MENGEMBALIKAN PERANAN BRITISH

DI TIMUR TENGAH

Sejak lama, British tidak pernah diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti politik secara terbuka dan langsung di Timur Tengah. Meskipun British mempunyai berbagai-bagai sarana dan media untuk melakukan aktiviti tersebut, seperti para ejen, jaringan dan pemikiran, akan tetapi sarana-sarana tersebut tidaklah cukup untuk menyatakan aktiviti tersebut sacara terbuka, serta bersaing secara terbuka dengan Amerika. Yang mampu untuk melakukan aktiviti secara nyata dan terbuka adalah pihak yang mempunyai kekuatan pembiayaan. Dan tidak ada satu negara pun yang secara bersendirian mampu menyaingi perekonomian Amerika, maka oleh itu ia mesti menyertainya secara politik dengan cara saling melengkapi (kekurangan masing-masing).

Dalam rangka menyaingi dan mengikuti Amerika, maka negara-negara utama Eropah telah bersatu dengan berbagai-bagai bentuk, yang paling akhir sekali dan yang paling menonjol adalah Eropah Bersatu. Di mana negara-negaranya berusaha untuk saling melepaskan mata wangnya serta berbagai-bagai ambisi kekuasaannya, dan menyusun semula politik luarannya, disamping polisi ekonominya, dalam rangka berdiri sebagai sebuah kekuatan yang seimbang dengan kekuatan Amerika. Negara-negara Eropah Bersatu semakin solid dalam permainan politiknya di Timur Tengah setelah perjanjian Oslo dan Way River dalam bentuk yang lebih selaras dan realistik. Dan dapat diperhatikan daripada penjelasan para diplomat Eropah, bahawa ianya merupakan bentuk yang bersepadu. Tiap delegasi Eropah yang dikirim ke wilayah tersebut mengeluarkan pernyataan yang sama, dengan apa yang dikemukakan oleh Mortinuos, utusan tetap daripada negara-negara Eropah Bersatu untuk Timur Tengah. Dan semua delagasi Eropah ikut menyatakan pernyataan yang sama, bahawa peranan negara-negara Eropah Bersatu dalam bentuk perekonomian mestilah disesuaikan dengan peranan politiknya. Bukan sebagai pengganti peranan Amerika, melainkan sebagai penyempurna peranannya.

British telah mengambil kepemimpinan Eropah Bersatu tersebut secara periodik. Ianya memainkan peranan dan menggerakkan kembali peranan politiknya di Timur Tengah dengan bersandar kepada kekuatan Eropah Bersatu, yang berada di belakangnya. Dengan demikian, British berharap untuk dapat mengikuti Amerika dalam aktiviti politik di wilayah tersebut secara tetap dan terbuka. Iaitu berusaha untuk mengambil kerusi untuk ditempatinya sepanjang perjanjian yang ada berdampingan dengan kerusi Amerika. Sebagaimana yang terjadi di Kurdistan, di Iraq bahagian utara. Amerika dan British, masing-masingnya saling memainkan peranannya di sana, di satu pihak ada juru runding Amerika, dan di pihak lain ada juru runding British, disamping kedua-kedua juru runding tempatan, iaitu puak Kurdi dan Turki. Dan sememangnya cengkeraman British di wilayah Timur Tengah tidak sekuat cengkeramannya di wilayah Kurdistan, Iraq. Oleh itu, maka British berusaha untuk mengukuhkan eksistensi dirinya, di samping Amerika, yang ditopang dengan anggapan-anggapan, sebagai berikut:

  1.  
  2. British menyokong Amerika dalam krisis Iraq, dalam peringkat antar bangsa dan dalam bidang informasi.
  3.  
  4. British menerima peluang perdamaian Amerika di Irland Utara.
  5.  
  6. Memberi sokongan kepada Amerika di dalam Dewan Keamanan (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), meskipun menyembunyikan (maksud) yang sebenar.

Anggapan-anggapan ini, disamping kepemimpinannya secara periodik keatas negara-negara Eropah Bersatu, telah menjadikan British memperolehi kemajuan dan kekuatan di wilayah tersebut. British telah menyiapkan kunjungan Perdana Menterinya, Tony Bleir, dengan kunjungan pendahuluan daripada menteri luarnya, Robin Cock, yang didisifatkan sebagai kunjungan yang merangsang perbicaraan. Yang kemudiannya membentuk public opinion dan sokongan, sebagai pendahuluan kunjungan langsung Bleir dalam rangka mewujudkan penyelesaian.

Di sela-sela gerakannya, disamping keterlibatannya dengan Amerika dalam pengambilan keputusan atau memecahkan penahanan Amerika terhadap usaha perdamaian Arab-Israel, British bertujuan untuk mewujudkan beberapa hal, sebagai berikut:

  1. Mencegah Amerika untuk mengubur hidup-hidup perjanjian Oslo. Dan, antara masing-masingnya, iaitu Bleir dan Cock, telah menegaskan pentingnya pelaksanaan poin-poin perjanjian Oslo. Yang dengan begitu, tekanan keatas Jordan dan Israel tersebut, sama-sama dapat diringankan, sehingga dapat membantu membuka pintu penandatangan kesepakatan tersebut.
  2. Berusaha untuk memecahkan kebuntuan yang ditimbulkan oleh Amerika, akibat penahananya terhadap usaha perdamaian tersebut. Dalam hal ini, Raja Hussein (almr), mengatakan bahawa wilayah tersebut akan menerima malapetaka, apabila kebuntuan tersebut tidak segera terpecahkan. Sehinggalah, memecahkan kebuntuan tersebut merupakan tuntutan yang meluas dan berkembang luas, setelah dihentikannya penandatanganan kesepakatan antara negara-negara Arab-Israel.
  3. Mengeluarkan Amerika dengan cara memastikan ketidakmampuannya secara berterusan dalam menyelesaikan masaalah Timur Tengah, dan terus-menerus menyerang usulan pembekuan oleh Amerika sejak beberapa bulan sebelumnya. Dengan demikian, ianya menuntut Amerika agar menyertakan negara-negara Eropah dan British untuk menyelesaikannya, dengan alasan untuk membantu Amerika.

Untuk mewujudkan tujuan-tujuan tersebut, ianya mengemukakan idea konferensi perdamaian di Londen, setelah Bleir mengadakan kesepakatan dengan Netanyahu, bahawa ianya berjanji dan meminta Arafat agar memberikan sokongan kepadanya mengenai bentuk perjanjian empat hala, yang mempertemukan pihak Palestin, Israel, Amerika dan British, sebagai wakil Eropah. Akan tetapi, perkembangan diplomasi British yang pesat itu ditandingi dengan aktiviti diplomasi Amerika, untuk mengimbanginya, yang bertujuan untuk mencari-cari kelemahan dan menggagalkan perkembangan pesat ini.

Amerika tetap tidak ingin menyertakan British dalam konferensi tersebut, mengikut kesepakatan empat hala. Malahan, Amerika menetapkan perlunya Albright mengadakan pertemuan terbatas dengan masing-masing pihak, iaitu Arafat dan Netanyahu. Kemudian, juru bicara resmi, atas nama Depertemen Luaran Amerika, mengumumkan disepakatinya pembatalan konferensi tersebut. Dan (komennya) mengatakan: "Kami tidak menyepakati banyak poin perbicaraan mengenai isu Timur Tengah yang ditetapkan pelaksanaanya di Londen pada bulan depan, dengan tujuan untuk memecahkan kebuntuan antara Palestin dan Israel."

Amerika kemudian mengirim Dennis Rose dan Martin Endick untuk membangkitkan public opinion Israel, khasnya di kalangan kelompok pemeluk Yahudi itu, yang dapat membangkitkan kemarahan berkenaan dengan persetujuan yang terjadi, sehinggalah memaksa Netanyahu untuk menolak pendiktian (intervensi) Amerika. Netanyahu kemudian mengumumkan, bahawa dirinya tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika. Dan Israel sendirilah yang akan menentukan masaalah keamanannya sendiri. Dan nisbah 13 peratus yang diajukan oleh usulan Amerika itu kemudiannya ditolak. Sebab, ia dianggap akan mengancam kepentingan Israel. Gerakan-gerakan Amerika ini, jelas bertujuan untuk mengekalkan terjadinya kebekuan dalam masaalah Timur Tengah tersebut. Juga bertujuan untuk mencegah terjadinya penandatanganan kesepakatan antara Israel dengan negara-negara Arab, serta mengukur perjanjian Oslo. Tujuan tersebut telah banyak diketahui oleh banyak penganalisa politik, antara lain, sekadar sebagai contoh, iaitu Juel Marcus, yang menulis di akhbar Hearts, Israel, tarikh 21/4/1998, yang mengatakan: "Adalah sia-sia sahaja apabila memonitor wakil kuasa besar nomor satu itu, dimana ianya sibuk dengan membekukan (perjanjian) selama dua tahun terakhir. Dan sejak sembilan bulan, Dennis Rose berjalan di tempat, tetapi tidak bergerak ke mana-mana. Sebab, gerakannya terhad di atas tangga elektrik apartemen. Dan amat disayangkan, bahawa semua usulan penting yang bermula di Oslo dan berakhir dengan perjanjian damai dengan Jordan itu diwujudkan di luar kemahuan politik Amerika. Sehinggalah semua yang diupayakan oleh Rumah Putih itu hanya untuk memenuhi halaman sekadar aktiviti peresmian, tanpa mempunyai peranan yang berkesan atau menentukan."

Tetapi, pernyataan yang lebih tepat adalah, bahawa Amerika mempunyai peranan yang berkesan dan menentukan dalam masaalah Timur Tengah. Dan pengaruhnya menjamin terjadinya pembekuan perjanjian yang sedang dijalankan sesuai dengan perjanjian Oslo, serta membekukan penandatanganan yang terjadi kerana adanya kesepakatan tersebut, dan melemahkan ekonomi Israel, juga mencekik ekonomi Jordan, dan berterusan melakukan sekatan keatas Iraq, sehingga perekonomian negara-negara tersebut tergoncang, tersekat dan tercekik. Amerika juga berusaha untuk menguatkan perjanjian antara Syiria, Iran dan Mesir, serta melemahkan perjanjian antara Israel dan Turki. Dan bukti keatas semuanya itu adalah kedudukan Syiria dan pengikutnya, Lebanon, semakin kuat dan bertambah hebat, dengan penolakannya terhadap rancangan Israel untuk berundur secara bersyarat daripada wilayah Selatan Lebanon, serta bertambahnya kekuatan Hizbullah, yang semakin kuat.

Kesimpulannya, Amerika dan negara-negara pengikutnya, dalam kedudukan semacam ini, jelas ingin membekukan aktiviti perdamaian, serta menolak penandatanganan kesepakatan, juga ingin menahan Israel dan menyibukkan wilayah tersebut dengan berbagai-bagai perjanjian yang tidak sungguh-sungguh, apabila Israel bersedia untuk menarik diri daripada dataran tinggi Golan, agar kedudukan Amerika di tempat ini tetap kuat. Sedangkan, pada masa yang sama, British berusaha untuk memecahkan kebekuan tersebut, dan berupaya untuk memulakan usaha perdamaian serta memulakan penandatanganan perjanjian, juga membentuk wilayah yang dapat membebaskannya daripada cengkeraman Amerika, kemudian mengikatkannya dengan Eropah, baik secara politik mahupun perekonomian dengan ikatan yang kukuh. Hal itu dengan alasan hubungan ketetanggaan dengan wilayah tersebut, juga dengan mengadakan hubungan perekonomian yang luas antara Eropah dengan Timur Tengah. Dan terakhir sekali, dengan alasan yang disebutnya sebagai Tanggungjawab Moral dan Kesejarahan bagi British di wilayah tersebut. Yang sebenar adalah, bahawa konferensi Londen sama sekali tidak akan pernah menghasilkan natijah apapun. Dan peranan British tidak akan pernah sampai pada batas keterlibatan secara tetap keatas peranan Amerika dalam perjanjian Timur Tengah. Meskipun ianya akan memberikan saham, di mana London dianggap sebagai stesen aktiviti, tetapi ia tetap tidak pernah dapat memberikan saham dalam perancangan politik dan aktiviti politik.

Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya

International Islamic and Development Studies