STRATEGI IMPERIALISME BARU:

Ancaman Bagi Dunia Islam

A. Mustafa As-Syafi'i


Kegawatan ekonomi yang menghancurkan bangunan ekonomi dunia, yang bermula dari Asia, ke Asia Tengah (Rusia) yang ketika ini memberikan kesan negatif kepada negara Eropah dan Amerika, adalah helah Amerika sebagai kuasa dunia yang tamak dan rakus. Amerika yang telah berjaya mengasingkan Inggeris dan Perancis sejak dekad 60-an dan USSR pada awal tahun 90-an, dari kuasa besar dunia, ketika ini memang telah berjaya menjadi satu-satunya polis dunia. Dan terus-menerus berusaha menguatkan kedudukannya sebagai kuasa dunia. Sementara Inggeris dan Perancis sedar akan kenyataan ini, berikutan media yang dipergunakan Amerika, maka negara Eropah mengusulkan dekontruksi IMF yang didakwah sebagai penyebab kegawatan ekonomi saat ini. Pastinya, ketika ini, Eropah dan Amerika saling berebut kuasa untuk memastikan kedudukannya di negeri-negeri jajahannya. Fenomena ini, tampaknya boleh dibaca berkenaan dengan keputusan Malaysia yang melibatkan konflik antara Dr. Mahatir dengan Anwar Ibrahim. Tulisan ini diturunkan untuk menganalisis apa yang sebenarnya terjadi di sebalik semuanya.

Sesungguhnya, harta adalah urat nadi kehidupan dan ekonomi adalah salah satu faktor kekuatan negara. Kedudukan ekonomi setara dengan kekuatan ideologi dan ketenteraan. Kekuatan ketenteraan suatu negara tak ada ertinya tanpa kekuatan ideologi. Begitu juga tak ada ertinya kekuatan ketenteraan tanpa kekuatan ekonomi. Oleh kerana itulah, negara-negara super power (kuasa-kuasa besar dunia) selalu memberikan perhatian besar pada idea-idea ekonomi dan merancang pelbagai taktik dan strategi demi memperkuatkan perekonomiannya. Tujuannya adalah untuk menguasai bahan-bahan mentah utama, selain daripada membuka pasaran bagi produk-produk mereka.

Kita akan membahaskan wasilah (alat) penjajahan ekonomi oleh Amerika dan Eropah dalam usaha mereka memperluaskan dominasi dan hegemoni (kekuasaan sesebuah negara ke atas negara lain) terhadap ekonomi dunia, khususnya negeri-negeri Islam, kerana negeri-negeri Islam memang mempunyai kekayaan alam yang melimpah-ruah, seperti petroleum, bijih besi, fosfat, gas asli, uranium dan sebagainya. Malah untuk negara-negara Teluk sahaja, ditambah dengan Libya dan Aljazair, menguasai 50% pengeluaran minyak dunia.

Pembahasan ini bertujuan untuk membongkar conspiracy (pakatan jahat) sang penipu yang bernama "Peradaban Barat", yang terwujud dalam bentuk sistem kehidupan Kapitalisme; sebuah sistem yang telah dikatakan indah oleh mereka yang terpengaruh dan termakan propagandanya. Merekalah yang selalu mempropagandakan (mendakwahkan) sistem ini.

Dengan pembahasan tersebut, kami akan membuktikan liar, kebuasan, kezaliman dan keserakahan eksploitasi dalam sistem kehidupan Kapitalisme tersebut, sehingga tak ada lagi alasan bagi sesiapa pun untuk menyebarkan atau menganut idea-idea kapitalis di bidang politik dan ekonomi.

Sebagai contohnya, Clinton pernah mengatakan "Sesungguhnya blok-blok perdagangan itu adalah lebih penting daripada blok-blok ketenteraan. Ketika ini kedudukan ekonomi di dunia telah menggantikan kedudukan politik. Oleh kerana itu, Amerika membentuk Biro Ekonomi Negara yang serupa dengan Biro Keselamatan Negara (FBI)."

Seorang penasihat Clinton untuk Keselamatan Negara dalam sebuah pidatonya tanggal 21 September 1993 mengatakan, "Kita harus menyebarkan demokrasi dan ekonomi pasar bebas, kerana hal ini akan dapat menjaga kepentingan-kepentingan kita, memelihara keamanan kita, dan sekaligus mendemonstrasikan(menonjolkan) nilai-nilai anutan kita; nilai-nilai Amerika yang luhur."

Sesungguhnya wasilah (alat) yang digunakan oleh Amerika dan Eropah untuk melakukan dominasi dan hegemoni adalah beraneka jenis dan sentiasa diperbaharui secara terus-menerus. Adakalanya wasilah-wasilah itu sangat halus dan tidak ketara, kecuali bagi mereka yang mempunyai kesedaran tinggi. Oleh kerana kebahagiaan dalam pandangan hidup Barat adalah mencari kenikmatan jasmani dan materialistik, maka persaingan, kebuasan dan pertarungan pasti akan terjadi di antara negara-negara kapitalis dalam pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan serta dalam penguasaan bahan-bahan mentah.

Wasilah-wasilah (alat-alat) negara-negara kapitalis untuk melakukan imperialisme ekonomi antara lain adalah:

1. Menyebarkan Idea Yang Berkaitan Dengan Politik dan Ekonomi

Ini adalah wasilah (alat) utama yang dimanfaatkan Amerika tatkala Amerika berusaha untuk membentuk pendapat umum masyarakat dunia (internasional) supaya menentang penjajahan militer (ketenteraan). Tujuannya adalah untuk menghalang Britain, Perancis dan negara-negara lain yang ingin menguasai harta, kekayaan sumber alam, dan pasaran di negara-negara jajahan mereka di wilayah Syam, negara-negara Teluk, Asia Timur serta negara-negara Afrika. Dan rancangan ini telah dijalankan oleh Amerika dengan jayanya.

Diantara idea-idea ekonomi tersebut, adalah rancangan pembangunan ekonomi lima tahun dan keadilan sosial, supaya negara-negara yang baru sahaja dimerdekakan daripada penjajahan militer dapat segera masuk keperangkap penjajahan ekonomi Amerika. Sebab, pelaksanaan idea-idea itu jelas memerlukan banyak dana (sumber kewangan). Maka dari itu, tertipulah negara-negara tersebut untuk segera mencari hutang luar negeri dan terjerumuslah mereka menjadi negara dengan hutang yang bertimbun. Sebagai contoh, jumlah hutang negara-negara Amerika Latin, telah mencapai 380 billion dolar AS. Sementara hutang negara-negara Afrika adalah 200 billion dolar AS. Brazil, misalnya mempunyai hutang asas sebanyak 39 billion dolar AS, ditambah lagi dengan bunganya yang jumlahnya 120 billion dolar AS. Kalau hutang ini kita bahagikan dengan jumlah penduduk Brazil yang berjumlah seramai 130 juta orang, bererti setiap rakyat Brazil (termasuk bayi-bayi yang baru lahir di sana) telah berhutang sebanyak 923 dolar AS. Salah satu wilayah Emirayah Arab Bersatu (Imaratusy Syariqah) misalnya, berhutang sebanyak 1 billion dolar AS, sementara jumlah penduduknya ialah 220 ribu orang. Maka hutang setiap individunya adalah sebanyak 4545 dolar AS.

Untuk memahami bahayanya hutang ini dari segi pengaruhnya terhadap pengeluaran negara, ia dapat ditunjukkan dari fakta bahawa terdapat 33 negara Afrika yang pertumbuhannya paling rendah dengan jumlah orang miskin paling banyak di dunia. Hutang negara-negara ini adalah 127 billion dolar AS, dan menghabiskan 76% produk negaranya setiap tahun. Sementara jumlahnya pendapatan perkapitanya hanyalah 218 dolar AS setahun disebabkan adanya hutang di 33 buah negara tersebut.

 

2. Mengubah Sistem Mata Wang Dunia

2.1 Pada awal Revolusi Industri, kerana adanya, keperluan yang mendesak untuk menjamin perluasan industri, pihak Inggeris telah mendirikan sebuah bank yang berkuasa untuk mengedarkan wang yang disandarkan dengan jaminan emas. Setelah Perang Dunia I, AS menguasai 70% cadangan emas dunia. Kemudian pada tahun 1929 terjadilah depresi (kemelesetan ekonomi) dan kemerosotan yang parah di pasar-pasar modal, kerana adanya permainan nilai mara wang oleh negara-negara industri untuk bersaing dalam eksport.

Pada tahun 1934, AS dan negara-negara Eropah mengadakan pertemuan dan menyepakati pembatasan transfer (pemindahan) antara bank dan antara negara hanya dalam matawang dolar AS dan poun Sterling Inggeris, sebagai ganti dari emas.

2.2 Pada tahun 1944, delegasi 44 buah negara mengadakan pertemuan di Bretton Woods, dan menyepakati penerimaan dolar sebagai asas untuk menilai mata wang yang berbeza-beza.

Prinsip-prinsip IMF mulai diterapkan, iaitu penetapan margin tidak lebih dari 1% untuk pengubahan nilai pelbagai mata wang. Jika terjadi ketidakseimbangan dalam neraca perdagangan, maka akan dilakukan penaikan atau penurunan nilai mata wang, sebagai hasil perundingan inrternasional melalui IMF. AS telah menyetujui untuk mengikat dolar dengan standard emas pada batas 35 dolar dengan standard emas pada batas 35 dolar AS untuk 1 ounce emas. Dengan demikian, dolar AS telah mendominasi sistem mata wang dan ekonomi dunia.

2.3 Disebabkan beban perbelanjaan yang besar sebagai konsekuansi peranan AS secara internasional, berkecamuknya Perang Vietnam, adanya pembiayaan pangkalan-pangkalan ketenteran dan perlumbaan senjata, maka neraca perdagangan AS mengalami defisit. Maka dari itu, cadangan emas AS pun semakin berkurang hingga tinggal 50 trilion dolar AS pada tahun 1970. AS tidak mampu lagi menukarkan dolar menjadi emas apabila ada permintaan. Maka pihak Britain segera menurunkan nilai mata wangnya untuk menghentam dolar, mengingatkan Inggeris adalah saingan AS dalam cadangan emas. Akibatnya , Presiden Nixon pada tahun 1971 menghapuskan keterkaitan dolar dengan emas, sehingga dolar tak dapat ditukarkan lagi menjadi emas. Maka dolar pun menguasai sistem mata wang dunia dan memaksa Jepun dan Jerman mendukung dolar, kerana kedua negara tersebut mempunyai cadangan emas yang sangat besar di dunia, disamping kemerosotan dolar yang drastik tentu akan mengurangi pendapatan kedua negara tersebut hingga 30%. Jepun mempunyai surplus neraca perdagangan dengan AS sebesar 15 billion dolar AS/tahun berbanding Jerman 11 billion dolar AS/tahun.

Defisit yang terus menerus pada neraca perdagangan AS tersebut mengakibatkan jatuhnya harga dolar, tanpa ada campurtangan dari AS. Maka pada tahun 1987 turunlah dolar secara dramatis ketika AS menurunkan harga dolar, sebagai reaksi daripada tindakan Jerman yang menaikkan suku bunga; suatu tindakan yang menyalahi perjanjian Louvre di antara negara-negara G-7. Para pedagang kemudiannya secara beramai-ramai telah menjual sahamnya dan terjadilah kerugian internasional yang mencapai lebih dari 200 billion dolar AS dalam beberapa jam sahaja.

2. Membentuk Lembaga-lembaga Ekonomi Internasional

Sejalan dengan idea-idea AS yang menyatakan bahawa politik polarisasi dan blok-blok internasional akan dapat memulai perang dunia, maka AS bertekad memantapkan prinsip-prinsip Tata Dunia Baru yang didasarkan pada pembentukan lembaga-lembaga internasional di bidang politik, ekonomi, kesihatan, peradilan dan pendidikan. Maka muncul peranan PBB, Dewan Keamanan, IMF, Bank Dunia. Mahkamah Antarabangsa, lembaga-lembaga dunia lainnya.

Di sini perlu dibahas betapa pentingnya peranan IMF dan WTO dalam usaha AS mengusai dunia.

2.1 Peranan IMF(International Monetery Fund):

IMF telah ditubuhkan pada tahun 1944 berdsarkan perjanjian Bretton Woods, yang telah menentukan pembentukkan sistem mata wang antarabangsa , maka IMF menjalankan 3 (tiga) tugas utama :

1. Menjaga nilai pertukaran mata wang

2. Mengawasi neraca mata wang

3. Mengawal cadangan mata wang berbagai negara.

Tugas-tugas tersebut dapat dikaitkan dengan suasana AS dimuka, yakni adanya ketidakstabilan nilai tukar dan defisit dalam neraca perdagangan yang disebabkan oleh peranan antarabangsa AS, gaya hidup orang Amerika yang sangat rakus dan konsumatif, telah terjadinya krisis-krisis kewangan. Krisis yang terjadi antara lainnya adanya inflasi yang terus menerus, dalam erti jumlah wang yang beredar tidak sama dengan barang dan perkhidmatan yang ada, atau sebaliknya, pertambahan wang beredar akan menaikan harga-harga.

Peranan IMF untuk mendomonasi negara-negara berkembang dan miskin, antara lain di tempuh dengan cara memberikan bantuan dan merancang krisis yang menyebabkan keperluan hutang. Jika keadaan ini wujud, IMF akan datang untuk memanafaatkan semua penggendalian ekonomi, dengan tujuan untuk menghancurkan sisa-sisa kedaulatan dari banyak negara. Tujuan ini dapat disimpulkan dari pertemuan yang diadakan IMF di Helifax (Kanada), yang menetapkan prinsip-prinsip untuk memaksa pengawalan terhadap perekonomian berbagai negara agar keadaan ekonominya disesuaikan dengan kehendak IMF, sebagai imbalan dari penjadualan kembali hutang-hutangnya. Syarat-syarat itu adalah :

a) Kebebasan dalam perdagangan dan pertukaran mata wang.

b) Menurunkan nilai mata wang.

c) Melaksanakan program yang berkesan, yang meliputi :

i) Menetapkan syarat-syarat untuk peminjaman lokal dengan menaikkan suku bunga, yang akan mengakibatkan kegagalan kegiatan ekonomi.

ii) Mengurangi belanja negara dengan meningkatkan cukai dan tariff perkhidmatan-perkhidmatan (servis), menghentikan subsidi untuk barang-barang konsumtif dan tidak menaikkan gaji pegawai negeri.

iii) Menarik modal asing untuk pelaburan dengan memberikan kemudahan-kemudahan dalam tata aturannya.

iv) Mengambil sejumlah keputusan untuk mengesahkan undang-undang untuk mendukung idea penswastaan yang menurut IMF, berguna untuk menggairahkan kegiatan ekonomi.

Penswastaan ini dilakukan dengan mengubah sektor awam menjadi swasta untuk mengurangi peranan negara dan beban pembiayaan sejumlah besar sektor perkhidmatan, seperti komunikasi, pengangkutan, elektrik, air, pendidikan dan kesihatan. Dengan penswastaan, penanganan sektor-sektor tersebut beralih ke pihak swasta. Ini akan melahirkan dominasi orang-orang kaya untuk menangani sektor-sektor perkhidmatan yang sangat penting itu, yang seharusnya diberikan oleh negara tanpa mengambil keuntungan. Seharusnya rakyat mendapat layanan jasa denga harga rendah. Tetapi jika penetapannya adalah sedemikian, maka orang-orang kaya itu akan dapat menetapkan harga sesuai kepentingan mereka. Maka yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin. Belum lagi adanya kenaikkan jumlah pengangguran sebagai akibat pengurangan tenaga kerja ketika terjadi perubahan sektor awam menjadi sektor swasta. Ini ditambah lagi dengan pemaksaan ide "globalisasi" yang menjadi wasilah bagi modal dan perusahaan asing untuk mengendalikan berbagai peraturan perundang-undangan yang bertujuan melindungi perdagangan bebas, investasi (pelaburan) dan pembukaan pasar-pasar modal untuk bersaing melawan modal asing.

Penetapan-penetapan di bidang ekonomi yang dipaksa oleh IMF tersebut, sesungguhnya telah melahirkan ancaman serius bagi kedaulatan dan kemandirian pelbagai negara. Sebagai contoh, dengan penetapan pencabutan subsidi bagi barang-barang keperluan pokok dan tidak adanya kenaikan gaji atau upah, maka yang akan menderita adalah masyarakat umum. Maka terjadilah banyak kekacauan, demonstrasi dan kerusuhan. Pada saat itulah, negara-negara kapitalis akan menuntut penerapan ide-ide demokrasi dan kebebasan sebagai mana yang pernah terjadi di Jordan, Maroko dan juga di negeri-negeri lain.

Berikut ini akan kami sajikan sebuah contoh keputusan dan ketetapan IMF, untuk membuktikan betapa ketetapan-ketetapan IMF sebenarnya bukanlah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Bahkan sebaliknya penetapan-penetapan ini pada hakikatnya telah menjerumuskan berbagai negara kejurang kemelaratan, kesengsaraan dan kehancuran. Maroko, sebagai contoh, telah mengadakan reformasi sistem pertanian dengan target eksport limau nipis dan buah-buahan lain dengan cara memperbaharui jaringan pengairan. Tapi reformasi ini justeru hanya dimanfaatkan oleh para pengusaha besar yang berkemampuan untuk membeli wasilah (peralatan) pertanian secara kredit (hutang). Sementara rakyatlah yang harus memikul beban hutang beserta bunganya sekali. Jelas ini bukan investasi (pelaburan) yang produktif. Hutang Maroko sendiri pada tahun 1970 adalah 18% dari produk nasionalnya. Kemudian pada tahun 1984, hutangnya 110% dari produk (keluaran) nasionalnya. Dengan kata lain, telah terjadi penurunan 10% dari seluruh produk nasional. Bahkan dalam dua tahun saja harga-harga barang telah naik sebanyak 86% dan Maroko yang pada asalnya adalah negara pengeksport gandum ke Perancis kini berubah menjadi negara pengimport gandum pada kadar 3 juta tan/tahun.

2.2 Peranan WTO (World

Trade Organization)

Sejak kelahirannya, WTO sentiasa merancang berbagai strategi ekonomi dan kemudian menebarkan kajian-kajian yang berhubungan dengan perdagangan bebas dan investasi ekonomi untuk menghapuskan hambatan tariff dan membuka pasar-pasar internasional. Idea-idea ekonomi ini memang dapat meningkatkan aktiviti perdagangan dan pertumbuhan ekonomi di barat, kerana mereka memang mempunyai daya saing dalam produk-produk industri dan teknologi. Tetapi negara-negara yang berkembang sayangnya tak mempunyai daya saing seperti ini. Maka dapatlah difahami, tujuan idea-idea WTO tersebut sebenarnya adalah untuk merampas bahan-bahan mentah dengan harga murah dari negara-negara yang sedang membangun. Selanjutnya keuntungan yang diperolehi negara berkembang dari minyak dan bahan mentah lainnya digunakan untuk membeli alat/sarana teknologi ataupun militer dari negara maju. Dengan kata lain, keuntungan penjualan bahan mentah tersebut tidak dilaburkan untuk membangun landasan bagi teknologi dan industri berat di negara-negara yang sedang membangun.

3. Membentuk Blok-Blok

Ekonomi, Seperti NAFTA dan APEC.

Blok-blok tersebut antara lain terdiri dari AS, Mecixo, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea dan Indonesia. Sementara itu di sisi lain ada pula Pasar Bersama Eropah yang dianggotai oleh negara-negara Eropah. Peranan blok-blok ini adalah untuk bersaing dalam hal penguasaan dan perampasan ekonomi tidak perlu kita dibuktikan lagi.

Disamping membentuk blok-blok semacam itu, telah diselenggarakan pula berbagai konferensi internasional dan regional (kawasan) untuk mengukuhkan penguasaan Barat dan memaksakan format-format ekonomi Barat. Konferensi-konferensi seperti ini antara lain kesepakatan GATT yang berkaitan dengan tariff (cukai import) dan tuntutan untuk menghapus segala jenis tariff pada konferensi di Napoli (Italia) pada tahun 1994.

Termasuk juga dalam hal ini adalah satu strategi Clinton mengenai liberalisasi perdagangan dan konferensi Barcelona yang membicarakan penyertaan negara-negara Eropah Tengah untuk memodernisasi sistem ekonomi-sosialnya seperti perwujudan sektor swasta dan penumbuhan lingkungan yang kondusif untuk menggalakkan pelaburan. Selain itu ada pula Persidangan Rumah Putih (1994), Persidangan Oman (1995), Persidangan Kairo (1996) dan Persidangan Qatar (1997) untuk menerapkan penetapan-penetapan ekonomi bagi apa yang disebut sebagai "Pasar Timur Tengah Baru" atau untuk membentuk Organisasi Kerjasama Timur Tengah, mengikuti bentuk Organisasi Keamanan dan Kerjasama Eropah. Sebenarnya Konferensi Qatar merupakan upaya untuk memperkuat pencangkokan organ asing yang ditolak oleh kaum muslimin (yakni negara Israel) ke dalam tubuh kaum muslimin, melalui perjanjian-perjanjian ekonomi, keamanan dan berbagai projek produksi dan jasa, seperti projek komunikasi, transportasi, pelayaran dan pelancungan. Inilah penafsiran terhadap adanya upaya Israel dalam konferensi tersebut untuk mengajukan 162 projek senilai 25 juta milyar dolar AS.

 

4. Mereka Berbagai Perang, Krisis, Kekacauan dan Kerusuhan.

Berbagai-bagai api peperangan dan rusuhan sengaja dinyalakan oleh Barat di negeri-negeri Islam seperti Perang Teluk I (perang Iraq-Iran) dan Perang Teluk II (Iraq- Kuwait) yang dimaksudkan untuk menguasai minyak dan mencampuri urusan negara lain dengan cara membangun pangkalan-pangkalan militer zon-zon keamanan di wilayah Irak Utara dan Selatan.

Negara-negara kapitalis juga memberikan tajaan pada gerakan-gerakan separatis (pemisah) seperti gerakan separatis Kurdi dan Sudan Selatan dan perang saudara di Afghanistan. Tujunnya adalah untuk menyiksa bangsa-bangsa tersebut, merampas harta kekayaannya dan menyebarkan kemelaratan dan kerusakan.

Demikianlah penampilan Peradaban Barat yang sebenarnya, berikut persepsi-persepsinya di bidang ekonomi. Ini baru sekelumit saja dari cara-cara imperialisme Barat gaya baru, yang diberi topeng "stabilitas", "keamanan", "hak asasi manusia", dan "pertumbuhan ekonomi". Perbelanjaan untuk slogan-slogan itu harus dibayar oleh rakyat yang ditekan dalam segala aspek hidupnya serta hidup tertindas di bawah penguasa-penguasa yang menjadi agen-agen Barat. Perbelanjaan untuk penetapan-penetapan itu harus dibayar oleh rakyat dengan darah, harta, dan jiwa anak-anak mereka, hingga jumlah orang miskin di dunia kini mencapai 1 billion jiwa. Sebahagian dari mereka sebanyak 38 juta di negara-negara Amerika dan 20 juta di Afrika Tengah terancam dengan kematian. Jumlah ini di luar orang-orang melarat yang jumlahnya sudah berjuta-juta.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka kaum muslimin wajib berupaya mencegah pelaksanaan segala cara dan wasilah imperialisme tersebut dan menentang siapa pun yang hendak menjalankannya. Kaum muslimin wajib pula mencegah upaya negara-negara kapitalis untuk menghancurkan dan merampas segala potensi dan kekayaan alam kaum muslimin sebelum terlambat iaitu sebelum cara dan wasilah imperialisme itu menjadi undang-undang internasional yang mengesahkan intervensi militer (campur-tangan tentera) secara langsung terhadap negara yang menyalahi undang-undang tersebut atas nama kezaliman internasional.

Dan pada hakikatnya kaum muslimin tidak akan pernah mampu menghadapi penghinaan dan penindasan ini, kecuali dengan berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan berdirinya negara Khilafah Rasyidah dengan seizin Allah SWT semata.


ISLAMIKA OKTOBER-NOVEMBER 1998