Make your own free website on Tripod.com

ANTARA REJAB DAN SYA’BAN

 

Apabila kaum muslimin memasuki bulan Rejab dan Sya’ban, ke alaf baru banyaklah perkara-perkara yang berlaku dan banyaklah perkara perkara yang telah berlalu yang dapat diungkitkan sejarahnya kembali.

 

Hadis Rasulullah saw. “Sesiapa yang bangun pagi tanpa mengingati Allah swt. atau tidak berminat untuk berusaha semata mata untuk Allahs swt. maka Allah swt. tidak kena mengena dengannya. Dan sesiapa yang bangun pagi dengan tiada mengambil berat hal ehwal kaum muslimin bukanlah sebahagian dari kita.”

 

Maka adalah perkara penting bagi kaum muslimin untuk mengikuti perkembangan kaum  muslimin di serata dunia dan mengambil berat tentang hal ehwal saudara saudara kami di mana mana jua. Apakah yang berlaku kepada kaum muslimin di al-Qafqaz (Chechnya, Ingushetia, Dagestan), di Paksitan dan di Palestin? Adakah ini sebahagian hal ehwal kaum muslimin di sini atau tidak?

 

Percubaan menawan Dagestan pada tahun 1722 oleh Raja Rusia Peter the Great tidak berjaya. Satu lagi percubaan untuk menakluki Al-Qafqaz (Caucasus) tetapi dipatahkan oleh seorang pejuang Islam bernama Syeikh Mansur. Imam Syamil pernah berperang menentang Rusia dan menubuhkan wilayah otonomi sendiri selama 1825-1859. Apabila Parti Bolshevik menguasai Rusia, Stalin telah berjanji memberikan kebebasan beragama kepada wilayah Al-Qafqaz tetapi telah menyalahi janji itu maka penduduk wilayah memberontak diketuai oleh cucu Imam Syamil. Parti Komunis pimpinan Stalin pernah melakukan pembunuhan beramai ramai pada tahun 1937 di mana seramai 14,000 rakyat Chechnya terkorban. Pada tahun 1944, Stalin telah memindahkan seramai 390,000 penduduk Chechnya dan 92,000 penduduk Ingushetia ke Asia Tengah di dalam gerabak gerabak yang dijangkiti oleh kuman typhoid dan akibatnya seramai 100,000 orang terkorban disebabkan oleh kebuluran dan penyakit. Entiti Chechnya-Ingushteia telah hilang selepas itu sehinggalah tahun 1950 apabila penduduk asal dbolehkan untuk pulang ke tanah air mereka (Chechnya-Calamity in the Caucasus- pengarang: Carlotta Gall, Thomas de Waal, 1997 New York University Press). Apabila Komunis tumbang, seramai 1.2 juta rakyat Chechen mengundi untuk merdeka tetapi diserang dan dinafikan hak mereka untuk merdeka sedangkan kesemua wilayah wilayah bekas Soviet Union telah merdeka.

 

Walaupun nisbah pejuang Islam Chechnya kepada Rusia adalah 10:1, tetapi Allah swt. telah menjanjikan kemenangan bagi kaum muslimin yang kecil bilangannya ke atas kaum kafir yang besar bilangannya. Pejuang Islam mujahidin di Chechnya berjuangsemata mata kerana Allah swt. dan balasannya di syurga akan dibalas dengan kemenagan. Sementara tentera Rusia berjuang semata mata gaji bulanan yang tak seberapa dan khidmat perempuan perempuan pelacur.

 

Pakistan adalah penting bagi kaum muslimin kerana kedudukannya, juga senjata nuklear dan juga tenaga muda kaum muslimin yang ramai. Menepikan Nawaz Sharif dan menggantikannya dengan General Musyaraf tidak akan membuahkan apa apa hasil bagi penduduk kaum muslimin di Pakistan. Menepikan satu agen Amerika dan menggantikannya dengan satu agen Amerikan yang baru tidak akan menguntungkan kaum muslimin di Pakistan tetapi sebaliknya akan menguntungkan Amerika sendiri. Kami menyeru kepada kaum muslimin yang ikhlas di Paksitan khususnya tentera sendiri supaya mendirikan Khilafah Islam.

 

Pada 27 Rajab 583 Hijrah atau pada tahun 1187 A.D. Salahuddin al-Ayubi telah membebaskan Baitul Muqaddis daripada pemerintahan tentera Salib yang menguasai selama 88 tahun. Baitul Muqqadis merupakan tanah suci umat Islam di mana Rasulullah saw. Telah menembara dari Makkah al-Mukaramah ke Al-Quds pada malam 27 Rajab dinamakan malam Isra’ dan Miraj Nabi saw. Tetapi selepas kaum muslimin meninggalkan Islam, Al-Quds telah jatuh semula ke tangan msuuh musuh Islam. Juga pada 27 rejab khilafah telah diruntuhkan 79 tahun hijrah lalu.

 

Hadis Rasulullah saw. diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal menyatakan “Akan ada ba’ya ketaatan di Baitul Muqaddis” Iaitu maksudnya ba’ya kepada Khalifah akan ada di baitul Muqaddis insyallah kerana belum ada sebelum ini.

 

Hadis Rasulullah saw. yang lain dinyatakan oleh Ibnu Asakir dalam bukunya di mana Younes bin Maysara mendengar Rasulullah saw. berkata “Pemerintahan ini (Khalifah) akan berada di Madinah selepas kematian saya, kemudian di As-Syam (Syria, Jordan, Palestin, Lebanon) kemudian di Jazirah, kemudian di Iraq, kemudian di Madinah, kemudian di Baitul Muqaddis, apabila di Baitul Muqaddis ia akan bertapak di sana” Hadis ini sahih dan bermakna Khilafah selepas kematian Rasulullah saw. akan berada di Madinah pada masa Khulafa ar-Rasyidin, kemudian ibukotanya berada di as-Syam iaitu pada zaman Khalifah Bani Umayyah di mana Muawiyah Abi Suffian mendirikan ibukota Khalifah di Damsyik. Selepas itu ibukotanya berada di al-Jazirah iaitu sebuah tempat di as-Syam di mana Khalifah Marwan al-Himar mendirikan inukota di kawasan iu. Kemudian ibukotanya akan berada di Baghdad iaitu pada zaman pemerintahan Khilafah Bani Abbasiyah. Selepas itu ibukotanya akan berada di Madinah, bukan Madinah al-Munawarah tetapi Madinah Hiraql pada masa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah. Emudian Khilafah akan berada di Baituk\l Muqaddis di manan belum terjadi lagi.

 

Hadis Rasulullah saw. yang dilapurkan oleh Ibnu Hawwala r.a. “Sekiranya kamu melihat Khilafah memasuki Baitul Muqqadis, maka berhati hatilah tentang gempa bumi dan lain lain peristiwa dasyat akan berlaku, Hari Kiamat akan hampir” (Abu Daud, Ahmad Hanbal). Hadis ini bermakna bahawa Khilafah akan didirikan diluar kota Baitul Muqaddis tetapi Baitul Muqaddsi akan dijadikan ibukotanya.

 

Kaum Yahdi tidak berbeza dari kaum Nasrani, kedua duanya berfifkir akan menguasai Baitul Muqaddis selama lamanya dan telah membunuh beribu ribu nyawa kaum muslimin dan memenjarakan beribu ribu lagi. Tetapi ianya akan dibebaskan oleh kaum msulimin dan dijadikan ibukota Khilafah apabila tiba masanya kelak.

 

Dalam suatu hadis Rasulullahs saw. yang dilaporkan oleh Thawban r.a. di mana Rasulullah saw. bersabda “Allah swt. Telah memperlihatkan kepada aku seluruh pelusuk dunia  dan umatku akan menguasai apa apa yang ditunjukkan kepada aku.”

 

Kaum muslimin sepatutnya berusaha untuk menjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibukota Khilafah bebas daripada agen agen musuh musuh Islam, para pengkianat dan kuasa imperialis.

 

Kami berdoa kepada Allah swt. sempena bulan Rajab dan Syaban yang mulia ini, agar Allah swt. melimpahkan penganpunanNya, kemenangan dan pertolonganNya yang pasti akan sampai kepada kaum muslimin yang berjuang dengan ikhlas semata mata untuk Allah swt. untuk mendirikan Khilafah Islam dan yang berperang menentang musuh musuh Islam, Amiin!

 

International Islamic and Development Studies