FASA YANG WAJIB DILALUI KETIKA INI UNTUK
MENDIRIKAN KHILAFAH

            Negara ideologi (ad-dawlah al-mabda’iyah) adalah negara yang diasaskan kepada pemikiran. Negara ini wujud dengan wujudnya pemikiran (ideologi) tersebut di tengah-tengah ummat, bangsa atau kelompok yang berkuasa di tengah masyarakat. Apabila kesetiaan kepada pemikiran tersebut tinggi, dan pemikiran tersebut telah menyatu dengan ummat serta realiti kehidupan dengan kuatnya, maka negara tersebut merupakan negara yang kuat. Dan apabila kesetiaan kepada pemikiran tersebut lemah, atau iltizam untuk melaksanakannya kurang, maka negara juga akan lemah. Juga apabila pemikiran yang lain telah menggantikan kedudukannya dalam keyakinan orang ramai, maka negara tersebut akan hancur dan kekuasaannya akan berubah.

            Kita telah menyaksikan, bagaimana Sosialisme telah mengalami kehancuran di dunia, apabila para politikusnya, penguasa dan kebanyakan orang telah meyakini bahawa ianya tidak lagi layak untuk mengatur kehidupan, atau menghadapi berbagai-bagai cabaran. Sedangkan negara Khilafah Islam, ianya tetap menjadi negara kuasa dunia utama lebih daripada 12 abad, dengan berbagai-bagai tingkat kekuatan dan kelemahannya, pengembangan dan pengurangan wilayahnya, mengikut kekuatan binaan negara berasaskan kepada pemikiran Islam yang jernih, jelas dan tinggi, atau lemahnya binaan ini, ataupun kacaunya pemahaman keatas pemikiran ini, serta hilangnya kejernihan dan ketinggiannya.

Maka, ketika pada masa-masa keislaman telah wujud para politikus, pemikir dan penguasa yang tidak lagi mempercayai kelayakan dan kemampuan pemikiran Islam untuk membina negara moden yang kuat, untuk menghadapi cabaran negara muda yang kuat di Barat, maka kekuasaan dalam negara Khilafah mula mengalami perubahan, dan Khilafah telah berjaya dihancurkan, lalu negara tersebut berjaya dipecah menjadi negara-negara kecil. Perubahan ini benar-benar dimudahkan oleh adanya penipuan yang dilakukan oleh orang- orang munafik dan para penasihat agama kerajaan, apabila mereka mengeluarkan fatwa-fatwa tentang kemubahan untuk mengkompromikan antara hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum kufur. Dan mereka benar-benar telah melakukan kompromi itu sejak abad ke-19, ketika perlembagaan kufur telah mula dimasukkan dalam kehidupan Islam, sehingga mengikut dakwaan mereka, perlembagaan itu adalah Islami, setelah dibenarkan oleh Syaikh al-Islam.

Bahawa negara Islam benar-benar telah wujud (di masa dahulu), dan sekarang ini hanya tinggal diisytiharkan. Perkara itu dapat dilakukan dengan mempelajari realiti. Sebab, idea tentang Khilafah tersebut telah pun wujud di tengah-tengah ummat, dan di sana pula telah wujud orang-orang yang berusaha untuk mendirikan sistem Khilafah, serta mengangkat khalifah yang akan dibai’at oleh kaum muslimin dengan ketaatan, agar melaksanakan hukum-hukum Islam, dimana ummat mula merasakan pentingnya persatuan ummat yang dimulakan dari satu hujung hingga ke hujung yang lain. Perasaan mereka pula telah sama, dan sama-sama menyambut perkembangan Islam, sebagaimana yang kita saksikan pada tahun 1979 M, ketika kaum muslimin dari berbagai bangsa, negara dan mazhab telah menyambut Revolusi Iran yang mereka anggap Islami itu. Juga telah lahir kemarahan yang mendorong untuk membebaskan diri dari cengkraman orang-orang kafir dan penghinaan mereka, yang dapat dirasai pada semua orang. Hinggakan kepada orang-orang kafir itu sendiri. Sebaliknya, kerinduan untuk hidup dalam lindungan hukum-hukum Islam mula nampak. Termasuklah kepercayaan kepada penguasa yang ada ketika ini benar-benar telah hilang, dan harapan untuk mengganti atau memperbaikinya telah pun hilang. Sebaliknya, harapan kepada Islam dan para pemikulnya mula bertambah kuat dan nyata.

Masalahnya sekarang adalah, apakah yang menyebabkan tertangguhnya pengisytiharan Khilafah dan kembalinya sistem Khilafah tersebut?

Sebenarnya ada tiga elemen untuk melakukan perubahan dan mengembalikan pembinaan negara Khilafah, iaitu: (1) pemikiran Islam, (2) kelompok yang telah mempunyai pemikiran yang telah mendarahdaging di dalamnya dan berusaha untuk mewujudkannnya dalam kehidupan yang nyata, serta (3) ummat Islam yang melakukan usaha tersebut di dalamnya, dan bersama-samanya untuk mewujudkan negara tersebut.

Mengenai pemikiran tersebut, maka usaha untuk memperjelaskan dan menghuraikannya telah dilakukan dengan sangat mengagumkan. Dan usaha untuk memisahkan antara Islam dan kekufuran juga telah menjadi satu agenda yang jelas, sehinggakan alaf penyatuan dan kompromi antara hukum-hukum dan pemikiran Islam dengan perlembagaan kufur telah pun berakhir. Maka, sekarang telah berlaku satu perkembangan baru, iaitu: Apakah memilih Islam total dan loyaliti yang penuh kepadanya, dimana ianya merupakan ajaran yang paling tinggi dan kuat, atau memilih kekufuran dan penyimpangan daripada Islam, dimana ianya merupakan ajaran yang paling hina dan rendah. Dan gambaran tentang Islam ketika ini menjadi sangat nyata, malah hampir-hampir menjadi kenyataan. Islam adalah sistem kehidupan yang utuh, cara hidup yang unik, dan tamadun yang eksklusif, sehinggakan kaum muslimin tidak lagi hanya menganggap Islam terhad memperkatakan masalah ibadah dan akhlaq. Islam sememangnya mempunyai pemecahan masalah kehidupan, dan Islam mempunyai kemampuan untuk membina sebuah negara, dan merubah masyarakat, serta membina tamadun. Oleh itu, kita tidak merasakan adanya apa-apa kaitan antara elemen ini dengan penangguhan yang terjadi (ketika ini).

Sedangkan tentang kelompok, yang sebenar adalah bahawa binaan kelompok tersebut juga benar, dimana keterikatannya kepada hukum syara’ telah pun dapat dirasai, juga kesediaan untuk berkorban dan mencurahkan seluruh tenaga telah pun diterima. Meskipun tuntutan berkorban tersebut lebih, dan memandang ringan (remeh) segala sesuatu yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang agung ini, sehinggakan kita pernah tidak menganggapnya sebagai perkara yang berat. Dan pahala orang-orang yang ikhlas dalam melakukan usaha untuk mewujudkannya adalah besar, sebaliknya berdiam diri daripada melaksanakan kewajiban tersebut atau melalaikannya adalah dosa besar.

Adapun rincian tentang gambaran masyarakat Islam yang dicita-citakan telah pun jelas, dalam bentuk global. Dalam beberapa perkara nampak jelas, dalam bentuk yang terperinci. Metod untuk memindahkan orang ramai untuk menuju kepada masyarakat baru itu pun nampak jelas. Keyakinan ahli kelompok tersebut pada kemampuannya untuk membina negara, memimpinnya, serta melaksanakan hukum Islam juga telah pun wujud, tetapi masih perlu diperdalamkan lagi. Sebab, ahli kelompok inilah yang wajib menyebarluaskan keyakinan kepada pemikiran dan hukum Islam, serta kemampuannya untuk membina negara moden yang kuat, yang siap menghadapi berbagai cabaran dengan sokongan padu orang-orang yang beriman, kesedaran para pemikir Islam yang ikhlas. Apabila di dalam kelompok tersebut tidak ada keyakinan yang kuat tentang kemampuan Islam, kaum muslimin serta para pemikul dakwah Islam untuk memikul tugas berat ini, maka kelompok ini pastinya tidak akan mampu mewujudkan tugas tersebut di tengah-tengah masyarakat, dimana mereka bersedia untuk memenuhi panggilannya, menjadikan mereka tunduk dan mencurahkan segala yang mereka miliki di jalan yang penuh dengan pahala ini.

Oleh itu, secara mutlak diperlukan perhatian yang lebih untuk memperdalamkan keyakinan tentang kemampuan kaum muslimin serta para pemikul dakwah Islam untuk mentadbir dan mengurus seluruh urusan tersebut dengan baik, serta berusaha memecahkan masalah-masalah yang muncul, dan menghadapi musuh-musuh ummat ini, juga bergerak dengan penuh kesedaran, berhati-hati dan bertenaga dalam medan permainan yang sentiasa berhubungkait dengan Islam dan negeri kaum muslimin.

Satu lagi syarat penting bagi kelompok yang bersedia memikul tugas ini adalah ia mestilah berupa kelompok politik, yang tidak berbentuk global. Tetapi, semua ahlinya atau majoriti daripada mereka adalah para politikus. Oleh itu, tugas mereka sekarang, sebelum berdirinya negara, adalah politik. Dan tugas yang menunggu mereka yang akan datang, setelah berdirinya negara, pastinya adalah juga merupakan tugas politik. Maka, mereka mestilah menguasai dengan baik bidang politik ini, dan menjadikan diri mereka sebagai politikus. Dan di dalam thaqafah yang mereka ambil dan mereka laksanakan itu mestilah mempunyai semua yang dapat melengkapkan mereka untuk menjadi seorang politikus, sehingga tugas berat tersebut tetap wajib keatas mereka untuk mewujudkan tujuan di atas.

Oleh kerana itu, sejak sekarang mereka telah wajib untuk bertindak sebagai seorang politikus, dan bukan terhad sebagai pemikul dakwah sahaja. Dan perkara itulah yang mesti mereka tumpukan, sehinggalah masing-masing hendaknya mula menempatkan dirinya dalam suatu permasalahan, seakan-akan ianya merupakan masalahnya sendiri. Dan, dialah satu-satunya yang wajib menyelesaikannya, serta berusaha untuk memecahkannya dan memikirkan bagaimana cara pemecahannya. Dengan cara itu, ianya akan mempunyai aqliyah (cara berfikir) menyelesaikan masalah. Setelah itu, ia mestilah berusaha untuk meyakinkan pemecahan tersebut kepada orang yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. Dan biasanya, orang ramai atau para politikus dan pemikir tidak akan puas dengan pemecahan yang am, dan mereka juga tidak akan terpengaruh dengan isu-isu global. Tetapi, mereka pastinya akan dapat dipengaruhi dengan pemecahan yang rinci dan sistematik.

Maka, kita tidak cukup dengan setakat mengembalikan semua problema dan kesengsaraan kita kepada tidak wujudnya negara Khilafah. Ini merupakan perkara yang haq, dan tidak perlu diragui lagi. Kita juga tidak cukup setakat menyatakan celaan kepada orang-orang kafir dan para kroninya, meskipun dalam kes tersebut memang banyak benarnya, tetapi kita berkewajiban untuk menjelaskan dengan sistematik, bagaimana pemecahan tersebut diambil berdasarkan kepada hukum dan pemikiran Islam. Oleh itu, kita juga mesti menghilangkan dakwaan yang diarahkan kepada isu-isu keislaman, yang kononnya Islam itu utopia (khayalan), dan kurang terperinci (jelas), serta kononnya para pemikul dakwah itu tidak pernah berkemampuan untuk mengendalikan semua perkara dan memecahkan masalah-masalah yang wujud, serta tidak siap menghadapi berbagai-bagai cabaran.

Secara ringkasnya, kelompok tersebut wajib menyempurnakan kelemahan-kelemahannya, dan wajib bersiap untuk menghadapi fasa yang akan datang, yang banyak ancaman. Sebarang kesilapan dalam melakukan tindakan, kesannya bukan setakat akan merosak kelompok tersebut, malahan akan merosak ummat sekaligus harapannya. Dan kelompok tersebut mesti melakukan beberapa langkah pada fasa akan datang, yang semuanya merupakan aktiviti politik. Dengan cara itu, akan lahir para politikus. Dan lapangan politik yang wajib menggantikan kedudukan lapangan politik yang wujud ketika ini juga boleh dibina. Dan lapangan politik yang wujud ketika ini akan berjaya diakhiri untuk selama-lamanya.

Adapun tentang ummat, ianya masih tetap memeluk Islam dan memikulnya, serta masih tetap berpegang teguh kepada agamanya. Mereka tidak pernah menerima Islam untuk digantikan oleh yang lain. Mereka merupakan ummat yang pemurah dan suka berkorban, mudah tunduk kepada orang yang mereka percayai mampu mewujudkan matlamat yang mereka yakini, dan mereka mempercayai bahawa ia akan mampu mewujudkan matlamat tersebut untuknya.

Tetapi, ummat Islam kini tidak terlibat dalam pengangkatan penguasanya, sejak zaman Imam Ali, karramallahu wajhahu, sebab kebanyakannya para penguasa tersebut diangkat dari atas dengan sistem waris, sebagaimana yang terjadi di Jordan dan Bahrain akhir-akhir ini, atau adakalanya diangkat oleh musuh-musuh mereka, yang mengangkat para penguasa melalui revolusi ketenteraan, yang telah pun mereka rancang, mereka biayai dan mereka sokong. Maka, ungkapan tentang keadaan ummat ketika ini, yang paling tepat adalah, bahawa kami tidak mempunyai apa-apa selain hati kami, kami mencintai kalian dan mengajak kalian agar memperolehi taufiq melalui urusan ini.

Dengan perkataan lain, sesungguhnya ummat ini tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan pemilik kekuasaan, dan dirinyalah yang berhak mengangkat penguasa, dan mereka juga berkuasa untuk memecatnya. Oleh itu, gambaran ini mestilah diterangkan kepada ummat. Dan meskipun mereka mempercayai pemikul dakwah Islam, tetapi mereka kurang yakin terhadap kemampuan mereka untuk membina negara Khilafah. Para pemikul dakwah itu adalah orang-orang yang baik dan penuh iltizam, dimana mereka diberi kepercayaan oleh ummat untuk menjaga nyawa, harta dan kehormatan mereka, tetapi sayangnya mereka belum melihat bahawa para pemikul dakwah tersebut mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara, serta mewujudkan tujuan-tujuan yang mereka cita-citakan. Semuanya ini akan menjadi kenyataan dan benar, apabila negeri kaum muslimin berjaya disatukan, dan wilayah-wilayah mereka berjaya dimerdekakan, serta urusan-urusan mereka berjaya diuruskan.

Ummat kini masih meragui semuanya itu. Sebab, ahli kelompok tersebut belum berjaya membuktikan kemampuannya kepada mereka. Meskipun mereka telah berjaya menunjukkan kepercayaan kepada ummat, secara peribadi-peribadi, termasuk keikhlasan dan iltizam mereka kepada Islam. Yang juga menjadi sebab lemahnya kepercayaan ini adalah kecenderungan mereka yang tidak membezakan antara aktiviti negara dan aktiviti kelompok.

Sebab, kelompok tersebut berkewajiban melaksanakan aktivitinya sahaja, iaitu dengan para ahli yang menjadi anggotanya, serta berusaha untuk menundukkan orang lain agar melaksanakan aktiviti kelompok tersebut bersama-sama mereka. Sedangkan negara, adalah merupakan negara semua orang, dan ianya wajib menundukkan semua orang, serta memanfaatkan semua orang yang berkemampuan, dan meminta bantuan kepada orang yang dipandangnya mampu untuk diamanahkan tugas. Negara juga wajib mengawal orang-orang yang mengabaikan kewajibannya dan menyeleweng. Negara Khilafah bukanlah negara kelompok, atau jamaah, mazhab ataupun kaum tertentu, tetapi ianya merupakan negara seluruh kaum muslimin di dunia. Yang bercita-cita untuk melayani Islam dan membahagiakan kaum muslimin dengan memberdayakan potensi dan kemampuan mereka.

Kemudian masaalah lain yang berkaitan dengan ummat, iaitu ketidakpercayaan mereka tentang kemampuan negara Khilafah --jika ianya ditakdirkan berdiri-- untuk kekal berumur lama dalam bertahan dari serangan yang berterusan daripada musuh-musuh yang berkemampuan, serta mereka yang menunggu di dalam, di luar dan di persekitarannya. Gambaran yang salah ini memang telah dikukuhkan oleh Amerika dan negara-negara Barat, yang dilakukan untuk menyulitkan, membuat sekatan dan berpakatan untuk melawan sesiapa sahaja yang dapat mengancam kepentingan mereka. Dimana negara Khilafah merupakan sumber ancaman terbesar bagi kepentingan mereka, yang bukan terhad di negeri-negeri kaum muslimin sahaja, bahkan di seluruh dunia, iaitu melalui dakwah, provokasi dan jihad. Maka, dalam masaalah ini pastinya akan berlaku perebutan untuk menguasai negara-negara yang mencengkram dunia dan menuntut kembali haknya daripada para perompaknya.

Dari sudut lain, celah-celah yang sangat lebar antara negeri-negeri kaum muslimin, yang semuanya dalam keadaan terkebelakang, dibandingkan dengan musuh-musuhnya, maka pastinya akan semakin bertambah luas seiring dengan bertambahnya masa. Sedangkan musuh-musuh kaum muslimin dan Islam, khasnya Amerika, British dan Perancis terus-menerus mempertingkatkan kekuatan mereka, dan semakin menguatkan lagi kekuatan, kekayaan dan cengkramannya keatas dunia melalui Order Dunia Baru-Lama, yang diasaskan kepada negara-negara yang mempunyai kedaulatan dan terjamin, serta pertubuhan-pertubuhan regional mahupun antarabangsa, serta syarikat-syarikat ekonomi yang menguasai urat nadi perekonomian dunia. Disamping, mereka telah menimbun kekayaan wilayah ini selama politik perdagangan bebas diterapkan, serta melalui Tabung Antara Bangsa (IMF) dan Bank Dunia. Lalu bagaimana mungkin kaum muslimin boleh membina negara mereka, serta membebaskan wilayah-wilayah mereka serta melepaskan diri daripada cengkraman musuh keatas diri mereka? Sedangkan masaalahnya semakin bertambah banyak, ketika Barat telah kembali menguasai negeri kaum muslimin, dimana keadaan ini terjadi sejak awal tahun 90-an. Yang menjadikan intervensi mereka untuk menentang negara Khilafah sangat mudah dan cepat, ketika ianya diisytiharkan.

Maka, untuk memperjelaskan masaalah tersebut kepada ummat, wajib diingatkan dan ditekankan, bahawa seluruh kaum muslimin adalah ummat yang satu. Dan dakwah Islam ini ditujukan kepada mereka semua. Mereka juga mesti merasakannya, dan ianya mesti sampai kepada mereka. Dimana negara Khilafah, meskipun telah berdiri di salah satu wilayah atau beberapa wilayah, maka negara tersebut sebenarnya juga adalah negara mereka semua. Dan ianya berdiri untuk kepentingan mereka dan demi tegaknya agama mereka. Ianya akan melaksanakan keputusan-keputusan mereka yang ikhlas dan tidak bergantung kepada sesiapapun. Oleh itu, mereka berkewajiban untuk bergabung dengannya, menjaganya serta melindunginya dari serangan luar.

Kemudian, wajib menyedarkan orang ramai tentang perbezaan antara sains dengan thaqafah, dimana kita dibenarkan untuk mengambil sains daripada mana-mana tempat, dan kita dibenarkan untuk mengupah sesiapa sahaja untuk melakukan penelitian ilmiah (sains), serta membeli kelengkapan-kelengkapan sains dan industri, termasuklah ahli sains tertentu dari setiap negeri.

Negara Barat juga melakukannya tetapi dengan asas untuk memperolehi manfaat. Dan di sana ramai kaum muslimin yang mempunyai kepakaran tersebar di seluruh pelusok dunia. Mereka semuanya menunggu dengan penuh kesabaran untuk kembali ke negeri kaum muslimin, untuk berkhidmat kepada ummat, negara dan agama mereka. Terutamanya apabila memperolehi bayaran yang lebih, serta dipenuhi semua peluang untuk meningkatkan kemampuan sains, untuk melakukan penelitian dan penemuan.

Dan sememangnya wajib kita ketahui, bahawa bukan setakat pengisytiharan negara Khilafah itu sahaja yang dianggap mengancam Barat dan kepentingannya, tetapi tingkahlaku politik dan seruan politiknya, serta semua tindakannya yang boleh menghadkan kedudukan Barat, khasnya pada bulan-bulan pertama. Oleh itu, apabila tindakan Khilafah sempurna, dan dilaksanakan sesuai dengan masaalah dan cabarannya, maka pastinya ianya akan selamat, establish (tetap bertahan kukuh) dan pilar-pilarnya menjadi kuat. Dan inilah yang semestinya perlu dirancang sejak sekarang. Sehinggakan nanti tidak wujud lagi tindakan yang kacau-bilau, yang tentu sahaja akan membawa ancaman besar kepada negara dan ummat.

Inilah kewajiban yang paling penting mesti ditempuh pada fasa ini. Yang, jika kita rasa mampu mengusahakannya, maka kita pastinya akan mampu melaksanakan tuntutan-tuntutan fasa tersebut. Dan menjadikan lebih layak untuk memperolehi pertolongan Allah SWT. Dia-lah Zat Yang Maha Menolong. Dan daripada-Nyalah kita mengharapkan pertolongan, sokongan dan taufiq.

 "Dan sekali-kali pertolongan itu, semata-mata daripada Allah Yang Maha Agung dan Maha Bijak." (Q.s. Ali Imran: 126).

Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya

International Islamic and Development Studies