PENGEMBANG DAKWAH TIDAK
BERPERANAN
KE ATAS KEBERHASILAN
DAKWAHNYA.
Mengemban dakwah
sememangnya merupakan tugas Nabi-nabi. Ianya
merupakan amalan yang terpuji dan dipandang mulia di sisi Allah SWT.
Allah berfirman :
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat
kepada Allah)!" (Qs.41:33)
Dan sebagai balasan kepada aktiviti dakwah tersebut
Allah akan mengurniakan ganjaran yang amat besar seperti kemuliaan dengan
tingkatan tertinggi disisinya. Inilah juga janji Allah SWT. kepada
pemgembang-pengembang dakwah Islam yang
berusaha dengan sedaya-upaya, tabah dan ikhlas semata-mata hanya untuk mendapat
keredhaan Allah SWT.
Dalam
menjalankan perintah dakwah, pengembang dakwah harus sedar dan faham sepenuhnya
akan tanggungjawabnya, yakin dengan apa yang ingin disampaikan dan tidak mudah
tunduk, kecewa dan putus asa lantaran dakwahnya tidak mencapai matlamat yang
seperti diharapkan. Lalu yang demikian itu akan membawa kepada kebosanan pada
dirinya untuk menyampaikan dakwah dan berputus asa. Oleh yang demikian, haruslah ia merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w agar dapat memberi rangsangan ke atas segala tindakan dan
kaedah dakwahnya itu. Ini akan memberinya sedikit kesedaran tentang selok-belok
dan liku-liku perjalanan yang harus dihadapi dalam mengembang dakwah. Firman
Allah:
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru
manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang
jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iqtiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain." (Qs12:108)
Setiap persoalan haruslah dijelaskan dengan
kebenaran, dan kebenaran itu harus
difahami dengan mendalam dan menyeluruh dan sifat inilah yang harus ada pada
setiap pengembang dakwah. Tetapi adakah tugas pengembang dakwah hanya setakat
menyampaikan atau pendakwah juga harus
bertanggungjawab dan berperanan dalam keberhasilan dakwahnya itu?
Untuk menjelaskan persoalan di atas, adalah penting
untuk kita mengetahui beberapa perkara:
1.
Terdapat
puluhan ayat Al-Quran yang dengan jelas membezakan diantara tugas pengembang
dakwah dalam menyampaikan dakwah dan keberhasilan dakwahnya (yakni pendakwah
yang mengharapkan dakwahnya itu diterima dan penerimaan petunjuk/hidayat orang
yang didakwahnya itu sebagai dua aspek
yang harus di bezakan.) Di antaranya:
“Dan taatlah kamu kepada Allah serta
taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah
Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang
diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami
hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.” (Qs.5:92)
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
(Qs.24:54)
“Oleh itu, jika mereka berpaling
ingkar,
maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka;
tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan
(ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat
dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa
sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera
membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana)
sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.”
(Qs.42:48)
Ayat yang menerangkan tentang hidayat/petunjuk serta
penerimaan dakwah oleh seseorang hanyalah terpulang kepada kehendak Allah s.w.t
dan bukan bidang kuasa pengembang dakwah, Firman Allah :
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (Qs 88:21-22)
2.
Allah berfirman::
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan
menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa
yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Qs.24:55)
Ayat di atas membawa maksud, tidak semestinya
kekuasaan itu akan diperolehi serta merta ataupun kejayaan itu diperolehi
dengan segera hanya kerana usaha dakwah telah dilaksanakan. Buktinya:
a.
Kejayaan
yang belum lagi diperolehi oleh Rasul, termasuk Rasulullah s.a.w walaupun
mereka telah sempurna dari segi keimanan, amalan serta dakwah malah menjauhi
sebarang keraguan tentang islam. Allah berfirman:
(Orang-orang
yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum
ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap
kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya
sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka,
lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab
Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang
berdosa. (Qs.12:110)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Qs. 2:214)
b.
Perlunya
bagi seserang pengembang dakwah untuk mempunyai sifat sabar dan istiqamah
sehingga Allah SWT menunaikan janjiNya untuk membantu dan memberi kemenangan
Kamu
sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan juga kamu sungguh
akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari
orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan
hati . Jika kamu bersaabar dan bertaqwa, maka sesugguhnya yang demikian itu
termasuk urusan yang patut diutamakan.” (Qs.
3:186)
“Sesungguhnya
telah didustakan Rasul-rasul sebelum engkau, lalu mereka berhati sabar atas apa
yang didustakan itu dan mereka disakiti orang, sehingga datang pertolongan Kami
kepada mereka. Tidak adalah yang menukar kalimat Allah. Sesungguhnya telah
sampai kepadamu berita rasul-rasul itu.(Qs.
6:35)
c.
Terdapat
larangan yang mencegah para pendakwah dari memiliki perasaan tidak sabar, panas
baran, berjiwa lemah dan mudah berputus asa. Perkara ini ada disebut di dalam
beberapa hadis dan firman Allah di dalam Al-Quran “Maka
bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada
mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh
ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak
terkurung dalam perut ikan.” (Qs.64:48).
Di dalam
konteks ayat ini Allah telah memerintahkan Rasulullah agar bersabar. Allah
memberi masa lagi kepada kaum Quraish untuk menerima risalah Rasulullah dan
Allah juga telah menangguhkan terlebih dahulu pertolongan kepada Rasulullah
dalam menghadapi tentangan kaum Quraish.
Allah s.w.t
juga berfirman “Dan jika perbuatan mereka
berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat
berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke
bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya
engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau
sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas
hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah
engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.” (Qs.6:35)
.Allah s.w.t juga berfirman “Maka
(fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh
Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan
sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi
hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu
(wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.” (Qs.6:38)
Dan Rasulullah bersabda ketika bercakap kepada Khabab
bi Al-Araat di penghujung hadis :” tetapi kalian dalam
kegopohan”.
3.
Seorang
pengembang dakwah harus sedar betapa beratnya tanggungjawab dalam mengembang
dakwah. Adalah bukan suatu tugas yang mudah untuk mengubah dan membangkitkan
semula umat dan ia harus sedar betapa besar rintangan yang bakal di hadapi
serta cabaran yang mendatang semasa ia melakukan aktiviti dakwah. Oleh itu
setiap pendakwah harus memahami secara mendalam dan menyeluruh thariqah untuk
mengembalikan kehidupan Islam di muka bumi ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai diantara para pengembang-pengembang dakwah yang sangat komited dan ikhlas dengan perjuangan islam masa kini masih kabur dengan fikrah-fikrah Islam. Ini berlaku semenjak abad kedua selepas Hijrah sehinggalah sekarang. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda bahawa “ Islam dahulu pada awalnya asing bagi masyarakat dan ianya akan menjadi kembali asing semula”
Dan realitinya sabda Rasulullah s.a.w tersebut
berlaku pada masa sekarang yakni ad-din Islam kelihatan asing bagi umat Islam
sehingga umat Islam sering mengadopsi idea-idea yang datang bukan dari Islam
dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan. Semoga Allah merahmati golongan
yang masih lagi memegang ad-din yang dianggap asing ini.
Disamping itu, sebaik sahaja seorang pengembang
dakwah itu membuat perancangan dalam mengubah pemikiran dan mebangkitkan
masyarakat seterusnya berusaha mengembalikan kehidupan Islam, mereka juga harus
memecahkan persoalan tentang cara untuk membangkitkan ummat dan kaedah untuk
membetulkan kembali golongan-golongan atau qutlah-qutlah yang telah menyimpang
dari kaedah Rasulullah s.a.w dalam mendirikan negara Islam dan menerapkan
hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tambahan pula situasi
antarabangsa pada masa kini adalah amat berbeza dengan zaman Rasulullah. Negara
Islam pertama yang didirikan adalah di Madinah dan tegaknya negara Islam ketika
itu adalah tanpa pengetahuan, keizinan atau sebarang perjanjian dengan
kuasa-kuasa besar ketika itu iaitu kerajaan Persia dan Rom. Peperangan yang
pertama di antara negara islam dan Empayar Rom berlaku pada tahun ke-8 hijrah.
Sehingga kini, negara-negara kufur masih lagi
berganding bahu menyerang umat islam. Mereka secara secara terang-terangan melalui boneka-boneka
upahan yang terdiri daripada orang-orang yang menggelarkan diri mereka pemimpin
kaum muslimin, berusaha mencegah dari berdirinya Khilafah. Mereka juga
menyerang parti-parti politik yang ada pada masa kini walaupun setelah mereka
berjaya menjatuhkan Khilafah Islam 75
tahun yang lalu.
Pada masa kini, memang terdapat banyak cabaran yang
amat getir yang sedang dihadapi oleh kaum muslimin di serata dunia termasuk
para pengembang dakwah. Antaranya;
a. Serangan secara fizikal: Mengenang kembali detik-detik kehancuran sistem khilafah di Turki, Penubuhan sebuah entiti kaum yahudi di Palestin, dan pencegahan umat islam dari menguasai teknologi termasuk teknologi ketenteraan seperti nuklear dan senjata kimia serta serangan terhadap sebarang usaha untuk menyatukan umat Islam.
b.
Serangan
secara intelektual: Ini melibatkan aktiviti menfitnah, mengelirukan dan
memutarbelitkan fakta dan imej ad-din Islam. Ini sering dilakukan oleh para
cerdik pandai dan cendikiawan (kaum munafik dan orientalis). Di samping itu
usaha untuk menumbuhkan benih perkauman(semangat nasionalism) dan kebangsaan,
mempropagandakan idea penyelesaian secara kompromi, mengembangkan idea
liberal(kebebasan)l dan demokrasi. Mereka juga disogokkan dengan berbagai lagi
idea kufur sehinggakan mereka melihat bahawa Islam tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah-masalah masa kini.
Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pengembang dakwah adalah sesuatu yang normal dan mesti dihadapi dalam mengemban mabda Islam yang sebenar. Dan para pengembang dakwah dilarang sama sekali mempunyai perasaan mudah kecewa dan putus asa, apalagi berpaling dan meninggalkan usaha dakwahnya bila menghadapi sebarang cabaran dan rintangan ataupun merasa terlalu lama untuk hasil dakwahnya itu membuahkan kejayaan. Para pengembang dakwah harus sedar akan kemungkinan yang akan berlaku seperti tiada respon terhadap dakwahnya oleh masyarakat. Ini tidak bermakna bahawa kaedah yang digunakan tidak betul ataupun menyimpang dari syarak. Bukti ini semakin kukuh apabila kita melihat situasi keadaan dakwah Islam akhir era di Makkah. Ketika itu para pengikut Islam hanya bergantung dan berpandukan wahyu dari Allah SWT. Ibn Hisham di dalam buku Seerahnya mengenai Rasulullah mengatakan: “Dan ketika Allah SWT berkehendak membantu agamanya dan RsaulNya serta memenuhi janjiNya, maka Rasullullah saw keluar menemui beberapa orang dari kaum Ansar.”
Bantuan dari Allah ini muncul ketika
masyarakat Mekah telah beku dan jumud, setelah masyarakat di Thaif menolak
Rasulullah dengan buruknya dan setelah kabilah-kabilah Arab menolak permintaan
Rasulullah mendapatkan bantuan. Situasi pada ketika itu amat buruk dan
kehampaan sudah amat keterlaluan.
Maka setelah mendapat penjelasan , setiap
pengembang dakwah harus memastikan thariqah yang digunakan dalam berdakwah
adalah thariqah sebenar yang dibenarkan oleh syarak dan dilakukan Rasulullah,
dengan tidak mengambilkira masa untuk keberhasilan dakwahnya itu. Ia harus
yakin bahawa janji Allah untuk memberikan kejayaan kepada umat Islam itu akan
pasti datang dan akan semakin menghampiri kita, tanpa mengaitkan antara usaha
mengembang dakwah dengan keberhasilan kejayaan dakwahnya.
Yang penting sekali adalah setiap
pengembang dakwah mestilah memastikan kaedah dakwahnya itu harus berlandaskan
syara’ dan tidak mengambil dari sumber selain yang telah ditetapkan oleh
syara’. Perlaksanaan tugas dakwah mestilah ikhlas dan tidak didasari dengan
kepentingan duniawi. Mereka harus yakin dengan janji Allah seperti yang telah
termaktub di dalam Al-Quran, dan negara Islam pasti akan tertegak biarpun ianya
mengambil masa yang begitu lama.