PENGENALAN
Ummah
Islam telah hidup tanpa 'ibu' (al khilafah)
lebih daripada tujuh dekad lamanya setelah jatuhnya 'ibu'
(khilafah Uthmaniyyah) umat Islam pada 24 Mac 1924. Sejak
dari itu umat Islam di seluruh dunia telah didominasikan
oleh negara kolonis barat dan diparahkan lagi dengan
penyerapan ide-ide kuffar seperti sekularisme,
nationalisme dan individualisme di dalam minda umat
Islam. Keadaan inilah yang telah mencengkam umat Islam
dari bangkit untuk mengembalikan kehidupan secara Islam
dengan thariqah an nubuwwah.
Mengimbas kembali sejarah ketika tertegaknya Islam di
muka bumi ini sejak dari terdirinya daulah yang pertama
di Madinah sehinggalah berakhir di era Khilafah Utmaniyah
di Turki, syiar Islam telak dilaksanakan yang faktanya
telah menunjukkan bahawa Islam yang terimplementasi itu
telah membawa keadilan dan keselamatan kepada semua umat
yang hidup di bawah kibaran panji Daulah Khilafah lebih
dari 1300 tahun.
Islam
adalah deen (cara hidup), yang menyediakan penunjuk yang
komprehensif dalam semua aspek kehidupan manusia
termasuklah perkara yang berkaitan dengan hubungan
manusia dengan penyembahan, ekonomi dan pemerintahan.
Segala peraturan dan perundangannya lahir dari Aqidah
Islamiyah yang tiada lain bersumber dari Allah SWT,
Pencipta segala apa yang ada di langit mahupun di bumi.
Keutuhan dan kemantapan Aqidah inilah yang membawa kepada
tertegaknya Islam sebagai satu-satu ideologi yang mampu
menyelesaikan segala persoalan kehidupan manusia.
Setelah
sekian lama Islam 'hilang' di alam ini maka
menjadi taklif dan kewajipan untuk setiap individu muslim
bergerak dan berusaha mengembalikannya ke persada
sewajarnya sebagai satu ideologi yang tinggi dan
mengekalkannya sebagai pentadbir alam ini di bawah satu
kesatuan ummah. Perkara ini hanya akan berlaku kiranya
minda ummah telah dibersihkan dari sarang-sarang
pemikiran kuffar yang menyerabuti selama ini. Kita sama
sekali tidak akan pernah merasai betapa agungnya Islam
itu selama mana Islam tidak terrealisasi di dalam
kehidupan kita.
Dalam
ruangan Analisis Pilihan ini, pihak IINDS akan memuatkan
hasil pemerhatian berdasarkan fakta dan analisis semasa
yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan, Sistem Sosial,
Sistem Penghakiman, Sistem Pendidikan dan Sistem Ekonomi.
IINDS akan cuba mengupas segala persoalan yang berkaitan
bukan semata secara kajian ilmiah tetapi integrasi
menyeluruh dan bagaimana setiap persoalan yang timbul itu
diselesaikan secara Islam. Adalah diharapkan dengan
adanya laman ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah
kebangkitan umat Islam.
"
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman
di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh
bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka
berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh
Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah
diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan
menukar (keadaan/Negara Mereka), sesudah mereka
berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka
tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan
sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap)
kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik "
-An-Nur
55
|
|
ANALISIS TERBARU
Kemaskini terakhir: 22 September 2000
|
|