DEMOKRASI BARAT YANG MENIPU


Demokrasi adalah sistem politik yang paling baik, paling manusiawi dan paling dapat diterima oleh Islam. Demikianlah, kata-kata yang biasa diserukan oleh pengamal demokrasi. Mereka tidak pernah tahu bagaimana sejarah lahirnya demokrasi, tentang siapakah pencetusnya, bahkan terhadap Islam yang mereka peluk pun, mereka tidak tahu, sehingga mereka mengatakan Islam sesuai dengan demokrasi. Yang mana sesuai dan siapa yang mengatakannya sesuai pun mereka tidak tahu. Memang, demokrasi seakan-akan merupakan sistem yang diturunkan oleh malaikat dari langit dan tanpa cacat, kerana pendapat dan persepsi yang dibentuk oleh media yang menjadi corong demokrasi. Tetapi percayalah, demokrasi Barat adalah sistem politik yang menipu.

Demokrasi adalah istilah yang diambil dari bahasa Greek (Yunani Kuno), iaitu demos dan cratos. "Demos" artinya rakyat, sedangkan "Cratos" artinya pemerintahan. Maka secara ringkasnya, demokrasi adalah pemerintahan rakyat. Iaitu, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Ertinya, pemerintahan itu diberikan oleh rakyat, yang dijalankan oleh rakyat dan diperuntukkan untuk rakyat. Itulah erti demokrasi yang diagung-agungkan itu. Kesimpulan tersebut sememangnya merupakan pemikiran, namun harus diingat, bahawa pemikiran tersebut merupakan pemikiran yang menipu (khada’), dan tidak pernah wujud (al-lahaqiqiyah).

Kenapa? Mari kita buktikan. Pernahkah semua lapisan rakyat memberikan sebulat suara kepada ‘rakyat’? Tidak. Kerana yang ada hanyalah hasil undi majoriti, bukan semua. Dan apakah lapisan rakyat yang dikalahkan dalam pilihan raya itu mampu menolak ‘suara’ atau ‘keputusan’ majoriti? Tidak. Dan, pernahkah terjadi keputusan sebulat suara dalam seluruh lapisan masyarakat? Tidak. Juga siapa yang memerintah ‘rakyat’ yang memberikan suara, benarkah mereka semuanya memerintah? Tidak. Kerana yang ada hanyalah ‘orang’ yang didakwa sebagai ‘wakil rakyat’. Jadi, siapakah yang sebenarnya memerintah rakyat? Tentu bukan rakyat. Sebab, tidak mungkin semua lapisan rakyat memerintah ‘rakyat’. Dan juga rakyat tidak, untuk memberikan kepada garis panduan kerajaan. Jadi siapa yang memerintah rakyat? Tentu bukan rakyat, melainkan kelompok minoriti dari majoriti yang didakwa dipilih oleh rakyat. Jadi, bukan rakyat itu sendiri yang memerintah, melainkan orang yang didakwa mewakilinya. Dan benarkah kerajaan itu untuk rakyat? Tidak. Sebab, yang banyak dilayani oleh sistem ini adalah sekelompok lapisan rakyat yang dapat memberikan sumbangan untuk memenangkan hasil undi dalam pilihan raya. Siapa mereka? Siapa lagi kalau bukan korporat besar dan orang-orang yang dekat dengan kuasa kerajaan. Jadi, benarkan kerajaan ini untuk rakyat? Tentu tidak. Bahkan agar boleh meraih keuntungan besar, dibuatlah teori trickle and down effect. Kekayaan harus dikumpul dan dilonggok dulu kepada sejumlah korporat, kemudian baru diagihkan ke bawah. Sebab, jika tidak ada longgokkan kekayaan, apa yang hendak diratakan? Sementara pada masa untuk meratakan kekayaan itu, mereka tidak mahu melakukannya. Mereka lebih senang menggunakannya untuk terus melabur dan melabur, sehinggalah menguasai perindustrian dari hulu ke hilir. Inilah teori konspirasi politik-ekonomi mereka, yang kapitalistik.

Menghairankan. Demokrasi yang menipu dan rosak seperti itu dikatakan agung. Jadi, ini hanyalah teori konspirasi politik-ekonomi untuk mempertahankan diri, dengan sentiasa memutar lagu demokrasi yang merdu pada rakyat, sehingga mereka lupa bahawa itu adalah "seruling syaitan" yang melenakan pikiran mereka dari kenyataan yang sebenarnya. Thailand dan Indonesia juga demikian adalah contoh negara yang rosak akibat Demokrasi. Freedom of spech di Indonesia telah menyebabkan masyarakat bingung. Kerana banyak akhbar yang tidak jelas sikap dan pendiriannya, lebih-lebih lagi masyarakat Indonesia yang rata-ratanya memiliki taraf intelektual yang rendah dan malas berfikir. Mereka belum terdidik dan kematangan berfikir mereka belum terbentuk. Bahkan, ini tampak dari banyaknya media yang telah memainkan usaha serius untuk membuat opini melawan kerajaan, menjatuhkan Presiden Habibie. Dan itulah yang diinginkan oleh Barat dengan freedom of spech. Itulah inti demokrasi. Akibatnya, kestabilan politiknya menjadi lemah. Soeharto digulingkan kerana dianggap tembok yang boleh menghalang kebebasan ini. Kalau demikian, dimanakah baiknya Demokrasi? Dan untuk apa menganut Demokrasi, kalau ini hanya menjadi alat Kapitalisme terutama Amerika untuk menjajah negara-negara dunia ketiga?

Dan bahkan lebih jahat lagi karena mereka tidak menggunakan agama dalam mengatur hidup mereka, sebaliknya lebih percaya kepada teori ilmuan mereka, mereka telah menyusun rencana jahat untuk mengurangi jumlah populasi dunia. Menggunakan teori Maltus, bahawa pertumbuhan penduduk lebih cepat dibanding pertumbuhan faktor produksi, mereka melakukan pembunuhan massal di Iraq, Sudan, Kossovo, Bosnia Herzegovina, Checnya dan terakhir di Indonesia. Tujuannya agar jumlah makanan dunia cukup untuk mereka. Semuanya menggunakan topeng keadilan, demokrasi, Hak Asasi Manusia dan perdamaian. "Telah tampak kebencian (kejahatan) dari mulut mereka, sedangkan yang tersembunyi dalam hati mereka lebih besar lagi. Kami telah menunjukkan bukti-bukti tersebut kepada kalian, jika kalian mau berfikir." (Q.s. Ali Imran: 118). Lalu mengapa kita mempercayai mereka?


ISLAMIKA Oktober-November