ISLAM: POLITIK DAN SPIRITUAL


Sofyan H. Abdullah

Ramai yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan penyerahan diri sebulat-bulatnya, sehinggalah semua agama yang mengajarkan penyerahan secara bulat juga dianggap sama dengan Islam. Sehingga timbul dakwaan, bahawa semua agama sama. Sama-sama baik, sama-sama mengajarkan ketundukan, dan sama-sama melarang perbuatan keji. Di sisi yang lain, orang Islam pun mengeluarkan dakwaan, bahawa Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh Nabi dan Rasul-Nya. Samada Yahudi, Nasrani, ataupun yang lain, termasuk semua agama yang diturunkan sejak zaman Adam hingga Nabi Muhammad, semuanya adalah sama. Iaitu sama-sama Islam. Kerana itu, Ahli Kitab, iaitu Nasrani ataupun Yahudi, bukanlah kafir. Bahkan, Presiden Amerika, Bill Clinton mengatakan, bahawa Islam tidak bercanggah dengan ideologi lain. Jika ada ia merupakan muslihat, dan bukan tabi’at masing-masing ideologi tersebut. Meskipun pernyataan Clinton ini bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Presiden Amerika sebelumnya, George Bush, bahawa musuh Kapitalisma, setelah hancurnya Sosialisma adalah Islam. Sebagaimana yang juga dikatakan oleh Samuel Hontington dalam The Clash of Civilization. Inilah dakwaan mereka. Ada yang terbuka mengakui Islam sebagai musuh, atau yang malu-malu seperti Clinton.

Di pihak lain pula, Islam didakwa sama dengan Nasrani (Kristian) dan Yahudi (agama orang Israel). Anggapan ini bertitik tolak daripada bahawa sumbernya sama (daripada Allah), maka semuanya sama sahaja, tidak ada perbezaan. Ertinya, jika Nasrani atau Yahudi tidak mempunyai ajaran politik, iaitu ajaran tentang bagaimana hidup, kehidupan dan tatacara memandang dan menyelesaikan persoalan kehidupan, maka demikian pula Islam, sama sahaja. Sehingga, jika Islam diberi kesempatan seperti Nasrani untuk mengatur kehidupan, pastilah akan mengakibatkan kerosakan. Akhirnya, lebih tepat Islam harus diberi tempat pada wilayah spiritual, sedangkan wilayah politik jangan diberikan kepada Islam, namun diserahkan kepada manusia.

Bahkan, untuk menyusun pandangan tersebut, hujah mereka juga tampaknya logik. Iaitu, mengapa Islam mesti diberi tempat dalam wilayah spiritual dan bukan politik. Dan perkara ini mereka jawab dengan hujah kerana wilayah spiritual, merupakan wilayah yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, sedangkan wilayah politik merupakan wilayah yang mengatur hubungan manusia dengan manusia". Tetapi mereka lupa, bahawa mereka tidak mampu memahami hakikat dirinya, lebih-lebih lagi hakikat diri orang lain. Jika demikian, bagaimana mungkin mereka boleh membuat sistem yang mengatur kehidupan mereka? Tentu sahaja mustahil.

Maka, di tengah-tengah kekaburan, ketidakjelasan dan kekacauan berfikir tentang Islam, Spiritual dan Politik tersebut, tulisan ini diturunkan untuk memberi gambaran yang menyeluruh dan boleh dipertanggungjawabkan secara akademik dan rasional.

Takrif Islam

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT. kepada baginda Nabi Muhammad saw. untuk mengatur hubungan manusia dengan Al-Khaliq, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya (Al-Islam Wa Ideolojiyatu Al-Insan, Dr. Samih Athif Az-Zein, 66).

Takrifan ini diambil dari beberapa nas, baik Al-Quran maupun Al-Hadis. Takrif itu sendiri merupakan sifat daripada realiti, yang meliputi: jami’ (mencakup semua aspek realiti yang disifati) dan mani’ (mencegah semua aspek yang tidak disifati). Inilah gambaran tentang sifat takrif yang benar.

Mengenai batasan: "Agama yang diturunkan oleh Allah" membatasi agama yang disifatkan sebagai agama yang tidak diturunkan oleh Allah, dan ini meliputi mana-mana agama yang tidak diturunkan oleh Allah. Sama ada Hindu, Budha, Confucious, Sintoisme ataupun yang lain. Sedangkan batasan: "Kepada baginda Nabi Muhammad saw." juga membatasi agama yang lain, selain agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Sama ada Nasrani, Yahudi, atau agama-agama Nabi dan Rasul sebelum Nabi saw. Adapun batasan: "Yang mengatur hubungan manusia dengan Al-Khaliq, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya." bererti mencakup seluruh urusan, dunia akhirat, samada yang berkenaan dengan dosa, pahala, surga, neraka, ataupun aqidah, ibadah, ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikan dan sebagainya.

Semuanya ini dijelaskan oleh nas-nas sebagai berikut:

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam…" (Q.s. Ali-Imran: 19).

Ayat ini menjelaskan tentang kedudukan Islam sebagai agama samawi yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Namun, apabila Allah menjelaskan: "Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam." Itu bermakna bahawa agama yang lain, yang pernah diturunkan oleh Allah tidak diakui oleh-Nya, setelah diturunkannya Islam. Dan ini dikuatkan dengan firman Allah:

"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku cukupkan untuk kalian nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kalian." (Q.s. Al-Maidah: 3)

Ayat ini, menjelaskan hanya Islam-lah yang diredhai, sedangkan yang lain tidak. Ini boleh diambil dari mafhum mukhalafah kata: "Aku redhai" yang merupakan kata kerja yang bermakna sifat. "Aku redhai Islam sebagai agama kalian" ertinya, "selain Islam Aku tidak redha." Mafhum mukhalafah ini diperkuat oleh nas berikut:

"Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Q.s. Ali-Imran: 85).

Ayat ini jelas menyebut kata "Islam" sebagai "Din" (agama). Sedangkan kata yang sama: "Islam" belum pernah sekalipun disebutkan oleh Al-Qur’an untuk menyebut agama Nabi-nabi terdahulu. Kalau disebutkan pun hanya, sekadar dengan bahasa yang tidak jelas (mutasyabihat), seperti:

"Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu, sama seperti yang telah Kami wahyukan kepada Nuh dan Nabi-nabi sebelumnya." (Q.s. An-Nisa’: 163)

"Kemudian Kami wahyukan kepadamu untuk mengikuti ‘millah’ Ibrahim yang lurus." (Q.s. An-Nahl: 123).

Kedua ayat di atas yang menjelaskan: "Kami telah wahyukan kepadamu, sama seperti yang telah Kami wahyukan kepada Nuh." adalah ayat yang bermakna mutasyabihat dimana kata: "Kami telah wahyukan" boleh meliputi aqidah, iaitu prinsip tauhid ataupun syari’ah, samada salah satu mahupun keduanya. Demikian kata: "Mengikuti ‘millah’ Ibrahim" adalah bermakna mutasyabihat. Yang boleh meliputi dua hal: aqidah dan syari’ah. Namun, jika kedua-duanya ini yang dimaksud, tentu bertentangan dengan nas yang muhkamat:

"Untuk masing-masing (umat) di antara kalian, telah Kami tetapkan aturan dan syari’at sendiri-sendiri." (Q.s. Al-Maidah: 48).

Oleh kerana itu, pengertian yang tepat dan tidak bertentangan antara satu sama lain adalah: "Kami telah mewahyukan prinsip tauhid yang sama dengan apa yang Kami wahyukan kepada Nuh." Termasuk makna: "Mengikuti ‘millah" Ibrahim" adalah: "Mengikuti prinsip tauhid Ibrahim yang …" meskipun dalam masalah syari’at berbeza. Sebab: "Masing-masing telah Kami tetapkan aturan dan syari’atnya yang tersendiri."

Adapun pernyataan yang menggunakan kata-kata: "Aslamtu Ma’a Sulaiman." (Q.s. An-Naml: 44) yang dikemukakan oleh Balqis bukan menunjukkan Balqis memeluk Islam dan agama Nabi Sulaiman adalah Islam, melainkan: "Aku tunduk kepada Sulaiman dan agamanya." Sebab tidak ada qarinah (indikator/penunjuk) yang menjelaskan maksud itu, antara lain tidak ada kata "Din" yang disebutkan dalam konteks kalimat tersebut. Disamping itu, kata: "Asalama" boleh diartikan: "Tunduk dan patuh" sebagaimana makna bahasanya. Termasuk dalam hal ini adalah kata: "Muslim, Muslimin" dan sebagainya.

Alasan lain adalah, bahawa pembahasan: Apakah agama Nabi terdahulu adalah Islam ataupun tidak, merupakan pembahasan aqidah yang dijelaskan oleh Al-Quran sebagai kisah (qashas) yang menceritakan sesuatu yang tidak ada realitinya ketika ini. Maka, untuk membuktikannya hanya boleh dilakukan melalui nas yang qath’i. Sedangkan nas yang qath’i tidak ada satu pun yang menjelaskan pengertian ini. Kecuali dengan teks global: "Asalamtu, Muslimun, Muslim.." dan sebagainya tanpa qarinah yang menjelaskan pengertian syara’nya. Sehingga tidak boleh diertikan demikian.

Dan setelah diturunkannya Islam, semua agama yang lain dinyatakan tidak sah, ditolak, tidak diredhai dan tentu kufur apabila agama tersebut dipeluk oleh umat Muhammad. Ini jelas daripada sikap marahnya Rasulullah saw. apabila menjumpai Umar bin Khattab membawa carikkan Taurat. Dan inilah yang ditegaskan oleh nas:

"Dan Kami turunkan Kitab ini kepadamu dengan membawa kebenaran untuk membenarkan kitab yang diturunkan kepadanya dan menghapusnya." (Q.s. Al-Maidah: 48)

Sedangkan tentang kekafiran Yahudi dan Nasrani, Al-Qur’an jelas menyatakan:

"Sungguh telah menjadi kafir orang-orang yang menyatakan, bahawa Allah adalah Al-Masih, Isa putra Maryam." (Q.s. Al-Maidah: 72)

"Sungguh telah menjadi kafir orang-orang yang menyatakan, bahawa Allah adalah tiga dalam satu kesatuan." (Q.s. Al-Maidah: 73)

"Dan orang-orang Yahudi mengatakan, bahawa Uzeir adalah putra Allah.." (Q.s. At-Taubah: 30)

"Tidaklah orang-orang kafir daripada Ahli Kitab (Yahudi-Nasrani) dan orang-orang musyrik…" (Q.s. Al-Bayyinah: 1).

Jadi, semua nas di atas menunjukkan dengan jelas, bahawa selain ajaran Islam adalah kafir, samada berupa ajaran spiritual, seperti Yahudi, Nasrani, Hindu, Budha maupun ajaran politik, seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme. Dan haram memeluk, menerapkan dan menyebarluaskan ajaran selain Islam. Inilah pandangan Islam yang jelas, tegas dan boleh dipertanggungjawabkan secara akademik dan rasional di hadapan Allah.

Islam: Politik dan Spiritual

Wilayah kajian Islam bukan hanya terbatas pada ruhiyah (spiritual) sahaja, bahkan juga meliputi wilayah politik. Tetapi, mengapa Islam sering disebut hanya sebagai agama dan bukannya ideologi? Ini kerana akibat dari analogi generalisasi, iaitu usaha untuk memberikan pandangan yang sama-rata, bahawa Islam sama dengan agama yang lain. Kerana, tidak ada agama lain yang mempunyai konsep politik, yang mengatur persoalan kehidupan, maka Islam juga sama. Tentu penafsiran ini sangat berat sebelah dan berbau perlecehan serta dakwaan yang tidak disertai pemahaman yang mendalam tentang Islam. Sebab, kebanyakan mereka yang mengkaji Islam tidak memahami realiti kehidupan, dan mereka yang memahami realiti kehidupan tidak berasas daripada Islam. Hasilnya tidak pernah memberikan kesimpulan yang lengkap. Masing-masing berjalan dalam ruangan yang salah dan kurang. Namun, anehnya mereka sering mendakwa orang-orang Islam yang berpandangan menyeluruh tentang Islam, sebagai ajaran spiritual dan politik, dikatakan sebagai tindakan apologis (membela/mempertahankan diri). Sekali lagi, mereka menyamakan orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya agamanya tidak lengkap, kemudian mereka apologi untuk menutupi kelemahan agama mereka. Jadi, sebenarnya siapa yang melakukan apologi? Orang Islam yang memperjuangkan Islam yang unik atau ‘orang Islam’ yang memperjuangkan Islam secara juz’ie (sebahagian)?

Inilah perdebatan orang Islam vs orang Islam, yang menjadi alat orang-orang non-Islam. Maka, ini memerlukan jawaban yang memuaskan secara argumentatif dan rasional disertai dengan bukti-bukti empirik pada Islam.

Aqidah Islam memerintahkan setiap individu untuk menyembah Allah SWT sebagaimana yang telah diperintahkan dan seperti yang telah ditunjukkan dan diperjelaskan oleh Rasulullah saw. Penyembahan ini tidak terhad kepada tingkah laku peribadi sahaja kerana ia bukan sahaja hanya membentuk etika Islam (adab) tetapi ianya juga memberikan penyelesaian yang menyeluruh untuk semua urusan hal-ehwal masyarakat dan pemerintahan. Didalam aspek ini, aqidah Islam hanya membenarkan aspek kehidupan orang Islam dilaksanakan berdasarkan aspek tersebut dan konsep syari’ah (undang-undang Islam) dilaksanakan untuk tujuan ini.

Syari’ah menyediakan undang-undang yang mana boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu yang pertamanya peraturan yang berkenaan dengan hubungan individu dengan pencipta-Nya iaitu Allah SWT. seperti aqidah, yang meliputi keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Kiamat dan Qadha’ dan Qadar, serta ibadah yang meliputi solat, puasa, zakat, haji dan jihad. Kedua, berkenaan dengan hubungan individu dengan dirinya sendiri, seperti bagaimana cara untuk berpakaian, apa yang boleh dimakan atau tidak boleh, termasuk di antaranya adalah akhlak yang merupakan cermin sifat dan tingkah-laku seseorang. Dan yang ketiganya berkaitan dengan hubungan dengan orang lain seperti urus-niaga, pendidikan, sosial dan lain-lain. Apabila kesemua hubungan ini diatur dengan panduan syari’ah Islam maka maknanya orang-orang Islam telah melaksanakan urusan kehidupan mereka berdasarkan aqidah Islam yang benar.

Pada umumnya, tiada perbezaan di dalam undang-undang syari’ah, samada yang berkaitan dengan urusan individu mahupun masyarakat, dimana kedua-duanya adalah terbit daripada aqidah Islam yang sama. Oleh yang demikian tidak ada satu pun yang lebih penting dan tidak ada satu pun yang dikatakan kurang penting malahan pada hakikatnya kedua-dua urusan syari’ah itu adalah sama penting dan tidak ada asas bagi kesemuanya itu dibezakan satu sama lain. Firman Allah SWT.:

"…..Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?….." (Al-Baqarah: 85)

Kesemua daripada peraturan-peraturan yang diperjelaskan untuk mengatur ketiga-tiga hubungan manusia seperti yang dinyatakan di atas adalah terbit daripada aqidah Islam sebagai konsep spiritual dan juga politik. Ianya wajib dilaksanakan di dalam kehidupan orang-orang Islam. Pengabaian terhadap aqidah Islam ini dapat dianggap sebagai bentuk pembangkangan terhadap hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT. dan ini akan mendedahkan orang-orang Islam ke dalam kemurkaan Allah SWT.

Jadi, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa dia mempunyai aqidah yang benar jika dia hanya melaksanakan aspek spiritual sahaja dengan mengabaikan aspek politik. Dan untuk membuktikan umat Islam berpegang kepada konsep politik ini mereka perlulah berusaha untuk melaksanakan aspek aqidah ini dalam sebuah negara yang akan mengatur hubungan manusia dengan manusia yang lain mengikut syari’ah yang terbit dan terpancar dari aqidah Islam yang benar.

Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik?

Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik? Persoalan di atas perlu dianalisis dari bukti-bukti normatif, historis dan empirik dengan melihat kepada nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dicatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam, sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehingga jatuhnya khilafah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 hingga sisa-sisa pelaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti-bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaran yang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia, samada spiritual maupun politik.

Secara empirik, kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual, dengan melihat elemen yang dimiliki oleh Islam, iaitu konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah). Konsep ini mencakup: (1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qadha’-Qadar; (2) Pemecahan masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan penyelesaian semua masalah manusia, samada yang berkenaan dengan masalah manusia dengan Allah, iaitu ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesama manusia, iaitu ekonomi, sosial, politik, pendidikan, penghukuman, dan sebagainya, serta masalah manusia dengan dirinya sendiri, iaitu masalah makanan, pakaian dan akhlaq.

Manakala metodologi pula bermaksud adalah cara bagaimana supaya konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan, iaitu mencakupi: (1) Methode (kaedah) menerapkan aqidah dan hukum syara’ melalui negara; (2) Metode mempertahankan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara’. Orang yang murtad dibunuh, orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan shalat dikenakan ta’zir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang berzina direjam sampai mati atau disebat hingga seratus kali, orang yang membuka aurat di tempat umum dikenakan ta’zir, orang yang melakukan rasuah dikenakan ta’zir, dan sebagainya. Seluruh penyimpangan daripada hukum syara’ ada hukumannya di dalam syari’at Islam. (3) Metode menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam. Dakwah Islam kepada orang non-Islam di dalam negeri adalah dengan cara melaksanakan semua hukum Islam, sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam:

"Apabila pertolongan dan kemenangan dari Allah telah tiba, maka kalian akan menyaksikan manusia berbondong-bondong masuk Islam." (Q.s. An-Nasr: 1)

Sedangkan dakwah Islam kepada orang non-Islam di luar negeri adalah dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh Islam dengan 3 tahapan-tahapan iaitu: (1) Diseru untuk memeluk Islam, apabila bersetuju, maka dibiarkan; (2) Apabila tidak bersetuju, akan diseru untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dengan cara menerapkan semua hukum Islam yang berkenaan dengan masalah sosial, ekonomi, politik, pendidikan, uqubat (penghukuman), dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah, makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak); (3) Apabila tidak bersetuju, akan diperangi hingga habis-habisan, sehingga akhirnya tunduk kepada Islam. Inilah secara ringkas gambaran tentang Islam, dari sisi konsep dan metodologi, secara normatif, yang semuanya ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqih Islam.

Sedangkan bukti-bukti sejarah, boleh dilihat dalam catatan sejarah sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Al-Umam wa Al-Mulk At-Thabari, Tarikh Ibnu Al-Atsir, Tarikh Ibnu Katsir, dan sebagainya. Buku-buku sejarah ini memberikan gambaran yang nyata tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selama 1300 tahun lebih berdirinya Islam sebagai suatu ideologi antaranya bilangan kes mereka yang dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan di kalangan masyarakat ianya akan membina masyarakat tersebut supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah fikriah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Ini akan melahirkan rasa taqwa di dalam diri individu masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat mengawal diri kepada setiap individu untuk mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT. dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang. Begitulah juga masyarakat yang dibina akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada di atas syari’at Islam. Adapun yang paling memainkan peranan dalam konteks ini ialah kewujudan konsep dan metodologi Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam. Renunglah kata-kata Khalifah Uthman:

"Sultan akan dapat membetulkan kesalahan yang tidak dapat diperbaiki oleh Al-Quran"

Akhirnya Islam telah dihancurkan oleh orang-orang non-Islam pada tahun 3 Mac 1924, dengan dirobohkannya sistem khilafah Islam.

Sedangkan bukti-bukti empirik, boleh disaksikan hingga saat ini. An-Nabhani memberikan gambaran yang jelas dalam buku beliau, Hadisu As-Shiyam, tentang bukti tersebut. Iaitu ada dua bukti yang hingga kini masih boleh disaksikan lagi: Pertama, peradilan (al-qadha’) yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, samada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun masyarakat dengan negara; Kedua, pegawai kerajaan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.

Mengenai masalah peradilan, catatan sejarah dari zaman Nabi Muhammad saw. hingga akhir kekhilafahan Islam di Turki, belum pernah ditemui ada satu masalah pun yang diselesaikan dengan menggunakan hukum yang lain, kecuali dengan syari’t Islam. Bahkan, banyak orang-orang non-Islam yang boleh memahami hukum Islam dengan baik, malah di antara mereka ada yang menulis fiqih Islam, seperti Salim Al-Baz. Namun, setelah dipisahkannya mahkamah, menjadi dua, iaitu mahkamah sivil (awam) dan mahkamah syari’at, kerana mengikut Barat, maka ketika itulah ada sejumlah kes yang diselesaikan bukan dengan hukum Islam. Bahkan, dalam masalah penerapan hukum tersebut hingga kini masih diterapkan di negeri-negeri kaum muslimin, meskipun tidak secara keseluruhan. Seperti hukum potong tangan, rejam, sebat masih diterapkan di berbagai wilayah negeri Islam, seperti di Arab Saudi dan lain-lain.

Sedangkan masalah pegawai kerajaan yang bertugas melaksanakan hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam sejarah zaman Nabi hingga akhir kekhilafahan, jelas ada lapan struktur: (1) Khalifah, (2) Pembantu di bidang pemerintahan (Mu’awin Tafwidh), (3) Pembantu di bidang administratif (Mu’awin Tanfiz), (4) Wali dan Amil, (5) Badan Pentadbiran (Al-Jihaz Al-Idari), (6) Panglima perang dan tentera, (7) Majlis Umat, dan (8) Peradilan.

Inilah fakta dan bukti-bukti yang secara empirik telah menunjukkan keutuhan Islam sebagai ajaran agama yang menyeluruh, samada yang berkenaan dengan konsep politik dan spiritual. Semuanya diajarkan di dalam Islam.

Islam versus Ideologi Kufur

Selain daripada doktrin Islam adalah kufur, dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. Sebab, doktrin ini (Islam) merupakan doktrin yang tegas, jelas dan boleh dibuktikan argumentasinya secara qath’i. Seperti yang diperjelaskan sebelum ini. Disamping ajaran spiritual, Islam juga merupakan ideologi yang diasaskan dengan aqidah Islam iaitu konsep spiritual dan politik. Di mana Islam tidak membenarkan pemisahan antara kedua-dua elemen ini dari kehidupan. Jika dilihat kepada agama-agama lain di dunia ini, seperti Hindu, Kristian, Budha dan yang seumpamanya kita dapati kesemuanya hanya memberikan penganutnya penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan kerohanian. Tidak ada penyelesaian dan peraturan hidup yang terbit dari agama-agama di atas untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan dunia secara utuh, yang jelasnya agama-agama yang disebut di atas adalah agama yang hanya mempunyai konsep spiritual sahaja, iaitu hanya memberikan penyelesaian untuk ibadah dan moral sahaja, tetapi membiarkan manusia sendiri mengatur cara kehidupan harian mereka.

Manakala ideologi kufur yang ada di dunia hari ini ialah kapitalisme dan komunisme. Di mana kedua-dua ideologi ini lahir dari pemikiran manusia. Keberadaan kedua-dua ideologi ini adalah batil kerana berasal dari akal manusia yang terbatas dan tidak mampu menjangkau segala sesuatu yang nyata. Juga kerana pemahaman manusia terhadap proses lahirnya peraturan sering menimbulkan perbezaan, perselisihan dan pertentangan serta selalu terpengaruh dengan lingkungan di mana ia hidup. Ini akan melahirkan peraturan yang saling bertentangan dan mengakibatkan ketidak-tenteraman bagi manusia. Oleh kerana itu, ideologi yang lahir dari akal manusia adalah suatu ideologi yang salah baik dilihat dari segi aqidahnya mahupun peraturan yang terbit dari aqidah tersebut.

Dunia kini telah melihat keruntuhan ideologi komunis di USSR dan kegagalan ideologi kapitalisme untuk menyelesaikan masalah umat manusia pada hari ini. Contohnya adalah kegawatan ekonomi yang terjadi ketika ini. Kegawatan ekonomi yang terjadi akibat tindakan rakus para negara kuasa besar, iaitu Amerika, kerana ingin menguasai kekayaan seluruh dunia. Bahkan, untuk itu mereka sanggup merancang pembunuhan dalam jumlah besar di Indonesia, Sudan, Kossovo, Banglades, Palestin dan sebagainya. Semua yang menjadi korban adalah negeri kaum muslimin. Kini hanya ideologi Islam sahajalah yang satu-satunya akan manjadi penyelesaian kepada segala permasalahan manusia sejak dari dulu hingga masa yang akan datang. Kerana sesungguhnya ideologi Islam adalah bersumber dari wahyu Allah SWT. yang merupakan pencipta manusia alam dan kehidupan ini.

Islam telah membuktikan dirinya mampu menunaikan kewajibannya dengan baik dan gemilang sepanjang tiga belas abad, sejak Nabi saw. mendirikan negara Islam di Madinah hingga kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 3 Mac tahun 1924. Kejatuhan yang memang telah dirancang oleh negara-negara imperialis, iaitu Perancis dan British. Dengan cara menanamkan nasionalisme di dalam tubuh kaum muslimin, agar menjadi pakatan untuk membelah tubuh umat yang asalnya satu ini. Dan setelah menghancurkan Islam sebagai ideologi negara, mereka menciptakan imej, bahawa Islam hanyalah agama spiritual sahaja.

Wallahu A’lam Bi As-Shawab.


SKEMA ISLAM: Agama dan Ideologi

ISLAMIKA OKTOBER-NOVEMBER 1998