan Russia ketika ini. Oleh itu, adalah wajar, jika Eropah menjadi tempat masalah dalaman, antara bangsa, perang saudara mahupun antarabangsa, pertempuran berdarah yang teruk di antara sesama bangsa dan dengan bangsa-bangsa lain. Dan wajar jika buminya menjadi lautan darah, serta menjadi tempat yang subur untuk menyalakan api. Malahan telah menjadi ciri khas yang wajar, jika Eropah telah menanam “bom masa” yang pada bila-bila masa sahaja akan meletup. Juga mempunyai potensi yang tinggi untuk terjadinya perpecahan dan terkoyak di antara sesama bangsanya sendiri di dalam negerinya.

                Memahami agenda politik Amerika berikutan tujuannya yang kepada Eropah, memaksa kita untuk memahami masalah Eropah dan realiti bangsa Eropah, yang mempunyai kepentingan dan kemungkinan untuk berpengaruh pada masa hadapan, serta realiti politik British, Perancis dan beberapa faktor lain di wilayah tersebut, sesuai dengan realiti dan pemahaman politik, serta mengenal pasti kaidah, asas, serta maklumat politik Amerika kepada Eropah dan dunia, juga memantau tindakan politik Amerika, penjelasan-penjelasannya kepada Eropah dalam berbagai keadaan, yang tidak terlepas dengan realiti, asas dan kaidah,  serta mengaitkan kesemuanya dengan world order dan pengaruh di dalamnya, serta dihubungkaitkan dengan politik antarabangsa Amerika. 

                Masalah Eropah sebenarnya merupakan masalah yang berkenaan kedudukan negara besar, kedudukannya sebagai negara besar, serta berkenaan dengan imbangan kekuatan dengan kuasa-kuasa besar, juga berkaitan dengan cengkaman dan kekuatannya di peringkat antarabangsa. Ini sudah tentu merupakan masalah yang paling utama dan besar ancamannya ke atas perdamaian dunia. Sedangkan disebut sebagai masalah yang paling utama, kerana ianya telah melahirkan apa yang disebut di peringkat dunia dengan istilah Keluarga Dunia (al-usrat al-duwaliyyat) atau Kumpulan Antarabangsa (al-majmu‘at al-duwaliyyat), yang mana dari sinilah lahir apa yang disebut dengan Peraturan Antarabangsa (al-qanun al-duwalliy). Akibat daripada serangan Napoleon serta untuk menghalang Perancis daripada memperluaskan wilayah jajahannya, maka wujudlah apa yang disebut dengan Pakatan Agung (al-tahaluf al-muqaddas) dalam rangka mencegah Jerman daripada mengambil minyak di Timur Tengah, dan membendung kebangkitan kekuatannya dalam Perang Dunia I, serta untuk menyerang Jerman dan menghalangnya daripada campur tangan dalam perimbangan kekuatan di Eropah, maka empat negara besar, iaitu: Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union berpakat untuk menyingkirkan Jerman dan menghalangnya daripada kembali sebagai negara besar untuk kali keduanya. Oleh itu, masalah Eropah merupakan masalah utama yang menjadi tumpuan Amerika, Russia, Perancis dan Britain.

                Sedangkan kedudukan masalah Eropah sebagai masalah yang paling merbahaya bagi perdamaian dunia itu nampak dalam beberapa tindakan dan tingkah-laku masing-masing, sama ada Perancis mahupun Inggris dan Jerman, termasuklah tindakan Russia dan Amerika sebelum kesepakatan di antara keduanya, serta nampak pada tindakan keduanya setelah tercapainya kesepakatan tersebut, juga tindakan-tindakan Amerika Syarikat setelah runtuhnya Soviet Union dan bersatunya kembali Jerman.

                Perancis, Britain dan Amerika sebelum tercapainya kesepakatan bipolarism (dua kutub) pada tahun 1961, mencerminkan blok Barat. Sedangkan masalah Eropah telah mencerminkan pembersihan saki-baki Perang Dunia II, dan sekaligus mencerminkan dua blok, iaitu blok Barat dan Timur, untuk membahas masa depan Eropah Barat dan masa depan Jerman. Blok Barat di bawah pimpinan Amerika Syarikat melihat perlunya penyatuan Eropah untuk menghadapi Russia. Amerika sendiri berkepentingan untuk membangkitkan ketenteraan Jerman dan menjadikan tentara Jerman sebagai kekuatan untuk menghadapi Russia dan menwujudkan keseimbangan baru antara Jerman, Perancis dan Britain. Sedangkan Russia pula yang  telah memimpin blok Timur, melihat wujudnya ancaman yang datangnya daripada Eropah, khasnya dari Jerman. Oleh itu, dia menentang usaha penyatuan Jerman dan penyatuan Eropah, serta menentang tentera Eropah dan mengembalikan persenjataan Jerman.

                Setelah tercapainya kesepakatan bipolarism (dua kutub) yang dilakukan oleh Khrushchev dan John F. Kennedy, keadaannya telah berubah. Sebab, telah terjadi penyatuan visi antara Amerika dengan Russia dalam menghadapi masalah Jerman. Keduanya telah bersepakat dalam satu visi untuk menghadapi masalah Eropah. Semuanya jelas selepas sahaja pertemuan kedua-duanya berlangsung. John F. Kennedy mengeluarkan penjelasan dalam masalah tersebut: “Sebenarnya kekhuwatiran Russia terhadap serangan Eropah kepadanya sebagai serangan ketenteraan. Itulah yang   membenarkannya, sebab dalam sejarahnya, Russia telah diusir daripada Eropah sebanyak dua kali. Pertama, dia diusir oleh Perancis, di zaman Napoleon. Kedua, diusir oleh Jerman di zaman Hitler. Oleh itu wujudnya sesuatu yang boleh menjamin tidak wujudnya lagi ancaman bagi Russia daripada Eropah, misalnya dengan dihapuskannya senjata Eropah Tengah sangat diperlukan.” Penjelasan ini menunjukkan dengan jelas, bahawa visi Amerika dan Russia dalam menghadapi masalah Eropah, khasnya Jerman, telah berubah menjadi satu visi yang sama.

                Setelah hancurnya Soviet Union, dan bersatunya kembali Jerman, maka visi Amerika Syarikat kepada Eropah berubah, iaitu untuk menghalang Eropah daripada bersatu, serta berusaha untuk mengganggu Eropah dan campur tangan ke atas urusan dalaman dan politik Eropah, serta mengawal urusan ‘dapur’ Eropah, membahagikannya dan menyusunnya sesuai dengan kepentingan imperialisasinya, juga mengeksploitasi kekayaan, rezab dan bangsanya. Amerika menciptakan krisis politik, ekonomi, perkauman di Eropah, lalu menghalang dari wujudnya apa yang disebut dengan Eropah Union, dengan cara melepaskan ikatan cengkaman politik, ekonomi, kewangan dan cengkaman ketenteraannya yang merbahaya ke atas jantung Eropah.

                Amerika ingin menguatkan kedudukan Jerman secara zahirnya, tetapi dengan cara yang tidak membahayakan kepentingannya di Eropah dalam menciptakan keseimbangan regional, dan bukannya internasional, iaitu di antara Jerman, Perancis dan Britain. Tetapi dengan catatan, bahawa keseimbangan tersebut tetap menjamin cengkaman Amerika untuk menundukkannya bagi berkhidmat kepada kepentingan Amerika secara internasional dan bukannya secara regional di Eropah. Inilah visi Amerika dalam urusan ‘dapur’ Eropah, yang nampak daripada berbagai tindakan dan penjelasan daripada para pemimpinnya. Antony Like, bekas penasehat Presiden Bill Clinton, telah memberikan ceramah kepada Majlis Keselamatan dengan tajuk “Dari Politik Cengkaman Menuju Politik Pengembangan” yang isi kandunganya: “Kita wajib menyebarkan fahaman Demokrasi dan Ekonomi Pasaran Bebas di dunia, kerana itulah yang akan menjamin kepentingan kita dan boleh mempertahankan keselamatan kita. Pada masa yang sama, ianya akan menukar penilaian-penilaian kepada kita, yang merupakan nilai Amerika dan dunia.”  Dalam akhbar Herald Tribune, Mac 1992 mengungkap pernyataannya: “Kita wajib mencari penghalang munculnya sistem keamanan Eropah dalam peringkat pertama, yang boleh menggantikan kedudukan NATO.”  Amerika telah memaksakan perjanjian Maastricht kepada Eropah dengan seksyen berikut: “Kesatuan Eropah akan bergerak secara berperingkat menyokong keputusan-keputusan yang diambil dalam NATO.” Tujuan daripada perjanjian tersebut juga berjaya diungkapkan, iaitu: “Itu merupakan pengembangan Kesatuan Eropah Barat, sebagai alat untuk menguatkan tugas Eropah dalam NATO.”

                Setelah De Gaul memegang pemerintahan sehingga ia berkunjung ke Amerika Syarikat, dan pertemuannya dengan Richard Nixon pada bulan Mac 1969, Perancis berusaha untuk menyatukan Eropah dan menjadikannya sebagai kekuatan ketiga di antara dua blok (Amerika-Soviet Union). De Gaul berusaha untuk menguatkan Jerman sehingga pada peringkat yang tidak membahayakan kedudukan Perancis, serta membentuk persekutuan di antara negara-negara Eropah dengan jaminan kedaulatan di tangan Perancis. Sebaliknya, Perancis berusaha sedaya upaya  untuk menjauhkan Britain dari Eropah, kerana keyakinannya bahawa politik ‘taqlid’ nya sejak permulaan sejarah sehinggalah ke hari ini, yang dengan berbagai cara penyatuan Eropah akhirnya berjaya.

                Dalam sidang akhbarnya, De Gaul menyinggung masalah kemasukan Britain ke dalam Pasaran Tunggal Eropah, sebagai berikut: “British sebenarnya telah lumpuh, sedangkan negara maritim diikat melalui perniagaannya, pasarannya serta bahan makanannya dengan wilayah yang banyak dan jauh… Sebenarnya sifat sistem ekonomi British dan bentuknya sangat berbeza dengan sistem negara Eropah yang lain… Pertanyaannya, apakah pada masa yang akan datang ianya hendak meletakkan dirinya dalam wilayah Eropah dan mencintainya mengikut ketentuan cukai bersama, dan menggilirkan keistimewaan-keistimewaan yang berjaya dinikmatinya dalam Comonwealth, serta cukup dengan tuntutannya pada hak-hak istimewa dalam bidang produksi pertanian. Lebih daripada itu, ia mesti meninggalkan hubungannya dengan wilayah perindustrian bebas. Inilah soalan yang perlu diajukan. Sesiapapun tidak boleh menyatakan, bahawa soalan-soalan ini telah selesai, atau akan selesai pada suatu  hari nanti. Sebab, Britishlah satu-satunya yang boleh menjawabnya.”

                “Wajib disepakati, bahawa dengan masuknya British ke dalam Pasaran Tunggal tersebut, disamping negara-negara Eropah yang lain, akan berlaku perubahan-perubahan, kesepakatan-kesepakatan, kompensasi-kompensasi  dan sistem yang dibuat oleh negara anggota Pasaran Tunggal tersebut… Dengan demikian, kita akan melihat wujudnya pasaran baru yang telah dibentuk oleh enam negara sebelumnya. Disamping itu, dengan perluasan tersebut, pasaran akan menghadapi berbagai masalah dalam hubungan perniagaan dengan sejumlah negara yang lain, khasnya di bawah pimpinan Amerika. Padahal masalah itu tidak perlu diperhatikan, sebab perikatan anggota-anggota dengan jumlah dan keragaman tersebut tidak akan pernah kekal selamanya. Akhirnya mungkin akan nampak sebagai persekutuan Atlantik yang besar yang bersandar kepada Amerika, yang berada di bawah pimpinan dan kendalinya, yang memungkinkannya untuk mengambil semua persekutuan Eropah. Sedangkan pada pandangan sebahagian orang, realiti tersebut mempunyai alasan yang membenarkannya. Tetapi bukan itu yang dikehendaki oleh Perancis, atau apa yang diinginkan oleh Eropah. Dan inilah penjelasan Eropah.” Dengan demikian, De Gaul menolak dengan keras penglibatan British ke dalam pasaran tunggal Eropah, dan British diberi syarat untuk menentukan kedudukannya: Apakah sebagai negara Eropah ataukah tidak? Sebelum masuk ke dalam pasaran Eropah. De Gaul tahu, bahawa kemasukan British ke dalam pasaran tunggal Eropah akan menyebabkan lemahnya kedudukan Perancis. Oleh itu, ini juga yang sebenarnya diingini oleh Amerika.

Tetapi selepas De Gaul dilucutkan, Perancis mengambil tindakan terhadap British sehingga ke tahap melarang British untuk terlibat dalam masalah Eropah. Dengan demikian, ianya juga tidak dilarang untuk masuk dalam pasaran tunggal yang kemudiannya berkembang menjadi apa yang disebut Kesatuan Eropah. Setelah Soviet Union hancur, Perancis ingin menguatkan kedudukan Jerman dalam bentuk dan kedudukan yang tidak sampai menjejaskan kedudukan Perancis. Perancis juga ingin menundukkan kekuatan Jerman dan Kesatuan Eropah untuk menghadapi campur tangan dan cengkaman Amerika ke atas Eropah, supaya setelah itu memungkinkan dirinya kembali menjadi mulia dan agung semula di peringkat antarabangsa.

                Sedangkan British ingin menguatkan hubungannya dengan Jerman dan terus memantau muslihat-muslihat Amerika dan Russia, sesuai dengan perjanjian sebelumnya, yang tujuannya untuk menentang pengembangan Jerman dan usaha memperkuatkan dan menyatukannya semula. British juga berusaha untuk memasuki pasaran tunggal agar secara rasmi membolehkan dirinya untuk menjadi sebahagian daripada negara Eropah. Tetapi dalam kes ini, ia tidak berjaya sehingga De Gaul dilucut. Tujuannya untuk menjadikan Eropah sebagai kekuatan untuk menghadapi kekuatan bipolarism. Setelah Soviet Union runtuh, British ingin mengorganisasi Eropah, dalam rangka menghadapi tekanan dan cengkaman Amerika ke atas Eropah dan dunia tetapi bukan untuk menyatukannya. British kemudiannya mendorong usaha menguatkan semula Jerman supaya kedudukannya menjadi seimbang dengan Perancis, lalu menundukkan Perancis dan Jerman serta seluruh negara Eropah yang lainnya untuk melawan cengkaman Amerika ke atas Eropah. Oleh itu, British menyokong Amerika supaya tetap kekal dalam NATO sebagai kekuatan musuh dan boleh campur tangan ke atas Eropah, agar dapat mempengaruhi negara-negara Eropah dan Russia, serta mendorong mereka untuk membentuk kelompok dan pakatan untuk memecahkan masalah ancaman Amerika.

Oleh itu, British tetap menjaga hubungannya dengan Amerika dan Eropah, serta menolak mengaitkan matawangnya dengan matawang Eropah, Euro dan terlibat dalam pasukan Jerman-Perancis. British juga menolak serangan politik Amerika secara terbuka yang berkaitan dengan Eropah. Jadi, cara berfikir British untuk memecahkan dominasi kekuatan Amerika tidak berubah. Itulah yang ditunjukkan oleh Techerchil, dan di antara yang dinyatakannya adalah: Amerika Syarikat adalah kutub yang tidak mungkin dikalahkan kecuali jika dilemahkan. Jika pokok-pokok itu menjadi lebat, maka ianya akan tumbuh jauh dari hutannya.

Para politikus British mengetahui kekuatan Amerika Syarikat, juga mengetahui ketamakannya ke atas seluruh dunia termasuklah ke atas wilayah persekutuan Eropah. Oleh itu, mereka ingin memecahkan kekuatan tersebut di peringkat antarabangsa, tanpa perlu terlibat secara langsung. Jadi masalah Eropah sebelum wujudnya bipolarism tersebut adalah masalah satu kuasa besar di dunia, dan setelah wujudnya biporalism dan dominasi tunggal Amerika dalam memimpin dunia, ia menjadi masalah yang dibina dengan asas bahawa masalah tersebut merupakan masalah yang boleh mengancam meletupnya perang. Kerana itu, masalah Eropah yang sebenar merupakan masalah yang mengancam perdamaian dunia.  

        

Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya

International Islamic and Development Studies