MENGKAJI STRATEGI DAKWAH RASULULLAH (2)

Parti Politik Nabi saw


 Pembentukan Parti Politik Sahabat

Pada peringkat permulaan dakwah, Rasulullah saw telah berdakwah kepada orang yang baginda rasa telah bersedia untuk menerima Islam, tanpa mengira umur, kedudukan, bangsa, atau tempat. Baginda tidak pernah melakukan diskriminasi, baginda mengajak manusia tanpa ada pilih kasih dan memerhatikan kesediaan mereka untuk menerima aqidah Islam. Ramai yang telah beriman dan memeluk aqidah Islam. Baginda bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah (mendidik dan membentuk) pemeluk-pemeluk Islam dan menyempurnakan tsaqafah mereka mengenai agama Islam, disamping mengajarkan Al-Quran kepada mereka. Sahabat-sahabat ini telah membentuk satu kumpulan dan seterusnya berganding bahu dalam menyebarkan dakwah Islam. Jumlah mereka semakin meningkat melebihi 40 orang, yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan, mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakan daripada mereka usianya masih setahun jagung. Bukan sahaja daripada golongan berada malahan tidak terkecuali golongan yang miskin, ada yang lemah dan juga yang kuat. Jemaah orang-orang Islam yang beriman kepada Rasulullah saw dan mengembangkan dakwahnya antaranya:

1. Ali ibn Abi Talib (8 tahun),

2. Zubayr ibn Al-Awwam (8 tahun),

3. Talhah ibn Ubaydullah (11 tahun),

4. Al-Arqam ibn Abi-Arqam.(12 tahun),

5. Abdullah ibn Mas’ud (14 tahun),

6. Sa’id ibn Zayd (bawah 20 tahun),

7. Sa’d ibn abi Waqqas (17 tahun),

8. Sa’ud ibn Rabi’ah (17 tahun),

9. Ja’far ibn Abi Talib (18 tahun),

10. Suhayb Al- Rumi (bawah 20 tahun),

11. Zayd ibn Harithah (lebih kurang 20 tahun),

12. ‘Othman ibn ‘Affan (lebih kurang 20 tahun),

13. Tulayb ibn ‘Umayr (lebih kurang 20 tahun),

14. Khabbab ibn Al-Arrat (lebih kurang 20 tahun),

15. ‘Amir ibn Fuhayrah (23 tahun),

16. Mus’ab ibn Umayr (24 tahun),

17. Al-Miqdad ibn Al-Aswad (24 tahun),

18. ‘ Abdullah ibn Jash (25 tahun),

19. ‘Umar ibn Al-Khattab (26 tahun),

20. Abu Ubaydah ibn Al-Jarrah (27 tahun),

21. ‘Utbah ibn Ghazwan (27 tahun),

22. Abu Hudhayfah Ibn ‘Utbah (30 tahun),

23. Bilal ibn Rabah (lebih kurang 30 tahun),

24. ‘Ayyash ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun),

25. ‘Amir ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun),

26. Na’im Ibn ‘Abdullah (lebih kurang 30 tahun),

27. ‘Uthman (30 tahun),

28. Abdullah (30 tahun),

29. Qudamah (19 tahun),

30. Al-Saib (lebih kurang 20 tahun, keempat-empat mereka adalah anak kepada Maz’un Ibn Habib),

31. Abu Salamah ‘Abdullah ibn ‘Abd Al-Asad Al-Makhzumi (lebih kurang 30 tahun),

32. ‘Abd Al-Rahman Ibn ‘Auf (lebih kurang 30 tahun),

33. Ammar Ibn Yasir (diantara 30 dan 40 tahun),

34. Abu Bakar Al- Siddiq (37 tahun),

35. Hamzah Ibn ‘Abd Al-Muttalib (42 tahun),

36. ‘Ubaydah Ibn Al-Harith (50 tahun).

Beberapa orang wanita juga telah memeluk Islam.

Selepas tiga tahun, apabila mereka iaitu para sahabat telah matang dan terbina dengan hadharah Islam, apabila hati dan pemikiran mereka menjadi padu dengan mafahim (konsep) Islam, tidak ada yang lain melainkannya, ianya telah memberikan sedikit keringanan (hati) dan keyakinan kepada Rasullulah saw. dalam usaha mengembangkan dakwah Islam. Baginda saw kemudiannya menyakini bahawa mereka (para sahabat) telah mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai Islam dan telah mencapai tahap syakhshiyah (keperibadian) yang tinggi dalam keimanan mereka kepada Allah swt. Selepas itu Rasulullah tidak merasa bimbang kerana kumpulan ini (para sahabat) telah menjadi kuat dan berkeupayaan untuk berhadapan dengan masyarakat. Ini kemudiannya menjadikan Rasulullah saw berkeyakinan untuk mengetuai kutlah (perhimpunan) bagi menghadapi masyarakat jahiliah Quraisy bila Allah telah memerintahkan baginda untuk melakukan demikian.

 

Titik Pelancaran (Launching point) Dakwah Nabi

Masyarakat Mekah telah mengetahui seruan kepada Islam sejak hari pertama Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul. Masyarakat Mekah juga mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengajak kepada suatu Din yang baru, dan beberapa orang telah menerima Islam, mereka juga tahu bahawa Rasulullah saw telah mengumpulkan sahabat-sahabatnya dan mengajar mereka berserta kaum muslimin yang lain secara rahsia dari kaum Quraisy dimana mereka telah dikumpulkan di dalam bulatan ilmu (halaqah) dan belajar mengenai Deen yang baru itu.

Masyarakat Mekah menyedari adanya seruan kepada Islam, meraka juga maklum bahawa ada orang yang telah beriman kepadanya tetapi mereka tidak pernah tahu dimanakah mereka berjumpa atau dengan siapa mereka bertemu. Inilah sebabnya apabila Rasulullah saw mengisytiharkan kepercayaan (keimanannya) yang baru itu, ia tidak menjadi suatu kejutan kepada masyarakat Mekah. Apa yang memeranjatkan mereka ialah kemunculan satu kumpulan kaum muslimin. Iaitu kaum muslimin yang mendapat kekuatan yang hebat apabila Hamzah Ibnu Muthalib memeluk Islam, diikuti Umar bin Al-Khatab tiga hari kemudiannya. Kemudian datanglah wahyu Allah SWT.:

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik, sesungguhnya kami memelihara kamu daripada kejahatan orang-orang yang memperolok-olokan kamu iaitu orang-orang yang menganggap adanya Tuhan yang lain disamping Allah maka mereka kelak akan mengetahui akibat-akibatnya" (Q.s. Al-Hijr: 94-96).

Rasulullah secara pasrah mematuhi perintah daripada Allah dan membawa kumpulannya keluar untuk menyampaikan Islam ke seluruh Mekah. Baginda (Rasulullah saw) keluar bersama sahabat-sahabatnya dalam dua barisan iatu satu diketuai oleh Umar dan satu lagi diketuai oleh Hamzah. Mereka berjalan dalam susunan sedemikian yang tidak pernah disaksikan oleh kaum Quraisy sebelum ini. Rasulullah saw kemudiannya mengelilingi Kaabah bersama-sama sahabatnya.

Inilah peringkat dimana Rasulullah saw bergerak bersama-sama sahabatnya dari fasa yang rahsia kepada peringkat yang terbuka, daripada fasa menyeru dan mengajak kepada Islam bagi orang yang baginda rasa telah bersedia untuk menyahutnya kepada fasa dimana dakwahnya ditujukan kepada semua masyarakat. Di sini bermulalah satu era baru dalam dakwah Rasulullah di mana pertembungan diantara Iman dan Kufur bermula di tengah-tengah masyarakat, serta perjuangan diantara mafahim (konsep) yang hak dengan yang bathil juga bermula. Oleh yang demikian, bermulalah fasa kedua iaitu "fasa interaksi" dan "perjuangan" dengan mafahim selain Islam.

Orang-orang kafir musyrik mula menolak dan menentang da’wah Rasulullah saw serta memulakan segala jenis siksaan dan celaan ke atas Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya. Inilah peringkat yang paling sukar bagi kaum muslimin, rumah Rasulullah saw dibaling dengan batu dan Umm Jamil, isteri kepada Abu Lahab melemparkan najis di luar rumah Rasulullah. Baginda membiarkan sahaja perbuatan mereka dan membuang kekotoran itu. Abu Jahal pernah membaling uri kambing betina yang disembelih untuk memuja berhala kepada Rasulullah saw. Baginda juga membiarkan perbuatan Abu Jahal, dan baginda telah pergi kepada puterinya Fatimah untuk membantu membersihkan dirinya. Perbuatan orang-orang musyrik Mekah itu hanya menambahkan lagi kekuatan Rasulullah dan membuatkan seruannya kepada Islam bertambah hebat. Kaum muslimin diancam dan dicederakan, setiap puak menyiksa individu dari kalangan puaknya yang memeluk Aqidah Islam. Antaranya adalah apa yang berlaku pada salah seorang daripada mereka, dimana dengan sengaja telah membiarkan hamba mereka (Bilal), untuk mati tersiksa di padang pasir yang panas membara dan diletakkan seketul batu yang berat di dadanya hanya kerana beliau mempertahankan keIslamannya. Beliau mempertahankan keIslamannya hanya dengan menyebut perkataan Ahad! Ahad! ( Yang Maha Esa! Yang Maha Esa) dan menahan segala penyiksaan hanya untuk Tuhannya. Seorang muslimah juga mati selepas disiksa, juga hanya kerana dia tidak mahu meninggalkan Deen barunya untuk dia kembali kepada kepercayaan nenek moyangnya.

Kaum muslimin bersabar menahan segala penderitaan, penyiksaan, kekejaman, penindasan dengan satu tujuan dalam diri mereka iatu mencari keredhaan Allah semata-mata. (Bersambung)…

 


ISLAMIKA Oktober-November 1998