Peristiwa menakjubkan
di bulan Rejab yang merupakan salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah
kehidupan Rasulullah saw. yang juga mempunyai pengertian yang sangat penting kepada kaum muslimin adalah Isra’ Mi’raj.
Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu
malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di
Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke
langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan
kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.
“Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad
saw.) pada suatu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsha, yang telah Kami
berkahi sekitarnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami” (Q.S Al
Isra’: 1)
Isra’ Mi’raj berlaku setelah
sejumlah peristiwa menyedihkan menimpa Rasulullah saw. Belum lagi hilang
bagaimana beratnya Rasulullah saw dan para sahabat yang mulia menghadapi
pemulauan penuh dari kafir Quraisy di Lembah Bani Hasyim selama tiga tahun
iaitu sejak tahun ke-7 hingga ke-10 dari kenabiannya, bapa saudaranya (Abu
Thalib) pula yang selama itu
melindunginya telah meninggal dunia. Kemudian disusuli pula dengan kewafatan
isterinya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Tahun ke-10 dari kenabiannya ini
memang penuh dengan peristiwa duka dan ramai yang menyebutnya sebagai “Amul
Hudzmi” (tahun kesedihan). Tambahan lagi ketika itu, berlakunya tekanan yang semakin
kuat dari kaum kafir Quraisy terhadap da’wah Rasulullah saw disamping penduduk
Thaif yang memperlakukan Rasulullah saw secara tidak manusiawi tatkala baginda
saw. mencari nusrah kepada mereka. Sebagai manusia biasa, rentetan peristiwa
itu sudah tentunya menjadikan baginda saw merasa sedih. Pada saat itulah Allah
dengan segenap qudrah dan iradahnya, mengisra’ dan mi’rajkan Rasulullah saw.
Terdapat dua perkara utama sekurang-kurangnya yang dapat disebut sebagai
inti dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Pertama: Rasulullah saw. menyaksikan secara langsung tanda-tanda
kebesaran Allah; Kedua: adalah
seleksi(penapisan atau penyaringan)keimanan. Salah satu tanda terbesar yang
dimaksudkan adalah Sidratul Muntaha yang berada di langit yang ke tujuh. Selain
itu diperlihatkan pula malaikat Jibril dalam bentuk aslinya dan Nur Ilahi yang
semuanya merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan keindahan, keagungan
dan kebenderangannya. Kemudian Allah mendekati Rasulullah dan mewahyukan secara
langsung kewajipan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
“Tatkala
Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi
pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula
melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah
melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung”
(Q.S Al Najm: 16-18)
“Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah
melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat
Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm:
13-15)
Sedangkan tanda-tanda kebesaran
Allah yang diperlihatkan dalam Isra’ adalah kenderaan Buraq, kemudian
dihidupkannya kembali kesemua nabi-nabi untuk menjadi makmum di belakang
Rasulullah saw. dalam solat jama’ah di Baitul Maqdis sebagai takrim (penghormatan) sekaligus mukjizat
bagi Rasulullah saw.
Peristiwa
Isra’ dan Mi’raj yang tidak mungkin dijangkau oleh akal biasa, tidak sangsi
lagi berfungsi sebagai ujian bagi kaum muslimin saat itu. Ketika mengetahui
bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Isra’ Mi’raj dengan segenap peristiwa
ghaib yang menyertainya, sebahagian kecil kaum muslimin yang lemah imannya
menjadi ragu lalu murtad. Tetapi bagi sebahagian besar yang lainnya, peristiwa
itu justeru semakin memperkuat keyakinan mereka akan kebesaran Allah dan
kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Maka Isra’ Mi’raj
seakan-akan menjadi penapis atau penyaring mana mukmin yang sejati dan mana
pula yang bukan. Ini sangat diperlukan untuk perjalanan da’wah berikutnya yang
terbukti semakin berat dan hanya mereka yang teguh sahaja yang mampu
memikulnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Kami wahyukan kepada engkau
(Muhammad saw.) bahawa sesungguhnya Rabbmu telah mengepung (mengetahui sikap)
manusia (Quraisy). Dan tidaklah Kami jadikan penglihatan yang Kami tunjukkan
kepada engkau melainkan (ia) sebagai cubaan bagi manusia……..” (Q.S
Al Isra’: 60)
Berkaitan dengan ayat ini, Ibnu
Abbas berkata: “Penglihatan
yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah penglihatan nyata yang disaksikan
oleh Rasulullah saw. pada malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.”
Di
luar dari dua perkara di atas, boleh pula disebut bahawa peristiwa Isra’ dan
Mi’raj merupakan isyarat bahawa Rasulullah saw. akan memiliki negara berdaulat
yang wilayah kekuasaannya meliputi Yathrib, Madyan-Thur Sina di Mesir,
Baithlehem dan Baitul Maqdis di Palestin iaitu tempat dimana Rasulullah
dusinggahkan dalam Isra’. Dan ternyata benar, kira-kira 13 tahun kemudian,
wilayah daulah Islamiyah memang mencakupi wilayah itu, bahkan dalam
perkembangan berikutnya mencakup hampir sepertiga dunia.
Jelaslah
bahawa peristiwa Isra’ Mi’raj tidak dapat dipisahkan dari negeri yang bernama
Palestin iaitu satu tempat yang menjadi tujuan dalam Isra’ Rasulullah saw. dari
Mekah dan sekaligus menjadi titik permulaan dalam Mi’rajnya ke Sidratul
Muntaha. Boleh dikatakan tidak ada Isra’ Mi’raj tanpa menyebut Palestin, dan
tidak ada Palestin tanpa menyebutkan kedudukan tempat itu dalam peristiwa Isra’
Mi’raj.
Tetapi
tempat yang disucikan itu dan pernah menjadi kiblat kaum muslimin sedunia yang
pertama, kini berada di bawah cengkaman negara Yahudi Israel, yang berdiri di
atas tanah Palestin dengan dokongan konspirasi negara-negara sekular
internasional yang majoriti penduduknya beragama Nasrani. Mengapakah
orang-orang Nasrani yang dalam sejarahnya bermusuhan dengan orang Yahudi, kini
berkomplot menentang kaum muslimin?
Memang benar, meskipun sudah sampai
20 abad terjadinya permusuhan yang berterusan antara kaum Nasrani dan Yahudi, tetapi
kini mereka sering kali melakukan kerjasama. Menurut Syekh Bayud At Tamimi
dalam buku Impian Yahudi dan Kehancurannya menurut al Quran, berdasarkan ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi penolong kamu, mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain.”
(Q.S Al Maidah: 51)
Persekutuan Yahudi-Nasrani mulai nampak sesudah Perang Dunia Pertama
dengan dibentuknya Liga Bangsa-Bangsa. Pada tahun 1922 organisasi ini
memberikan mandat kepada Inggeris ke atas Palestin untuk memudahkan negeri itu
dari segi ekonomi, kebudayaan, pembangunan dan politik menjadi tanah air bangsa
Yahudi. Sebelum itu, di awal abad 20 mereka bekerjasama untuk menggulingkan
Sultan Abdul Hamid dari tampuk kekhilafahan Uthmani, ketika beliau menolak memberikan konsesi hijrah ke Palestin.
Kongres
pertama kaum Zionis di Basel, Switzerland, 1897, telah memutuskan Palestin yang
ketika itu merupakan sebahagian dari kekuasaan Khilafah Uthmani sebagai wilayah
pemulangan (setlement) Yahudi. Inggerislah yang sangat berperanan dalam
pembentukan negara Israel ini.
Persahabatan
dan kerjasama antara Yahudi-Kristian berlanjutan terus hingalah tercetusnya
perang tiga serangkai terhadap Mesir yang muslim. Persekutuan pasukan Kristian
(Perancis dan Inggeris) bersama pasukan Yahudi menyerbu Mesir pada 1956. Pada
tahun 60an, kerjasama ini mencapai puncaknya dengan diisytiharkannya
penghapusan dosa Yahudi oleh Paus Vatikan, supaya tidak ada kesan buruk pada
penganut Kristian yang patuh pada agamanya, apabila tanah sucinya tersebut
jatuh ke tangan orang Kaum Yahudi yang telah menyalib Al Masih menurut tuduhan
mereka. Puncak yang lain terjadi ketika orang-orang Kristian (Maronet) di
Lebanon dengan terang-terangan berperang bersama kaum Yahudi melawan kaum muslimin.
Bagaimana
sikap kaum muslimin terhadap penguasaan Palestin oleh Israel kini, sangat
ditentukan oleh pemahaman mereka
tentang sah atau tidaknya negara itu berdiri di wilayah Palestin sekarang dan
bagaimana Islam memberikan panduan dalam menghadapi kenyataan itu. Sejarah
tanah Palestin adalah sejarah Islam.Wilayah itu dikuasai Islam dengan damai.
Orang Nasranilah yang secara suka rela menyerahkan kunci kota Jerusalem
(disebut juga sebagai ‘Illia) kepada Khalifah Umar Al Khattab. Ketika itu,
tepatnya 636 M, setelah sekian lama dikepung tentera Islam, diwakili tokohnya
Pendeta Patriarch Shafarniyus, kaum Nasrani Jerusalem bersama Khalifah Umar Al
Khattab menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam ‘Illia
atau Perjanjian Umariah. Di antara isi perjanjiannya ialah”Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Inilah yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amirul Mukminin kepada
penduduk ‘Illia tentang keamanan. Ia memberinya keamanan untuk jiwa dan harta
mereka, untuk gereja-gereja dan salib-salib mereka, juga untuk orang yang sakit
dari mereka dan yang sihat serta untuk seluruh komuniti……Dan tidak akan
diizinkan tinggal bersama mereka, seorang pun dari orang Yahudi.”
Sehingga
kini, 14 abad berlalu, seluruh dunia tahu Israel adalah perampas tanah Palestin
dengan dalih melaksanakan amanat Tuhan yang telah menjanjikan wilayah itu untuk
mereka. Pengakuan ini telah dibantah keras oleh Roger Geraudy, intelektual
Kristian Perancis yang kini masuk Islam, dalam buku Zionisme: Gerakan Agama dan Politik, sebagai tidak
terbukti secara historis, antropologis mahupun injilis. Dan yang terakhir,
tidak ada sedikitpun dalil-dalil Injil baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian
baru yang menunjukkan mereka harus tinggal di Wiliayah Palestin, apalagi secara
paksa. Jadi kesimpulannya, negara Israel berdiri di atas khayal dan dusta serta
darah dan air mata bangsa Palestin.
Palestin
adalah milik umat Islam, bukan milik individu tertentu dan tidak boleh dimiliki
oleh sesiapa pun. Ia tidak boleh dimanfaatkan kecuali sesuai dengan hukum-hukum
syara’.
“Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah,
rumah-rumah dan harta benda mereka dan (begitu pula) tanah yang belum kamu
injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Q.S Al Ahzab: 27)
Berkenaan
dengan ayat ”Dan (demikian pula) tanah
yang belum kamu injak.” Imam Thabari menyatakan, banyak ahli tafsir
berselisih pendapat dalam hal ini. Tanah mana yang dimaksudkan? Ada yang
berpendapat, bahawa itu adalah tanah negeri Rom dan Parsi serta tanah-tanah
negeri lainnya yang dilakukan kaum muslimin setelah itu….,Sementara yang lain
berpendapat, bahawa yang dimaksudkan adalah tanah Mekah; dan ada pula yang
berpendapat, bahawa itu adalah tanah Khaibar…” Dari dua pendapat itu, menurut
Imam Thabari, pendapat yang lebih tepat ialah bahawa Allah telah mewariskan
tanah, rumah dan harta benda Bani Quraizah kepada para sahabat Rasulullah saw,
juga tanah(dari negeri) yang belum mereka injak pada saat itu, yang kemudian
mereka menaklukkan dan mewarisinya. Semua tanah yang dikuasai kaum muslimin
sesudah itu termasuk dalam maksud ayat “dan
tanah yang belum mereka injak”. Jadi yang dimaksudkan bukanlah Mekah
ataupun Khaibar, juga bukannya tanah Parsi, Rom atau Yaman kerana tanah-tanah
tersebut telah mereka injak pada waktu itu. (Jaami’ul Bayan ‘an Ta’wili Aayil
Quran, Juz XI, m/s 155).
Setiap negeri yang ditaklukkan kaum
muslimin tergolong ke dalam apa yang disebut “negeri yang diwariskan Allah untuk mereka.” Tentu sahaja termasuk
pula setiap negeri yang akan ditaklukkan kaum muslimin pada masa akan datang
hingga hari kiamat. Jadi, setiap tanah yang ditaklukkan kaum muslimin baik
secara paksa mahupun melalui jalan damai, seperti tanah Iraq (termasuk Kuwait),
tanah Syam(termasuk tanah Palestin), tanah dataran Hindia(termasuk Pakistan dan
Kasymir) dan tanah-tanah Afrika Utara serta tanah-tanah lainnya yang statusnya
serupa. Seluruhnya merupakan fa’i selama-lamanya bagi kaum muslimin. Tanah itu
juga disebut sebagai tanah Kharaj.
Ini bererti, hak milik tanah berada di tangan Baitul Mal. Sedangkan
pemanfaatannya boleh diambil oleh siapa sahaja yang menempati tanah itu, dan
dia wajib membayar wang Kharaj dengan
jumlah tertentu kepada Baitul Mal. Ketetapan ini kekal hingga hari Kiamat,
sekalipun tanah tersebut telah berpindah kepada orang Islam yang lain, seperti
melalui jual beli.
Kedudukan
tanah Palestin sebagai tanah Kharaj perlu selalu diambil perhatian serius oleh
seluruh kaum muslimin di dunia. “Penyerahan” tanah tersebut melalui perjanjian
damai PLO-Israel pada 13 September 1993 di Washington adalah tidak sah dan
berdirinya negara Israel itu juga tidak sah sekalipun PBB, negara-negara Arab,
negara-negara sedunia, bahkan penduduk Palestin sendiri telah mengakuinya. Ini
kerana menurut syari’at Islam, tanah Palestin adalah tanah Kharaj yang dimiliki
oleh seluruh kaum muslimin. Tambahan lagi majoriti tanah di Palestin adalah
tanah wakaf yang tidak dapat diperjual-belikan, dihibahkan ataupun diwariskan,
sebagaimana sabda Rasulullah saw. “Tanah
wakaf tidak boleh diperjual-belikan, dihibahkan atau diwariskan” (HR
Tirmizi dalam Al Ahkam, Bab Wakaf, hadis No.1375).
Penyerahan
tanah Palestin kepada musuh Islam merupakan pengkhianatan kepada Allah,
Rasulullah saw., agama Islam dan kepada para sahabat mulia yang telah menjadikan
tanah tersebut sebagai negeri kaum muslimin, juga pengkhianatan kepada Panglima
Shalahudin Al Ayubi dan pasukannya yang telah mengembalikan tanah tersebut dari
tangan kaum Salib, serta terhadap kaum muslimin seluruhnya.
Bila
demikian, bolehkah melakukan perdamaian dengan Israel dan mengakui keabsahan
negara Yahudi itu di tanah Palestin? Jawabannya sudah tentu tidak. Tetapi
mengapa Presiden Indonesia, Gus Dur yang merupakan tokoh ulama’ kononnya,
berani mengeluarkan kenyataan “Hubungan
diplomatik (dengan Israel) akan hanya diadakan selepas Israel mengiktiraf
kemerdekaan Palestin.” (Berita Harian, Sabtu 6 November 1999). Dari
pernyataan di atas, dapat difahami bahawa Gus Dur akan mengakui dan mengiktiraf
kewujudan negara Yahudi la’natullah itu setelah Israel mengiktiraf kemerdekaan
Palestin. Persoalannya, apakah hukum tanah Palestin boleh berubah mengikut
tempat,keadaan dan masa? Sebagai seorang Ulama, Gus Dur seharusnya mafhum akan
hal tersebut.
Pernyataannya
yang kontroversial tersebut pernah juga dikeluarkan oleh beliau sebelum beliau
menjawat jawatan Presiden suatu ketika dulu sebagaimana dipetik dari akhbar
Republika “Hubungan diplomatik itu perlu
dilakukan untuk mengantisipasi masa depan setelah perkembangan kian membaik
antara negara-negara Arab dan Israel.” Bila kita perhatikan, seruan yang
diungkapkan oleh Gus Dur itu senada dengan seruan Kelab Agung Nasional Mesir
iaitu gerakan Yahudi internasional Freemasonry di Mesir yang menginduk pada
Kelab Agung Inggeris-pada 2 April 1922 yang menggemparkan tidak hanya kepada
bangsa Palestin, tetapi kepada semua bangsa Arab, termasuk anggota Freemasonry
sendiri. Seruan yang ditandatangani oleh Guru Besar Idris Raghib, Setiausaha
Agung Abdul Majid Tunus, Wakil Guru Besar Muhammad Rifa’at dan Pembantu Wakil Guru
Besar Thaha Ibrahim dan disebarkan ke Kelab-kelab Freemasonry di Palestin dan
rakyat Palestin itu-dengan kata-kata yang halus, licik dan penuh tipuan-meminta
kepada kaum muslimin di Palestin agar menyerah kepada Zionisme dan membiarkan
para Zionis itu berbuat sekehendaknya di negeri Islam itu (lihat Muhammad Fahim
Amin, Rahsia Gerakan Freemasonry dan
Rotary Club, m/s 34). Oleh kerana itu, langkah Gus Dur kali ini adalah
permainan politik tingkat tinggi. Apakah Gus Dur terlibat dalam gerakan
Freemasonry? Memang kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakannya,
tetapi beberapa perbuatannya menjadi qorinah(petunjuk), bagi menjawab posisi
“sang wali”.
Namun
apakah mungkin seorang ulama terlibat dalam gerakan Rahsia Yahudi? Kenapa
tidak? Syeikh Muhammad Rasyid Ridha sendiri mengakui bahawa gurunya sendiri,
Syeikh Muhammad Abduh (Pengarang Tafsir Al Manar) pernah terlibat dan menjadi
tokoh dalam gerakan Freemasonry di Mesir. Demikian juga guru kepada Abduh iaitu
Syeikh Jamaludin Al Afghani. Lagi pula gerakan Freemasonry yang terdiri dari
tiga kategori iaitu Freemason Simbolik Umum, Freemason Kerajaan dan Freemason
alam Semesta; membolehkan orang-orang non Yahudi menjadi anggotanya, terutama
pada Freemason Simbolik Umum. Bahkan jabatan kepemimpinan Freemason Simbolik
Umum yang dipegang semula sendiri oleh orang-orang Yahudi anggota Freemason
Kerajaan kemudian diserahkan kepada orang-orang non Yahudi yang berada di kelas
tertinggi pada taraf Freemason Simbolik Umum dengan gelaran “Guru yang agung”,
iaitu orang-orang yang telah menunjukkan tingkat kesetiaan yang tinggi kepada
bangsa Yahudi pada umumnya dan kepada gerakan zionis Internasional khususnya
(M. Fahim Amin, m/s 19-22).
Bagaimanakah
sikap yang seharusnya diambil oleh kaum muslimin?
Imam
Ibnu Katsir berdasarkan ayat 23 dari Surah al Taubah, menyatakan wajib
memerangi orang-orang kafir dimulai dari yang terdekat dari batas negeri Islam.
Rasulullah saw. mulai memerangi orang-orang musyrik di Jazirah Arab. Allah
memenangkannya di Mekah, Madinah Thaif, Yaman dan Yamamah. Lalu, Rasulullah
saw. mulai mengalihkan perhatiannya ke wilayah kekuasaan Rom, kerana negeri
itulah yang terdekat dengan wilayah negeri Islam, dan lebih layak menerima
da’wah Islam.
“Wahai orang-orang yang
beriman, perangilah orang-orangkafir yang disekitar kaumitu. Dan hendaklah
mereka menemui kekerasan daripadamu. Dan ketahuilah, bahawa Allah berserta
orang-orang yang bertaqwa.” (Q.S At Taubah:23)
Imam Ibnu Katsir juga menegaskan,
kaum muslimin harus bersikap tegas dan keras dalam memerangi kaum kuffar yang
memang layak diperangi. Sesama saudara muslim diperintahkan saling berkasih
sayang. Namun terhadap orang kafir, kaum muslimin harus tegas.
Oleh kerana itu, menghancurkan
Israel adalah fardhu ‘ain hukumnya bagi penduduk Palestin, Syria, Jordan, Mesir
dan Lebanon kerana Israel telah merampas wilayah Islam di mana mereka sekarang
tinggal. Israel, menurut Ustaz Abdul Qadim Zallum dalam kitab Ta’rif adalah “muharibah fi’lan”. Iaitu
negeri yang secara terang-terangan telah nyata memerangi kaum muslimin. Jika
kekuatan negeri-negeri itu belum mampu mengimbangi kekuatan Israel, maka
kewajiban itu pun meluas ke negeri-negeri Islam yang berada di sekitarnya.
Sekiranya itu pun belum cukup, maka kewajipannya berpindah kepada seluruh kaum
muslimin. Ini bererti, fardhu ‘ain keatas seluruh kaum muslimin memerangi
Israel sehingga negara itu dapat dikalahkan dan dinyahkan dari bumi Palestin.
“Dan tidaklah patut bagi
laki-laki yang mukmin dan tidak(pula) bagi perempuan yang yang mukmin, apabila
Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah
dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S Al Ahzab: 36)
International
Islamic and Development Studies (IINDS)